Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pé.si.mis.tik] | ڤيسيميستيک

Definisi : (pésimistik) bersikap atau berpandangan mudah putus harap (cenderung melihat keburukan sesuatu, segera berasa kecewa atau hilang kepercayaan terhadap sesuatu), lwn optimis: di dlm bukunya terdapat rasa ~ kerana ia melihat banyak kejelikan dan kepincangan dlm masyarakatnya; orang-orang yg ~ meramalkan kemungkinan berlakunya perang dunia dlm kurun ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pesimistik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SCHOPENHAUER, ARTHUR

Schopenhauer, Arthur (1788–1860) ialah

ahli falsafah Jerman yang terkenal kerana

pandangannya yang pesimistik dan gaya prosanya

yang halus. Schopenhauer kuat dipengaruhi oleh

ahli falsafah Jerman, Immanuel Kant. Bertolak

daripada hujah Kant, Schopenhauer menegaskan

bahawa dunia yang kita alami melalui pancaindera

kita adalah perlambangan semata-mata. Yang

dimaksudkannya ialah dunia yang kita alami bukan

dunia yang benarnya, sebaliknya kita seolah-olah

memaparkan dunia ini kepada diri kita sendiri.

Semasa menggambarkan dunia ini kepada diri kita,

kita mengubahnya.

UMUM 

Kembali ke atas