Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pé.tah] | ڤيته

Definisi : (pétah) pandai berkata-kata, lancar pertuturannya, fasih, petes: engkau memang bijak berkata-kata, ~ berperibahasa; memetahkan; ~ lidah berlatih berkata-kata; kepetahan perihal petah, kefasihan, kepetesan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pé.tah] | ڤيته

Definisi : /pétah/, = ~ lidah pandai berkata-kata; lancar lagi fasih percakapannya. kepetahan keadaan atau sifat petah; perihal bijak berkata-kata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
petah (adjektif)
Bersinonim dengan petah lidah, fasih, lancar, pandai berkata-kata, pandai bercakap, keletah, becok, petes, petes mulut, peteh, balaghah;,
Kata Terbitan : kepetahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Walaupun umur adik baru 4 tahun, tetapi dia ................ bercakap. a. pandai b. petahKedua-dua jawapan ini betul. Bagaimanapun jawapan yang paling tepat ialah (b) petah.Tatabahasa16.04.2009
tuan, adakah ayat di berikut salah? walaupun usianya muda tetapi dia sudah petah berbahasa. tqAyat tersebut kurang tepat, ayat yang gramatis ialah "walaupun usianya muda tetapi dia petah berbahasa".Tatabahasa16.09.2011
Assalamualaikum tuan. Berdasarkan entri kata "fasih" dalam kamus merujuk maksud berikut:Definisi : 1. lancar dan baik sebutannya (ketika bercakap-cakap), petah; ~ lidah = berlidah ~ lancar dan mudah bercakap, pandai berkata-kata; 2. lancar dan baik sebutannya (apabila bertutur dlm sesuatu bahasa lain), petah: ~ berbahasa Perancis; memfasihkan menjadikan fasih (berkata-kata atau bertutur dlm sesuatu bahasa), memetahkan; kefasihan perihal fasih, kepetahan: ~nya bertutur dlm bahasa Melayu membanggakan kami; ~ berkata-kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Mohon penjelasan tuan, bagaimanakah istilah "fasih digital" atau "kefasihan digital" diwujudkan dan apakah rasional memilih perkataan "fasih" bagi istilah tersebut?Istilah kefasihan digital terbentuk daripada istilah sumber digital fluency. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, kefasihan (kelas kata nama) bermaksud hal atau keadaan fasih yang merujuk kata sumber fluency. Fasih mempunyai takrifan yang ketiga (3), iaitu tahu benar tentang sesuatu bidang. Oleh sebab itu, padanan istilah bahasa Melayu kefasihan digital menepati konsep digital fluency.Istilah10.01.2024
Ingin tahu ayat kumpulan beriku mana yang betul atau tepat: Kumpulan A 1) Dia belajar bahasa Mandarin. 2) Kami berbahasa kantonis. 3) Orang Cina Pulau Pinang petah bertutur dalam bahasa Hokkein. Kumpulan B 1) Dia belajar Mandarin 2) Kami bertutr dalam kantonis. 3) Orang Cina Pulau Piang petah bertutur dalam Hokkein. Mandarin, Hokkein, Kantonis semuanya adalah loghat Cina, sesuaikah perkataan bahasa digunakan/diletak di hadapan loghat? Terima kasih.

Encik Tan,

Perkataan bahasa hanya digunakan bagi bahasa Mandarin sahaja. Manakala bagi Hokien,Kantonis tidak diletakkan perkataan bahasa di depannya. Tetapi bagi ayat kami berbahasa/bertutur bahasa Cina dalam loghat Kantonis, Hokien dan sebagainya adalah betul.

Tatabahasa24.06.2010
assalamualaikum dan salam 2 Malaysia..sy mempunyai 1 pertanyaan berkenaan ayat berikut.. 1. Para penonton kagum melihat murid prasekolah yang fasih / petah bercerita itu.(apakah jawapan paling tepat) 2. kita mestilah beramah mesra seperti Elena dan IZza menghampiri Ayuni dan bertegur sapa dengannya.. persoalannya.. mn yg betul..ramah mesra / beramah mesra? atau kedua2 boleh terima..Salam,

1. Ayat yang betul ialah "Para penonton kagum melihat murid prasekolah yang petah bercerita itu".

2. Ayat kedua pula strukturnya tidak begitu tepat. Sehubungan dengan itu dicadangkan supaya diolah kembali "Kita mestilah bersikap seperti Elena dan Izza yang sentiasa bertegur sapa dan beramah mesra dengan Ayuni.
Tatabahasa14.08.2015
mohon semakan sama ada ayat-ayat ini betul atau salah: 1. Bakat dan kecerdasan para pelajar dalam program ini perlu melalui proses kurikulum yang termampat, dipecut dan diperkaya agar minda dan pemikiran mereka akan sentiasa tercabar dan membina dari semasa ke semasa 2. Pembangunan kursus dalam talian seperti Massive Open Online Courses (MOOC) merupakan usaha untuk memberikan pengalaman pembelajaran melalui media sosial; aktiviti normal kehidupan mereka yang petah menggunakan aplikasi tersebut dalam komputer mahupun peranti mudah alih yang lain 3 Hal ini kerana penularan wabak koronavirus masih lagi aktif dan mengakibatkan kematian jika dijangkiti. 4. Hal ini membuktikan, walaupun perkembangan zaman era teknologi kini pesat membangun, pengajian dan pendidikan al-Quran akan tetap diajari dan dipelajari sebagai panduan dan rujukan yang tepat bagi seluruh umat manusia dalam menjalani dan mendepani cabaran kehidupan seharian.

Ayat yang betul:

1. Bakat dan kecerdasan para pelajar dalam program ini perlu melalui pembelajaran yang padat, pantas dan meluas agar minda dan pemikiran mereka sentiasa terbuka dari semasa ke semasa.

2. Pembangunan kursus dalam talian seperti Massive Open Online Courses (MOOC) merupakan usaha untuk memberikan pengalaman pembelajaran melalui media sosial kepada pengguna supaya lebih mahir menggunakan aplikasi tersebut dengan komputer mahupun peranti mudah alih yang lain.

3. Hal ini disebabkan penularan wabak koronavirus masih lagi aktif dan boleh mengakibatkan kematian jika dijangkiti.

4. Hal ini membuktikan bahawa pengajian dan pendidikan al-Quran akan tetap diajari dan dipelajari sebagai panduan dan rujukan yang tepat bagi seluruh umat manusia dalam menjalani dan mendepani cabaran kehidupan seharian walaupun perkembangan era teknologi kini pesat membangun.
Tatabahasa25.11.2021
Apakah kesalahan penggunaan kata atau isitilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah ? 1)Pegawai kedoktoran yang dijemput dari Kuala Lumpur itu menerangkan tentang cara-cara pencegahan penyakit deman denggi. 2)Sebahagian peserta-peserta dalam pertandingan pidato itu amat becok sekali hingga menyukarkan para hakim memilih pemenangnya. 3)Rakyat Malaysia perlulah saling bantu-membantu dalam usaha memupuk sikap perpaduan kaum.1) Pegawai kedoktoran yang dijemput dari Kuala Lumpur itu menerangkan tentang cara-cara pencegahan penyakit deman denggi. Perkataan yang betul ialah Pegawai Kesihatan dan mencegah.
2) Sebahagian peserta-peserta dalam pertandingan pidato itu amat becok sekali hingga menyukarkan para hakim memilih pemenangnya. Frasa yang betul ialah sebahagian daripada dan petah.
3) Rakyat Malaysia perlulah saling bantu-membantu dalam usaha memupuk sikap perpaduan kaum. Frasa yang betul ialah saling membantu/bantu-membantu dan memupuk perpaduan kaum.
Tatabahasa27.03.2014

Kembali ke atas