Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Jk; ~ kadal sj permainan kanak-kanak dgn menggunakan bilah buluh; ~ umpat (umpet) bermain saling mencari (bercari-carian). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pétak) 1. ruang yg disekat-sekat atau bersekat-sekat: dlm ~ tempat simpan barang-barang itu polis menjumpai geran motokar itu; 2. bilik (kamar) kecil: api yg membakar buritan kapal itu menyala terus dan menjalar pula ke dlm ~-~ kapal; 3. sebidang sawah yg disempadani dgn batas (permatang), piring; 4. bahagian sawah dll tempat menyemai (me­nanam): manakala anak padi itu telah lebih kurang 15 sentimeter tinggi, anak padi itu pun diubah ke dlm ~-~; berpetak-petak 1. beberapa (banyak) petak: ~ tanaman padi musnah akibat banjir itu; 2. terbahagi kpd beberapa petak; memetak-metakkan membahagikan atau mengasingkan kpd atau mengikut kumpulan (bidang, pengkhususan dsb) tertentu: ini mungkin merupakan langkah pertama utk membebaskan bidang keilmuan drpd dipetak-petakkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pétak) Jw belang putih di dahi kuda; kuda ~ kuda yg berbelang putih pd dahinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pétak); burung ~ sj burung, lanting, selanting, Rhizothera l. longirostris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /pétak/ 1 bahagian drpd sesuatu ruang yg bersekat-sekat: Di ruang perahu itu ada enam ~. 2 bilik kecil: Rumahnya disekat-sekat menjadi tiga ~. 3 bahagian sawah yg bersempadankan batas; piring. berpetak mempunyai sempadan yg bersekat-sekat; berkotak. Tikar yg dibentangkan itu hanya mempunyai corak persegi atau ~ biasa saja. berpetak-petak 1 mempunyai petak yg banyak: Matanya merenung jauh-jauh bagaikan menembusi dinding kamar yg ~ itu. 2 beberapa banyak petak: ~ tanaman padi yg musnah akibat banjir itu. 3 dlm bentuk petak-petak: Tiap-tiap jenis tanaman itu ditanamnya ~ dlm satu kawasan. memetak membentuk petak: Tumpahan air itu ~ mengikut bekas tsb. memetak-metak membahagi menjadi petak yg banyak. memetakkan membuat petak utk menandai sempadan sesuatu: Dia ~ kawasan yg dikatakan miliknya itu. pemetakan perbuatan memetak atau memetakkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
petak (kata nama)
Bersinonim dengan ruang, bahagian, palka, bilik, kamar, kabin.,

Puisi
 

Tiga petak tiga penjuru,
     Tiga ekor kumbang di dalam;
Sama susut sama rindu,
     Sama tak tidur siang malam.


Lihat selanjutnya...(15)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TITIK JARUM

Titik jarum ialah satu bentuk sulaman, yang

jahitan dijahit melalui ruang atau petak-petak fabrik

jejaring terbuka yang dikenali sebagai kanvas . Ia

digunakan untuk membuat baju, gambar, dompet,

upholsteri dan banyak barang-barang lain. Titik

jarum pernah dikenali sebagai dewangga.

Corak boleh dilukis atau dicetak di atas kanvas.

Penyulam menggunakan jarum dewangga yang

tumpul dan pelbagai benang lembut. Kerja ini

termasuklah sulaman kain kapas, krewel, kait atau

yarn Parsi dan kadangkala jalur kulit atau reben.

Jahitan ini menghasilkan corak yang serata di atas

permukaan jejaring.

UMUM 
SHOVE-HALFPENNY

Shove-halfpenny, sejenis permainan dalam untuk dua

orang pemain atau dua buah pasukan.

Permainan ini dimainkan di atas papan yang

berukuran 610 milimeter panjang dan 368 milimeter

lebar. Garisan yang ditandakan pada sudut tegak

pada dua sisi yang panjang, membahagikan papan

kepada dua petak. Pemain menggunakan lima

cakera logam yang bergaris pusat lebih kurang 25

milimeter (1 inci). Mereka meletakkan cakera

terjuntai di hujung papan. Mereka cuba

memenuhkan semua petak dalam sebarang tertib

dengan menyorong cakera tiga kali ke dalam setiap

petak, dengan ibu jari tangan atau telapak tangan.

Selepas giliran setiap pemain, mata ditandakan

dengan kapur di bahagian tepi papan bagi setiap

cakera yang berhenti sepenuhnya di dalam petak.

UMUM 
PERKEBUNAN PASARAN

Perkebunan pasaran ialah penanaman sayur-

sayuran atau buah-buahan, atau kedua-duanya,

untuk dipasarkan. Kebun pasaran biasanya terdiri

daripada petak tanah yang besar, dengan kawasan

yang diuntukkan untuk sayur-sayuran yang berbeza.

Kebun pasaran membekalkan hasil yang segar

kepada orang ramai yang tinggal di bandar besar di

seluruh dunia. Pembaikan dalam pengangkutan dan

penggunaan penyejukan bagi mengekalkan

kesegaran sayur-sayuran dan buah-buahan, telah

mengurangkan pergantungan penduduk bandar

pada hasil tanaman tempatan. Banyak kebun pasaran

moden merupakan perniagaan besar, yang

membekalkan banyak kuantiti tanaman seperti salad

atau tomato.

UMUM 
MEMBRAN

Membran ialah istilah yang digunakan untuk

menerangkan lapisan tisu biologi yang menutupi

permukaan dan yang memisahkan ruang pada

organisma. Misalnya, membran sel menyediakan

sempadan luar bagi sel dan membahagikan sel ke

dalam petak fungsinya. Membran ini bertindak

sebagai sekatan kepada laluan molekul untuk

masuk dan keluar dari sel dan di antara petak (lihat

Sel [Di dalam sel hidup]).

UMUM 
PERLUMBAAN MERPATI

Perlumbaan merpati ialah sejenis sukan yang

menguji kelajuan burung merpati rumah terbang

untuk sampai ke rumahnya ketika dilepaskan pada

satu jarak yang ditetapkan. Merpati rumah ialah

burung yang dilatih khusus untuk kembali semula ke

petak sarang pemiliknya yang disebut para . Merpati

yang mengambil bahagian berlumba terbang pada

jarak yang telah digredkan antara 100 hingga 1600

kilometer.

UMUM 
PERUT

Perut ialah bahagian yang membesar dalam salur

alimentari. Ia terletak di antara esofagus dengan

usus kecil (lihat Esofagus; Usus ). Pada manusia dan

kebanyakan haiwan, ia adalah organ ringkas bak

pundi. Pada lembu, biri-biri, dan lain-lain ruminan

(haiwan yang mengunyah mamahannya), perut

mempunyai empat petak dan lebih rumit daripada

perut manusia (lihat Ruminan ).

UMUM 
KAIN PELEKAT

KAIN PELEKAT, kain sarung yang diperbuat daripada benang kapas tenunan tabi dengan ragam hias tapak catur atau berpetak-petak atau berjalur-jalur.

BUDAYAKraf Tangan
BENDERA NEGERI,BENDERA NEGERI,  Panji-panji yang menjadi lambang sesebuah negeri.  Bendera Persekutuan Tanah Melayu (sebelum wujudnya Malaysia) mula diperkenalkan pada 19 April 1950, setelah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.  Bendera ini direka khas sebagai lambang Persekutuan Tanah Melayu secara keseluruhannya,  serta merangkumi sejarah setiap negeri.  Bendera ini berukuran 180cm x 90 cm, mempunyai 11 jalur iaitu enam jalur merah dan lima jalur putih mewakili negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu iaitu Johor, Pahang, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Melaka.  Di sudut atas sebelah kiri terdapat petak berwarna biru dengan bulan sabit dan bintang berwarna kuning.  Bintang pecah 11 melambangkan perpaduan 11 buah negeri tersebut, serta warna kuning melambangkan kedalatan institusi beraja di sebahagian besar negeri di Tanah Melayu.  Bendera  Persekutuan Tanah Melayu berkibar megah buat pertama kalinya pada 26 Mei 1950, di perkarangan Istana Selangor, Kuala Lumpur.  Upacara menaikkan bendera tersebut dilakukan oleh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British, pada ketika itu.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
BENDERA NEGERI

BENDERA NEGERI,  Panji-panji yang menjadi lambang sesebuah negeri.  Bendera Persekutuan Tanah Melayu (sebelum wujudnya Malaysia) mula diperkenalkan pada 19 April 1950, setelah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.  Bendera ini direka khas sebagai lambang Persekutuan Tanah Melayu secara keseluruhannya,  serta merangkumi sejarah setiap negeri.  Bendera ini berukuran 180cm x 90 cm, mempunyai 11 jalur iaitu enam jalur merah dan lima jalur putih mewakili negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu iaitu Johor, Pahang, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Melaka.  Di sudut atas sebelah kiri terdapat petak berwarna biru dengan bulan sabit dan bintang berwarna kuning.  Bintang pecah 11 melambangkan perpaduan 11 buah negeri tersebut, serta warna kuning melambangkan kedalatan institusi beraja di sebahagian besar negeri di Tanah Melayu.  Bendera  Persekutuan Tanah Melayu berkibar megah buat pertama kalinya pada 26 Mei 1950, di perkarangan Istana Selangor, Kuala Lumpur.  Upacara menaikkan bendera tersebut dilakukan oleh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British, pada ketika itu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIAlat/Alatan

Kembali ke atas