Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pandai berkata-kata, lancar pertuturannya, fasih, petes: engkau memang bijak berkata-kata, ~ berperibahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pandai berkata-kata; lancar lagi fasih percakapannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
petah (adjektif)
Bersinonim dengan petah lidah, fasih, lancar, pandai berkata-kata, pandai bercakap, keletah, becok, petes, petes mulut, peteh, balaghah;,
Kata Terbitan : kepetahan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum tuan. Berdasarkan entri kata "fasih" dalam kamus merujuk maksud berikut:Definisi : 1. lancar dan baik sebutannya (ketika bercakap-cakap), petah; ~ lidah = berlidah ~ lancar dan mudah bercakap, pandai berkata-kata; 2. lancar dan baik sebutannya (apabila bertutur dlm sesuatu bahasa lain), petah: ~ berbahasa Perancis; memfasihkan menjadikan fasih (berkata-kata atau bertutur dlm sesuatu bahasa), memetahkan; kefasihan perihal fasih, kepetahan: ~nya bertutur dlm bahasa Melayu membanggakan kami; ~ berkata-kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Mohon penjelasan tuan, bagaimanakah istilah "fasih digital" atau "kefasihan digital" diwujudkan dan apakah rasional memilih perkataan "fasih" bagi istilah tersebut?Istilah kefasihan digital terbentuk daripada istilah sumber digital fluency. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, kefasihan (kelas kata nama) bermaksud hal atau keadaan fasih yang merujuk kata sumber fluency. Fasih mempunyai takrifan yang ketiga (3), iaitu tahu benar tentang sesuatu bidang. Oleh sebab itu, padanan istilah bahasa Melayu kefasihan digital menepati konsep digital fluency.Istilah10.01.2024

Kembali ke atas