Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ser.ta] | ڤسرتا

Definisi : orang yang mengikut serta (dlm sesuatu perkara spt pertandingan, pergerakan, dll), pengambil bahagian: seminar antarabangsa ini dihadiri oleh ~-~ dr Asia Tenggara, Australia dan New Zealand; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ser.ta] | ڤسرتا

Definisi : orang yg ikut serta dlm se­­suatu pertandingan dll; orang yg me­ngambil bahagian: Para ~ dr Thailand telah tiba petang semalam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serta (kata tugas)
1. Bersinonim dengan turut: ikut, bersama, bersama-sama, bersekali, turut-serta, turut bersama, bersaing,

2. Bersinonim dengan dan: juga, dan juga,

3. Bersinonim dengan sebaik sahaja: apabila, apakala, bilamana, tatkala, manakala, semasa, sewaktu,

4. Bersinonim dengan sambil: seraya, sementara, belan-belan, baru sahaja, sesudah, setelah, selepas,

Kata Terbitan : berserta, menyertai, menyertakan, penyertaan, peserta, serta-merta,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
game playerspeserta-peserta permainanPentadbiranTiadaPeserta yang bertanding dan membuat keputusan dalam permainan.
assist relay registration entry formborang daftar lari berganti-gantiSukanTiadaBorang yang digunakan untuk mendaftar peserta-peserta yang akan mengambil bahagian dalam acara lari berganti-ganti.
riderriderEkonomiEkonomi IslamPerubahan manfaat yang ditawarkan kepada peserta pelan takaful keluarga dan skim takaful am. Perubahan ini hasil persetujuan peserta untuk mengubah suai syarat dan manfaat perlindungan dalam pelan asas takaful berkenaan. Sebarang perubahan syarat dan manfaat perlindungan akan memberi kesan kepada jumlah caruman yang dibayar oleh peserta. Peserta yang ingin mendapat manfaat tambahan ini perlu membuat caruman tambahan yang kecil. Perubahan manfaat ini boleh diminta oleh peserta selaras dengan keperluannya. Contohnya, manfaat tambahan hospital, manfaat tambahan kematian dan keilatan akibat kemalangan.
family takaful plan for educationpelan takaful keluarga untuk pelajaranEkonomiEkonomi IslamPelan tabungan bagi membiayai pelajaran tinggi anak-anak peserta sekiranya peserta meninggal dunia. Mengikut pelan ini, anak yang dinamakan dalam sijil takaful hanya akan menerima manfaat takaful apabila menjangkau umur 18 tahun sekiranya peserta meninggal dunia sebelum tarikh matang sijil. Di samping itu, peserta juga mendapat perlindungan takaful untuk kemalangan diri, keilatan kekal seluruh badan dan pembiayaan kos rawatan hospital.
call room judgehakim panggilSukanTiadaPegawai yang mengesahkan pendaftaran peserta sebelum peserta bertanding dalam sesuatu acara.
observer as participantpemerhati sebagai pesertaPendidikanTiadaPengkaji sebagai peserta tetapi tidak terlibat sepenuhnya dalam aktiviti peserta dan identiti pengkaji diketahui oleh peserta. Bandingkan participant as observer.
participants accountakaun pesertaEkonomiEkonomi IslamAkaun yang mengkreditkan peratusan tertentu daripada caruman peserta pelan takaful keluarga bagi tujuan pelaburan. Keuntungan pelaburan akan dikongsi bersama antara peserta dengan syarikat pengendali takaful berasaskan prinsip mudarabah. Peratusan caruman yang dikreditkan dalam akaun ini biasanya lebih besar berbanding dengan akaun khas peserta.
completion ratekadar tamatTeknologi Maklumate-PembelajaranPeratusan yang diperoleh daripada bilangan peserta tamat kursus atau program dibandingkan dengan jumlah keseluruhan peserta yang menyertai kursus atau program tersebut. Peserta tamat kursus merujuk kepada peserta yang telah menggunakan sepenuhnya bahan, mengikuti semua aktiviti pembelajaran dan melengkapkan semua pentaksiran kursus atau program.
runway arealandas lariSukanTiadaKawasan khas bagi peserta lompatan, dan peserta rejaman dalam acara rejam lembing.
participant as observerpeserta sebagai pemerhatiPendidikanTiadaPemerhati melakukan sepenuhnya aktiviti peserta dan pengenalan dirinya sebagai pengkaji diketahui oleh peserta lain. Bandingkan observer as participant.
12345678910...

Kembali ke atas