Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ser.ta] | ڤسرتا

Definisi : orang yang mengikut serta (dlm sesuatu perkara spt pertandingan, pergerakan, dll), pengambil bahagian: seminar antarabangsa ini dihadiri oleh ~-~ dr Asia Tenggara, Australia dan New Zealand; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ser.ta] | ڤسرتا

Definisi : orang yg ikut serta dlm se­­suatu pertandingan dll; orang yg me­ngambil bahagian: Para ~ dr Thailand telah tiba petang semalam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serta (kata tugas)
1. Bersinonim dengan turut: ikut, bersama, bersama-sama, bersekali, turut-serta, turut bersama, bersaing,

2. Bersinonim dengan dan: juga, dan juga,

3. Bersinonim dengan sebaik sahaja: apabila, apakala, bilamana, tatkala, manakala, semasa, sewaktu,

4. Bersinonim dengan sambil: seraya, sementara, belan-belan, baru sahaja, sesudah, setelah, selepas,

Kata Terbitan : berserta, menyertai, menyertakan, penyertaan, peserta, serta-merta,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUKAN TANAH TINGGI

Sukan tanah tinggi ialah pertandingan olah

raga, pertandingan meniup seruling dan tarian

diadakan setiap tahun di Scotland pada musim

bunga. Sukan ini juga dikenali sebagai Perjumpaan

Tanah Tinggi. Peserta-peserta datang dari semua

daerah di Scotland, berpakaian seperti orang Tartan

(lihat Tartan).

UMUM 
ORIENTEERING

Orienteering, sukan dengan peserta berjalan

dari suatu tempat ke suatu tempat dengan

menggunakan peta dan kompas.

UMUM 
SUKAN PASIFIK SELATAN

Sukan Pasifik Selatan dibuka kepada peserta

dari semua negara dan kawasan kepulauan di Pasifik

Selatan kecuali Australia dan New Zealand.

Kebanyakan atlet dari kepulauan utama di kawasan

Pasifik Selatan mengambil bahagian lebih daripada

12 acara sukan di temasya ini. Sukan Pasifik Selatan

pertama kali diadakan di Fiji pada tahun 1965. Sukan

seterusnya diadakan di New Caledonia pada tahun

1967, Papua New Guinea pada tahun 1969, Polinesia

Perancis pada tahun 1971, Guam pada tahun 1975,

Fiji pada tahun 1979, Samoa Barat pada tahun 1983,

New Caledonia pada tahun 1987, Papua New Guinea

pada tahun 1991, Guam pada tahun 1999 dan Fiji

pada tahun 2003.

UMUM 
MEMBELAH KAYU

Membelah kayu ialah sejenis sukan

pertandingan yang popular di Australia dan New

Zealand. Pertunjukan pertanian negeri ini menarik

lebih daripada 150 orang ahli mengapak kayu

termasuk peserta dari luar negara. Badan yang

menguruskan pertandingan itu di Australia ialah

Persatuan Pengapak Kayu Australia.

UMUM 
LARI BERGANTI-GANTI

Lari berganti-ganti, acara lumba lari yang melibatkan empat orang peserta dalam satu kumpulan membawa baton secara  bergilir-gilir dari garisan mula hingga penamat.

SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
PESTA DUNIA

Pesta dunia ialah pameran antarabangsa yang

memperagakan barangan yang berkaitan dengan

perdagangan, industri dan sains. Kebanyakan

pesta ini menawarkan aktiviti hiburan dan

kebudayaan serta mempromosikan pelancongan

dalam sesuatu wilayah atau negara. Peserta

pameran termasuklah syarikat kerajaan dan

syarikat swasta.

UMUM 
BERENDOI

BERENDOI, seni pentas yang dipersembahkan sempena upacara mencukur rambut anak yang baru lahir.  Apabila umur anak itu genap tujuh hari, dijalankan upacara mencukur rambut serta naik endoi (buai).  Pada ketika anak itu selamat dinaikkan ke endoi, beberapa peserta dijemput khusus untuk berdikir atau memulakan persembahan dikir berendoi.  Peserta ini memakai baju Melayu dengan kain pelekat atau pantalon, bersongkok atau berkopiah.

BUDAYAPerayaan/Upacara
PERSIDANGAN KESELAMATAN DAN KERJASAMA DI EROPAH

Persidangan Keselamatan dan Kerjasama

di Eropah (Conference on Security and

Cooperation in Europe – CSCE) ialah siri persidangan

yang diadakan untuk meningkatkan kerjasama di

antara negara-negara Timur dengan Barat Eropah.

Sehingga akhir tahun 1991, peserta persidangan ini

ialah Kesatuan Soviet dan semua negara di Eropah,

termasuk Amerika Syarikat dan Kanada. Pada tahun

1991, Kesatuan Soviet berpecah dan menjadi

beberapa buah negara yang merdeka. Sejak itu, Rusia

menduduki kerusi Kesatuan Soviet, dan negeri-

negeri yang dahulunya bernaung di bawah Kesatuan

Soviet juga telah menyertai CSCE. Sebahagian

daripada negara-negara tersebut adalah di Asia Barat

dan Asia Tengah. Kini, kira-kira 50 buah negara secara

rasmi menyertai CSCE.

UMUM 
PROSEDUR PARLIMEN

Prosedur parlimen ialah kaedah menjalankan

mesyuarat dengan cara yang teratur. Apabila orang

mengadakan mesyuarat, mereka memerlukan

peraturan yang akan membantu mereka mencapai

matlamat mereka. Peraturan prosedur parlimen

membantu pengerusi menjaga tertib semasa

mesyuarat dan juga memberi panduan kepada para

peserta dalam menjalankan mesyuarat. Prosedur ini

dikenali sebagai prosedur parlimen kerana ia

diambil daripada peraturan dan kebiasaan yang

diamalkan oleh parlimen United Kingdom. Prosedur

parlimen juga dikenali sebagai hukum parlimen,

amalan parlimen dan peraturan tertib .

UMUM 
MEREJAM LEMBING

Merejam lembing. Acara padang yang memerlukan seseorang peserta membaling lembing sejauh yang mungkin ke dalam kawasan mendarat.

SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
12

Kembali ke atas