Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ser.ta] | ڤسرتا

Definisi : orang yang mengikut serta (dlm sesuatu perkara spt pertandingan, pergerakan, dll), pengambil bahagian: seminar antarabangsa ini dihadiri oleh ~-~ dr Asia Tenggara, Australia dan New Zealand; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ser.ta] | ڤسرتا

Definisi : orang yg ikut serta dlm se­­suatu pertandingan dll; orang yg me­ngambil bahagian: Para ~ dr Thailand telah tiba petang semalam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serta (kata tugas)
1. Bersinonim dengan turut: ikut, bersama, bersama-sama, bersekali, turut-serta, turut bersama, bersaing,

2. Bersinonim dengan dan: juga, dan juga,

3. Bersinonim dengan sebaik sahaja: apabila, apakala, bilamana, tatkala, manakala, semasa, sewaktu,

4. Bersinonim dengan sambil: seraya, sementara, belan-belan, baru sahaja, sesudah, setelah, selepas,

Kata Terbitan : berserta, menyertai, menyertakan, penyertaan, peserta, serta-merta,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Peserta-peserta (dalam @ di dalam) pertandingan perbahasan.Peserta-peserta dalam pertandingan perbahasan.Tatabahasa12.08.2012
Manakah yang betul? Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi ( larian, acara larian, acara lumba lari, pertandingan ) 200 meter.Jawapan yang betul ialah: Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi acara lumba lari 200 meter.Tatabahasa30.03.2012
yang manakah betul? 'senarai peserta-peserta' atau 'senarai peserta'?Jawapan yang betul ialah senarai peserta.Lain-lain17.08.2010
Frasa manakah yang betul dari segi tatabahasa: "membantu sesama peserta" atau "membantu sesama peserta-peserta"Frasa yang betul "membantu sesama peserta".Tatabahasa09.11.2017
Enam peratus daripada peserta-peserta pertandingan itu remaja lepasan sekolah. Apakah kesalahan yg terdapat dlm ayat ini?Penanda jamak boleh hadir sekali dalam satu ayat, contohnya "enam peratus daripada peserta pertandingan itu remaja lepasan sekolah". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan makalah yang berkaitan dengan tajuk tersebut.Tatabahasa29.07.2013
Selamat sejahtera, soalan saya ialah seorang daripada peserta-peserta pertandingan syarahan itu telah menarik diri.Adakah soalan ini mempunyai sebarang kesalahan tatabahasa. Terima Kasih

Ayat yang betul ialah seorang daripada peserta pertandingan syarahan itu telah menarik diri.

Lain-lain14.07.2010
Antara dua ayat di bawah, yang manakah mendukung maksud jamak yang betul? (a) Seorang daripada peserta pertandingan nyanyian itu menarik diri. (b) Seorang daripada peserta-peserta pertandingan nyanyian itu menarik diri.Ayat yang betul ialah ayat (a) Seorang daripada peserta pertandingan nyanyian itu menarik diri. Hal ini kerana perkataan peserta itu sendiri sudah terkandung makna banyak, iaitu melibatkan lebih daripada seorang. Secara logiknya juga, dalam pertandingan mestilah disertai oleh ramai peserta. Oleh itu, perkataan peserta tidak perlu dijamakkan. Contoh lain, sebilangan daripada ahli, seramai lima orang pekerja segelintir pemohon dsb.Tatabahasa04.10.2006
Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? Kalau tidak, sila berikan pembetulannya. Terima kasih. 1 Stesen-stesen minyak di bandar-bandar semakan bertambah. [bolehkah stesen-stesen minyak dan banda-bandar digunakan bersama-sama seperti ayat ini.] 2 Nama-nama peserta-peserta sudah kami sediakan. [Yang manakah betul: Nama-nama peserta atau nama peserta-peserta.Ayat yang betul:
1 Stesen minyak di kawasan bandar semakan bertambah.
2 Nama/senarai peserta sudah kami sediakan.
Tatabahasa16.10.2015
Saya hendak kepastian tentang kata "peserta" sama ada kata ini membaw maksud jamak atau tidak. Bolehkah kata ini digandakan?Boleh digandakan. Contohnya, Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi acara lumba lari 200 meter.Lain-lain14.05.2019
Salam sejahtera, Maaf, saya ingin bertanya sekali lagi (sudah masuk kali ke tiga) Ayat ini : Semua peserta angkat berat itu " begitu hebat - hebat belaka " . Adakah ayat ini gramatis ? Sekiranya ayat tersebut berbunyi : Peserta - peserta angkat berat itu begitu hebat - hebat belaka . (tidak gramatis, sepatutnya penggandaan dilakukan pada subjek ATAU pada kata adjektif HEBAT shj, salah satu.) Sekiranya ayat itu gramatis : Mengapa " kesemua peserta " (plural) boleh diikuti dengan " hebat - hebat " (bermaksud jamak juga) ? Kata penguat " begitu " boleh disusuli dgn kata penguat belakang ( sekali ) ? Terima kasih ! ChoyHH (choy862003@yahoo.com)Semua peserta angkat berat itu begitu hebat-hebat belaka, ayat ini tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah 'Semua peserta angkat berat itu begitu hebat' kerana subjek dalam bentuk jamak dapat diikuti dengan predikat dalam bentuk tunggal.Tatabahasa14.02.2011
12345678910...

Kembali ke atas