Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.tai] | ڤتاي

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya, bijinya berbau haring), Parkia speciosa; ~ belalang = ~ laut sj tumbuhan (pokok dan buahnya), dendulang, Desmodium umbellatum.; ~ jawa = ~ belanda = ~ tiga bulan sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Leucaena glauca; ~ kerayung sj tumbuhan (pokok dan buah), sungga, Albizzia pedicellata; sbg ~ sisa pengait prb tidak berguna sama sekali; kulai-balai bagai ~ sisa pengait prb seseorang yg lemah-lembut tingkah lakunya; menjual ~ hampa prb bercakap yg bukan­-bukan, omong kosong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.tai] | ڤتاي

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya berkeping-keping dan bijinya dibuat ulam dsb), Parkia speciosa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata petai

Puisi
 

Dari Wat ke Kampung Petai,
     Singgah semalam di Kampung Abi;
Perkara yang buat jangan disesal,
     Ikutlah untung apa nak jadi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sebagai petai sisa pengait.

Bermaksud :

Tak berguna sedikit juga. (Bandingkan dengan: Kulai-balai bagai petai sisa pengait [= dikait]).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
petaipetaiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Parkia spp. daripada famili Leguminosae. Nama tempatannya di Sabah ialah kupang. Spesies utamanya termasuk Parkia javanica, P. speciosa, dan P. singularis. Gubal kayu petai berwarna putih atau kuning coklat, dan biasanya sangat lebar. Teras kayunya jarang terdapat dan sekiranya ada, biasanya berwarna coklat tua. Tekstur kayunya kasar dan tidak sekata, dengan ira yang lurus dan agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 415 hingga 815 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu petai sesuai untuk kotak, venir dan papan lapis. Parkia spp. lebih terkenal sebagai pokok yang menghasilkan buah petai.
leucaenapetai belalangVeterinarTiadaKekacang yang mempunyai nilai pemakanan yang tinggi, tahan terhadap pemotongan yang kerap, memberi hasil yang tinggi dan sesuai di kawasan yang mengalami taburan hujan yang rendah jika tanahnya subur. Kekacang ini kurang sesuai pada keadaan tanah yang berpasir atau air bertakung. Tanaman ini mempunyai akar tunjang yang panjang, terutamanya di tanah beralkali dan keadaan ini membuatkan ia tahan terhadap keadaan kemarau. Petai belalang ditanam menggunakan biji benih pada jarak 50 cm di antara pokok dan 1 meter di antara baris. Tanaman ini boleh menghasilkan bahan kering sebanyak 15-20 tan/hektar/tahun dengan protein kasar sebanyak 22-24%. Daun petai belalang amat disukai oleh ternakan ruminan. Ragutan yang berlaku di kawasan petai belalang yang bercampur dengan rumput boleh meningkatkan pengeluaran ternakan. Selain itu, petai belalang juga mengandungi mimosin iaitu sejenis racun yang boleh menyebabkan keguguran bulu, kehilangan selera makan, pengeluaran air liur yang berlebihan dan pembesaran kelenjar tiroid jika diberi melebihi 30% daripada keperluan bahan kering harian untuk tempoh melebihi tiga bulan. Nama saintifik: Leucaena leucocephala.
leucaena (Lucaena leucocephala)petai belalang (Lucaena leucocephala)VeterinarTiadaTiada
penduliflorypendulifloriBiologiEkologiBerkaitan dengan bunga yang terbentuk di hujung tangkai, yang terjuntai di luar silara pokok, misalnya petai, Parkia speciosa.
seed treatmentrawatan biji benihVeterinarTiadaRawatan pada biji benih untuk melelaskannya supaya mudah tumbuh. Biasanya, rawatan ini dilakukan pada biji benih petai belalang (Leucaena leucocephala). Dalam kaedah ini, biji benih direndam di dalam air panas pada suhu 80o C selama 3 minit. Biji benih boleh juga dipotong pada bahagian bawahnya atau digosok pada kertas pasir. Selain itu, biji benih diwasapkan dengan metil bromida untuk mengawal serangan kulat.
viableboleh hidupBiologiEkologiBerkaitan dengan kebolehcambahan bij benih, dan spora. Ada biji benih yang boleh hidup selama beberapa hari, seperti meranti, Shorea spp., berminggu-minggu seperti petai, Parkia speciosa, atau bertahun-tahun seperti sawi, Brassica chinensis.
podlenggaiPertanianAgronomi

Buah daripada famili Leguminoseae (kekacang) yang mempunyai kulit keras dan membelah menjadi dua sisi. Lenggai berbentuk panjang dan biasannya terdapat dalam satu jambak. Kulit lenggai berwarna hijau apabila muda dan hitam apabila tua. Contohnya, buah  petai atau kacang tanah  terdiri dari beberapa biji pada satu lenggai. Ada kulit lenggai yang boleh dimakan seperti kacang panjang, kacang buncis dan kacang kelisa. 

supplementary proteinprotein tambahanVeterinarTiadaProtein yang diberi kepada ternakan yang kekurangan nutrien tersebut dan tidak dapat membesar dengan baik. Bahan ini boleh didapati daripada sumber-sumber berasaskan produk haiwan seperti mil ikan dan mil darah; hasil tumbuh-tumbuhan seperti mil bijian berminyak, petai belalang dan kenaf; sumber nitrogen bukan protein seperti urea dan najis ayam; dan mikroorganisma seperti yis dan protein sel tunggal. Bahan ini biasanya mengandungi protein kasar melebihi 20%.
supplementary proteinprotein pelengkapVeterinarTiadaProtein yang dibekalkan kepada ternakan untuk memenuhi keperluan protein harian dalam situasi tertentu. Protein ini perlu diberikan sekiranya ternakan mendapat protein berkualiti rendah, diserang penyakit atau semasa ternakan mengalami tekanan. Selain itu, protein pelengkap juga diberi kepada ternakan untuk menggalakkan pertumbuhan dengan lebih cepat, merangsang pengeluaran susu atau semasa ternakan berada di peringkat akhir bunting. Antara sumber protein yang biasa diberikan ialah mil ikan, mil kacang soya dan konsentrat protein. Sumber protein pelengkap yang berasaskan tumbuhan pula antaranya ialah kekacang seperti petai belalang, glirisidia, kenaf dan mulberi. Walau bagaimanapun, sumber bukan protein seperti urea juga boleh dibekalkan kepada ternakan ruminan pada kadar antara 0.5% hingga 1%.

Kembali ke atas