Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Jk; ~ kadal sj permainan kanak-kanak dgn menggunakan bilah buluh; ~ umpat (umpet) bermain saling mencari (bercari-carian). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pétak) 1. ruang yg disekat-sekat atau bersekat-sekat: dlm ~ tempat simpan barang-barang itu polis menjumpai geran motokar itu; 2. bilik (kamar) kecil: api yg membakar buritan kapal itu menyala terus dan menjalar pula ke dlm ~-~ kapal; 3. sebidang sawah yg disempadani dgn batas (permatang), piring; 4. bahagian sawah dll tempat menyemai (me­nanam): manakala anak padi itu telah lebih kurang 15 sentimeter tinggi, anak padi itu pun diubah ke dlm ~-~; berpetak-petak 1. beberapa (banyak) petak: ~ tanaman padi musnah akibat banjir itu; 2. terbahagi kpd beberapa petak; memetak-metakkan membahagikan atau mengasingkan kpd atau mengikut kumpulan (bidang, pengkhususan dsb) tertentu: ini mungkin merupakan langkah pertama utk membebaskan bidang keilmuan drpd dipetak-petakkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pétak) Jw belang putih di dahi kuda; kuda ~ kuda yg berbelang putih pd dahinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pétak); burung ~ sj burung, lanting, selanting, Rhizothera l. longirostris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /pétak/ 1 bahagian drpd sesuatu ruang yg bersekat-sekat: Di ruang perahu itu ada enam ~. 2 bilik kecil: Rumahnya disekat-sekat menjadi tiga ~. 3 bahagian sawah yg bersempadankan batas; piring. berpetak mempunyai sempadan yg bersekat-sekat; berkotak. Tikar yg dibentangkan itu hanya mempunyai corak persegi atau ~ biasa saja. berpetak-petak 1 mempunyai petak yg banyak: Matanya merenung jauh-jauh bagaikan menembusi dinding kamar yg ~ itu. 2 beberapa banyak petak: ~ tanaman padi yg musnah akibat banjir itu. 3 dlm bentuk petak-petak: Tiap-tiap jenis tanaman itu ditanamnya ~ dlm satu kawasan. memetak membentuk petak: Tumpahan air itu ~ mengikut bekas tsb. memetak-metak membahagi menjadi petak yg banyak. memetakkan membuat petak utk menandai sempadan sesuatu: Dia ~ kawasan yg dikatakan miliknya itu. pemetakan perbuatan memetak atau memetakkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
petak (kata nama)
Bersinonim dengan ruang, bahagian, palka, bilik, kamar, kabin.,

Puisi
 

Tiga petak tiga penjuru,
     Tiga ekor kumbang di dalam;
Sama susut sama rindu,
     Sama tak tidur siang malam.


Lihat selanjutnya...(15)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
allotmentpemetakanPertanianAgroteknologiPenyediaan petak-petak kecil berukuran 50 hingga 400 meter persegi yang dibuat untuk menjalankan aktiviti perkebunan secara kecil-kecilan bagi keperluan sendiri. Petak-petak ini biasanya disewakan kepada keluarga atau individu dalam sesebuah komuniti oleh kerajaan tempatan atau koperasi. Contohnya, pemetakan telah dimasukkan dalam rancangan buku hijau yang bertujuan untuk menggalakkan penanaman sayur-sayuran hijau.
Check plotPetak pembandingPertanianAgronomi

Petak yang digunakan dalam satu percubaan untuk dijadikan perbandingan dengan petak lain. Petak tersebut diberikan rawatan di dalam eksperimen. Contohnya, dalam satu percubaan untuk menilai kesan jenis baja A, B dan C terhadap tanaman jagung, petak-petak jagung akan diisi tanaman, masing-masing menerima satu daripada jenis baja itu. Selain itu, satu petak ditanam tanpa menggunakan sebarang baja serta dibandingkan dengan petak yang mempunyai baja untuk mengetahui hasil jagung. 

progeny plotpetak progeniPertanianAgronomi

Petak-petak yang dikhaskan untuk menanam benih tanaman hasil kacukan beberapa genotip tanaman untuk memudahkan pemilihan baka kacukan.

areolateareolatBiologiMikologiMerujuk kepada permukaan yang terbahagi kepada petak-petak kecil oleh retakan atau alur. Petak ini kadang-kadang mempunyai ketebalan yang berbeza dengan ketebalan kawasan sekitarnya, misalnya pada pileus dan stip cendawan.
check plotpetak kawalanPertanianAgroteknologiRuang khusus yang digunakan untuk penyelidikan pertanian di ladang untuk membandingkan kesan rawatan tanaman. Contohnya, jika beberapa jenis baja perlu diuji kesannya, maka tanaman akan ditanam di petak-petak yang berbeza bagi setiap jenis baja. Satu petak perlu ditanam dengan tidak menggunakan baja supaya hasil petak yang diletakkan baja itu boleh dibandingkan dengan hasil petak tanpa baja. Petak yang tiada baja itu dinamai petak kawalan. Jika petak yang menerima baja itu lebih tinggi hasilnya daripada petak kawalan, maka ini menunjukkan baja itu berkesan dan sesuai digunakan.
plot-to-plot variationubahan petak-ke-petakPertanianAgronomi

Perbezaan atau variasi diantara petak dengan petak yang lain. samaada fizikal seperti kecerunan, kesuburan, kelandaian atau perbedzaan kimia - tinggi atau rendah keasidan

block turfingpengeturfan blokLandskapTiadaPenanaman rumput mengikut petak-petak yang telah ditetapkan di tapak penanaman.
randomized blockblok rawakPertanianAgronomi

Blok yang mengandungi petak-petak yang telah dirawakkan dalam pengagihan perlakuan eksperimen.

phragmafragmaBiologiHistologi dan Sitologi1. Septum 2. Disepimen atau petak-petak palsu. 3. Endotergit atau apodem dorsal pada toraks dan abdomen Diplopoda dan serangga.
overflow chutepelongsor limpahPentadbiran PerniagaanTiadaPetak yang dikhaskan untuk mengisi karung mel yang tidak digugurkan dari pangsi kerana petak-petak lain telah penuh atau apabila berlaku kesilapan mengekod karung mel semasa penghantaran karung mel dibuat.
12345678910...

Kembali ke atas