Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pet


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ejaan sebenar untuk ungkapan 'pot pet/pok pek' yang sering digunakan untuk menyatakan perbuatan seseorang yang bercakap panjang berjela tetapi tiada makna. Contoh 'Kerja engkau pagi, petang, siang dan malam hanya berpot pet/ berpok pek sahaja tanpa berhenti. Boleh belajar untuk diam tak?'Untuk makluman tuan, tiada ada perkataan pot pet/pok pek dalam bahasa Melayu baku. Perkataan yang sesuai untuk ayat tersebut ialah "berleter". Contoh: "Kerja engkau pagi, petang, siang dan malam hanya berleter sahaja. Boleh belajar untuk diam tak?. Untuk makluman saudara, mengikut Kamus Dewan, maksud berleter ialah bercakap-cakap dgn. tidak berhenti-henti (biasanya apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang), mengomel.
Tatabahasa06.10.2018
Assalamualaikum. 1) Yang manakah terjemahan tepat untuk "biomarker" (An indicator in your body that is used to identify diseases or whether a treatment may be appropriate): biopenanda, penanda biologi? 2) Apakah padanan untuk "tagged" dalam konteks berikut: "A PET scan uses specially tagged (radioactive) materials that are injected into your body and using a special scanner that can highlight specific parts of your body." 3) Apakah padanan tepat untuk istilah "double-blind study"? Contohnya, dlm kajian "double-blind", kedua-dua pesakit dan doktor tidak mengetahui kumpulan mana pesakit itu dikelaskan. Setiap kumpulan akan menerima rawatan yang berbeza untuk penyakit yang sama. Mengikut carian saya di prpm, saya dapati istilah-istilah berikut pernah diberikan sebelum ini utk "double-blind": 1. dubel-buta 2. dwibuta 3. buta duaan 4. gelap ganda Mohon pihak tuan perjelaskan yang mana yang paling tepat. Dan juga, dari manakah datangnya istilah "dubel" itu? Dan mengapa ia dieja bersempang, padahal penggunaan sempang dalam B. Melayu begitu jarang sekali dan amat spesifik, iaitu hanya utk kata jamak dan kata awalan yang diikuti dengan kata nama khas saja. Terima kasih atas pencerahan.Kami mencadangkan terjemahan dalam bahasa Melayu yang dinyatakan di bawah digunakan sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan:

1. biomarker: biopenanda
2. tagged: bertanda
3. double blind study: kajian dubel-buta atau kajian gelap ganda. Manakala, dwibuta dan buta duaan boleh digunakan mengikut konteks penggunaan dan bidang

Mengikut Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, akhiran -le dipadankan dengan -el. Oleh itu, perkataan double menjadi dubel. Perkataan dubel-buta dieja sempang kerana mengikut bentuk istilah bahasa sumber.

Istilah16.04.2021

Kembali ke atas