Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pés.ti.sid] | ڤيستيسيد

Definisi : (péstisid) (Kim) racun yg digunakan utk membunuh binatang perosak, spt serang­ga, tikus dsb, racun perosak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pestisid


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pesticide residue contaminationkontaminasi residu pestisidHerbaTiadaPencemaran bahan pestisid yang terkumpul daripada amalan pertanian seperti penyemburan, perawatan tanah semasa penanaman dan penyemburan bahan fumigan semasa penstoran. Contoh kelas bahan pestisid adalah seperti organoklorin, organofosfat, karbamat dan sebagainya. Pestisid biasanya digunakan untuk mengelakkan serangga dan haiwan perosak daripada menyerang tumbuh-tumbuhan, tetapi penggunaannya yang berlebihan menyebabkan pencemaran kepada tanah dan sistem pengairan. Penentuan residu pestisid berguna untuk memastikan kualiti suatu bahan mentah herba. Residu pestisid dalam bahan herba yang melebihi nilai piawai boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Residu ini boleh dikesan menggunakan kaedah kromatografi dan spektroskopi. Secara umumnya, WHO mengehadkan nilai piawai residu aldrin atau dieldrin bagi bahan herba tidak melebihi 0.05 ppm. British dan European Pharmacopoeia pula mengehadkan nilai piawai residu pestisid organoklorin dalam lemak bulu tidak melebihi 0.05 ppm.
organophosphate pesticidepestisid organofosfatKejuruteraanTiadaPestisid organik yang mengandungi satu atom fosforus atau lebih per molekul, contohnya malathion dan parathion.
organic phosphorus pesticidepestisid organofosfatKejuruteraanTiadaPestisid organik yang mengandungi satu atom fosforus atau lebih per molekul, contohnya malathion dan parathion. Sinonim: organophosphate pesticide.
sprayssemburanBiologiPatologiBentuk pestisid yang biasanya digunakan dengan cara penyemburan dengan menggunakan alat penyembur. Beberapa contoh pestisid yang digunakan dengan cara penyemburan ialah serbuk terbasahkan, pekatan teremulsikan, dan bahan teralirkan.
formulationperumusanBiologiPatologiBentuk sesuatu pestisid, misalnya granul, abuk, aerosol, dan lain-lain lagi yang dibuat oleh pengeluar pestisid, berdasarkan bentuk bahan lengai yang digunakan.
inertlengaiBiologiPatologiBahan yang ditambahkan pada ramuan aktif sesuatu pestisid dan berfungsi menentukan perumusan pestisid tersebut. Lengai terdiri daripada adjuvan dan pembawa.
granule (G)granul (G)BiologiPatologiPerumusan pestisid dalam bentuk zarah berdiameter yang lebih besar daripada debu untuk digunakan di dalam tanah. Biasanya pestisid perumusan ini mengandungi ramuan aktif yang rendah.
sinergismsinergismeBiologiPatologiPertalian antara dua jenis atau lebih patogen, pestisid atau bahan lain yang memberikan kesan yang lebih jika dibandingkan dengan kesan setiap patogen, pestisid atau bahan lain tersebut secara bersendirian.
dispering agentagen pemeraiBiologiTiadaAdjuvan yang bertujuan untuk meningkatkan daya tabur pestisid supaya lebih mudah pecah menjadi titisan yang lebih halus. Bahan ini biasanya ditambahkan kepada pestisid isi padu rendah atau isi padu ultrarendah. Lihat bahan perata.
atomizerpengabusBiologiTiadaAlat yang digunakan untuk mengubah larutan pestisid isi padu ultrarendah menjadi zarah halus, dengan menggunakan tekanan tinggi, melalui nozel, atau menggunakan piring yang berputar. Oleh yang demikian, larutan pestisid berubah menjadi kabus supaya liputan lebih merata dan tidak ada kesan keracunan tumbuhan.
12345678910...

Kembali ke atas