Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata petala;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
repulsive potentialkeupayaan tolakanKejuruteraanTiadaDaya tolakan berjarak dekat antara dua atom disebabkan pertindihan awan elektron daripada atom-atom berkenaan terutama elektron-elektron pada petala-petala tertutup.
metastatic electronelektron metastatikKejuruteraanTiadaElektron yang bergerak dari atom ke atom yang lain atau dari petala ke petala yang lain dalam atom yang sama atau dari petala ke nukleus atom yang berkaitan.
metastasic electronelektron metastasikKejuruteraanTiadaElektron yang bergerak dari satu atom ke atom yang lain atau dari satu petala ke petala yang lain dalam atom yang sama atau dari satu petala ke nukleus atom yang berkaitan.
inner shell electronelektron petala dalamKejuruteraanTiadaElektron yang dimiliki oleh petala elektron, selain daripada petala luar.
filled shellpetala terisi penuhKimiaTiadaPetala yang mengandungi bilangan elektron yang cukup, misalnya dua elektron bagi petala pertama, lapan elektron bagi petala kedua, dan sebagainya.
atmospheric shellpetala atmosferaSainsHidrometeorologiSalah satu daripada beberapa strata atau lapisan atmosfera bumi. Taburan suhu merupakan satu kriteria yang paling kerap digunakan untuk melambangkan berbagai-bagai petala. Troposfera (wilayah perubahan) adalah bahagian terbawah atmosfera, 10 � 20 km tebal, yang dicirikan oleh pengurangan suhu mengikut ketinggian.Istilah stratosfera digunakan untuk melambangkan wi- layah nisbi isoterma yang betul-betul atas dari tropopaus, dan petala yang menganjur ke atas dari tropopaus ke aras suhu minimum pada 70 � 80 km; mesosfera merupakan petala di antara kira-kira 20 dan 70 atau 80 km yang mempunyai suhu maksimum luas pada kira-kira 40 � 50 km; dan termosfera ialah petala atas dari mesosfera dan mempunyai suhu yang meningkat mantap mengikut ketinggian. Taburan berbagai-bagai proses fiziokimia merupakan satu lagi kriteria. Ozonosfera yang terletak di antara 10 � 50 km ialah kawasan umum atmosfera atas yang dalamnya terdapat ketumpatan ozon yang nyata dan ozon itu memainkan peranan penting dalam menyeimbangkan sinaran atmosfera; ionosfera yang bermula kira-kira 70 atau 80 km ialah kawasan yang dalamnya pengionan satu atau lebih juzuk adalah bererti; neutrosfera ialah petala di bawah aras ini yang sebaliknya, kurang diionkan; dan kemosfera yang tiada had ketinggian nyata ialah kawasan yang di dalamnya tindak balas fotokimia berlaku. Proses dinamik dan kinetik merupakan kriteria ketiga. Eksosfera ialah kawasan di puncak atmosfera, atas dari aras lepas genting, yang di dalamnya zarah atmosfera boleh bergerak di orbit bebas, tertakluk hanya pada graviti bumi. Komposisi merupakan kriteria keempat. Homosfera ialah petala yang di dalamnya terdapat begitu sedikit perceraian foto atau pemisahan graviti sehingga berat min molekul atmosfera hampir tetap; heterosfera ialah kawasan atas dari aras ini, yang komposisi atmosfera dan berat min molekulnya tidak tetap. Batas antara kedua-dua ini mungkin terdapat di aras oksigen molekul mula diceraikan, dalam lingkungan 80 � 90 km. Istilah mesosfera telah diberi takrif yang tidak memenuhi sebarang set kriteria yang logik, iaitu petala antara eksosfera dan ionosfera. Kegunaan perkataan mesosfera tidak diterima secara meluas. Istilah ini juga dikenali sebagai lapisan atmosfera atau wilayah atmosfera.
shell structurestruktur petalaFizikAtom dan NuklearStruktur nukleus yang setiap jenis nukleonnya menduduki keadaan kuantum yang aras tenaganya berbentuk petala. Bilangan nukleon bagi setiap petala dihadkan oleh prinsip eksklusi Pauli.
N shellpetala NKejuruteraanTiadaPetala keempat mengelilingi nukleus.
O shellpetala OKejuruteraanTiadaPetala kelima elektron di sekeliling nukleus atom.
P shellpetala PKejuruteraanTiadaPetala keenam mengelilingi nukleus.
12345678910...

Kembali ke atas