Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ta] | ڤتا

Definisi : Id akronim bagi Pembela Tanah Air (ten­tera simpanan pd zaman pemerintahan Jepun). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ta] | ڤتا

Definisi : 1. lukisan (gambar) pd kertas dll yg menun­jukkan kedudukan negeri, sungai, gunung, dll; 2. lukisan (gambar) yg menunjukkan keduduk­an bintang dll di langit; ~ angin peta yg menunjukkan arah peredaran angin; ~ antarabangsa peta dunia yg biasanya berskala 1:1 000 000; ~ bahasa peta yg meng­gambarkan daerah bahasa-bahasa tertentu di­gunakan; ~ bumi peta yg khusus menunjuk­kan tanah (gunung, sungai, dll); ~ kontur peta yg dilukiskan dgn garisan-garisan kontur; ~ kosong peta yg belum ditandai dgn nama tempat (letak sungai, gunung, dll); ~ lakar peta sesuatu kawasan dll yg dilukis dgn secara kasar dan mengandungi hal-hal yg penting sahaja; ~ laut peta yg khusus menunjukkan laut (pulau­pulau, aliran ombak, dll); ~ timbul peta yg dibuat drpd tanah liat (plastisin) dgn gambaran bukit (gunung, sungai, dll) spt yg terdapat di muka bumi; ~ topo peta lengkap sesuatu tempat (yg menunjukkan bandar, jalan, dll); berpeta berupa peta: mendedahkan panau ~-peta di bahu dan di lengannya; memeta membuat peta; memetakan 1. membuat peta tentang se­suatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. meng­gambarkan, melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup; pemetaan perihal membuat peta; pemeta orang yg membuat peta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ta] | ڤتا

Definisi : jelas, terang; pandang ~-~ pandang dgn terang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ta] | ڤتا

Definisi : Jk gerakan tangan (mata dll) utk memberi isyarat dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ta] | ڤتا

Definisi : 1 gambar atau lukisan yg menunjukkan kedudukan sesuatu kawasan muka bumi (dgn sungai, sempadan, gunung dll). 2 hasil drpd melukis atau menggambar; lukisan; gambar. ~ angin peta yg menunjukkan arah perjalanan angin. ~ bit ist susunan bintik utk membentuk imej atau gambar pd skrin komputer. ~ bumi peta yg khas menunjukkan tanah (gunung, laut dan sungai-sungai). ~ kontur peta yg menunjukkan kontur sesuatu kawasan. ~ lakar peta yg dibuat secara kasar saja. ~ magnet gambar rajah yg menunjukkan garis-garis daya magnet dlm medan magnet (yg mengelilingi sesuatu bar magnet). ~ topo peta yg lengkap bagi sesuatu kawasan yg menunjukkan kedudukan sungai (bandar, bangunan, jalan raya, sawah dll). memeta membuat peta; melukis peta. memetakan 1 menggambarkan tanah, gunung dsb dlm bentuk peta: Mereka telah siap ~ daerah pedalaman itu. 2 membuat gambar atau lukisan; melukis. 3 ki menentukan apa-apa yg harus dibuat dan apa-apa yg tidak utk orang lain. pemetaan perihal (perbuatan dsb) memeta atau memetakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peta (kata nama)
Bersinonim dengan pelan, rajah, gambar rajah, bagan, denah, gambaran, lakaran;,
Kata Terbitan : memetakan, pemetaan, pemeta,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perkataan yang sesuai peta/pelan ? peta laluan keluar kecemasan bangunan. / pelan laluan keluar kecemasan bangunan.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "peta" bermaksud 1. lukisan (gambar) pd kertas dll yg menun­jukkan kedudukan negeri, sungai, gunung, dll; 2. lukisan (gambar) yg menunjukkan keduduk­an bintang dll di langit; ~ angin peta yg menunjukkan arah peredaran angin; ~ antarabangsa peta dunia yg biasanya berskala 1:1 000 000; ~ bahasa peta yg meng­gambarkan daerah bahasa-bahasa tertentu di­gunakan; ~ bumi peta yg khusus menunjuk­kan tanah (gunung, sungai, dll); ~ kontur peta yg dilukiskan dgn garisan-garisan kontur; ~ kosong peta yg belum ditandai dgn nama tempat (letak sungai, gunung, dll); ~ lakar peta sesuatu kawasan dll yg dilukis dgn secara kasar dan mengandungi hal-hal yg penting sahaja; ~ laut peta yg khusus menunjukkan laut (pulau­pulau, aliran ombak, dll); ~ timbul peta yg dibuat drpd tanah liat (plastisin) dgn gambaran bukit (gunung, sungai, dll) spt yg terdapat di muka bumi; ~ topo peta lengkap sesuatu tempat (yg menunjukkan bandar, jalan, dll); berpeta berupa peta: mendedahkan panau ~-peta di bahu dan di lengannya; memeta membuat peta; memetakan 1. membuat peta tentang se­suatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. meng­gambarkan, melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup; pemetaan perihal membuat peta; pemeta orang yg membuat peta.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, "pelan" bermaksud 1 rajah yg menggambarkan bentuk serta ukuran sesuatu bangunan, kawasan dsb. 2 rancangan yg sudah diatur utk dilaksanakan. ~ induk rancangan menyeluruh yg merangkumi seluruh dasar dan segala rancangan kegiatan yg akan dilaksanakan (dlm pembangunan, perekonomian, dsb): Beberapa kajian terkandung dlm ~ induk projek tsb. ~ lantai lukisan mengikut skala bagi susun atur bilik dsb pd satu lantai sesebuah bangunan. ~ tindakan rancangan yg diatur yg terdiri drpd langkah-langkah utk bertindak secara bijak.

Oleh itu, jawapan yang lebih sesuai ialah "pelan".
Istilah09.04.2013
Harap dapat memberi nasihat mengenai kata sendi yang paling sesuai digunakan dalam konteks berikut: "Lihat hotel pada peta" atau "Lihat hotel di atas peta". Ini berkait dengan peta yang disertakan di laman web. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah "Lihat hotel pada peta".Tatabahasa25.05.2012
Salam sejahtera. Yang manakah adalah betul? 1) berguru kepada Ali atau berguru dengan Ali? 2) belajar kepada Ali atau belajar dengan Ali atau belajar daripada Ali? 3) berpandu pada peta atau berpandukan peta atau berpandu dengan peta? 4) semua orang murid atau semua murid? 5) setiap orang murid atau setiap murid? 6) sesetengah murid atau sesetengah orang murid? 7) beberapa kereta atau beberapa buah kereta? 8) persahabatan antara Ali dan Abu atau persahabatan antara Ali dengan Abu? Terima kasih.1. Berguru kepada Ali.
2. Belajar dengan Ali atau belajar daripada Ali - kedua-duanya betul dengan konteks makna yang berbeza.
3. Berpandukan peta
4. Semua murid.
5. Setiap murid.
6. Sesetengah murid. 
7. Beberapa buah kereta. 
8. Persahabatan antara Ali dengan Abu.
Tatabahasa07.10.2022
Saya ingin menerbitakan buku di bawah penerbitan FRIM. Saya bercadang ingin menggunakan peta lama yang telah diterbitkan oleh DBP di dalam buku Atlas Kebangsaan Malaysia pada tahun 1977 sebagai salah satu gambar di kulit luar buku. Apakah prosedur yang perlu saya laksanakan untuk penerbitan semula peta ini? Sekian, terima kasih.Penerbitan semula setiap bahan terbitan DBP perlu mendapat izin daripada kami. Sila hantar surat permohonan rasmi untuk tujuan ini kepada Ketua Bahagian Harta Intelek, Dewan Bahasa dan Pustaka. Sertakan juga salinan peta yang hendak digunakan itu.Lain-lain25.08.2011
salam sejahtera, saya nak tahu, perkataan peta i-think dan program pembelajaran abad ke-21 adakah kata nama khas atau kata nama am? terima kasih atas penjelasan tuan.Salam sejahtera,

Kedua-dua tersebut merupakan kata nama khas dan boleh ditulis seperti di bawah:

Peta I-think dan Program Pembelajaran Abad Ke-21. Untuk rujukan lanjut berkaitan kata nama khas dan kata nama am, tuan boleh rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood). 
Istilah01.06.2017
Salam dan terima kasih kerana membantu. Soalan-soalan berikut merujuk kepada istilah yang digunakan dalam bidang teknologi maklumat: 1) Istilah "heatmap" merujuk kepada representasi data dalam bentuk peta atau rajah yang dalamnya nilai data digambarkan sebagai warna. Apakah istilah yang sesuai untuk "heatmap" dalam bahasa Melayu - bolehkah "peta haba" diterima? 2) Istilah "funnel analysis" merupakan suatu kaedah untuk memahami langkah-langkah yang diperlukan untuk mencapai hasil di laman web dan berapa ramainya pengguna yang melalui setiap langkah tersebut. Set langkah-langkah tersebut dirujuk sebagai "funnel" atau "corong" kerana bentuk yang biasa menggambarkan aliran pengguna adalah serupa dengan corong di dapur atau garaj. Apakah istilah yang sesuai untuk "funnel analysis" dalam bahasa Melayu - bolehkah "analisis corong" diterima? 3) Manakah terjemahan "track" yang lebih sesuai dalam konteks bidang teknologi maklumat - "mengesan" atau "menjejaki"? Contohnya "track information" atau "track users". Sekali lagi, terima kasih.1. Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan bahasa Melayu bagi heat map. Pihak kami telah memanjangkan ke dalam Jawatankuasa Istilah untuk mendapatkan padanan yang betul.

2.  Analisis Corong boleh digunakan.

3. Perkataan yang boleh digunakan ialah jejak pengguna bagi terjemahan tracks users.
Penyemakan dan penterjemahan02.07.2019
Latihan Penyuntingan Kumpulan Pengakap itu telah berjaya keluar daripada hutan belantara itu dengan berpandu kompas dan peta yang tersedia. Kesesatan mereka telah masuk hari ke 5. Jawapannya ialah kumpulan tukar kepada pasukan.Mengapakah kumpulan pengakap dalam ayat ini adalah salah?Kumpulan ialah himpunan, kelompok orang atau binatang  yang agak besar bilangannya, manakala pasukan ialah sesuatu kelompok yang dibentuk atau melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan. Oleh itu, ayat yang betul ialah Latihan penyuntingan pasukan pengakap itu telah berjaya keluar daripada hutan belantara itu dengan berpandu kompas dan peta yang tersedia.Tatabahasa08.09.2021
huraian lengkap tentang operasi peta ingatan

Pertanyaan ini tidak berkaitan dengan penggunaan bahasa. Sila rujuk buku atau makalah yang ada di pasaran tentang perkara ini.  

Lain-lain27.08.2008
DBKL dalam penyediaan brosur bagi peta laluan bas percuma GOKL. Brosur tersebut akan disediakan dalam dwibahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. DBKL memahami bahawa dalam terjemahan brosur untuk b. Inggeris, kata nama khas dikekalkan, sebagai contoh Jalan Raja Laut akan dikekalkan dalam brosur bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, DBKL ingin mendapatkan pengesahan atau pengesyoran drp DBP mengenai terjemahan kata nama khas yang terdapat gabungan kata nama am. Sebagai contoh, 'Pusat Perniagaan Setiawangsa' dalam brosur b. Melayu perlukah diterjemah menjadi 'Setiawangsa Business Center' untuk brosur bahasa Inggeris? Mohon pandangan.Untuk makluman, kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Sehubungan dengan itu, kata nama khas yang merujuk nama tempat/bangunan dalam brosur tersebut tidak perlu diterjemahkan kepada bahasa Inggeris dan begitu juga sebaliknya.Lain-lain23.09.2019
saya ingin mengetahui alamat dan peta tempat DBP wilayah timur. saya ingin membeli kamus perrtuturan loghat kelantan tulisan abdullah al-qari bin haji salleh. saya saya mendapat petunjuk dan jalan daripada pihak tuan/puan. assalamualaikum...Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur, Lot 107-109, Seksyen 26, Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan.  Tel: 09-7414900.Lain-lain09.09.2009
123

Kembali ke atas