Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ti] | ڤتي

Definisi : sj kotak yg besar dan bertutup (dibuat drpd kayu dll); ~ besi peti yg kukuh drpd besi tempat menyim­pan barang-barang berharga; ~ gewang sj peti yg dihiasai dgn intan permata (mutiara dll); ~ jenazah (mati, mayat) peti utk menanam orang mati, keranda; ~ (me)nyanyi = ~ bicara (ngomong) bp mesin bicara, gramofon; ~ pekak = ~ wang peti (tabung) tempat menyim­pan wang; ~ radio radio; ~ sejuk = ~ ais (air batu) peti penyejuk utk menyimpan sayur­-sayuran (ikan dll) supaya tahan lama dll; ~ suara bahagian kerongkong tempat menge­luarkan suara; ~ surat peti (kotak) tempat surat (bernombor dan ditempatkan di pejabat pos); ~ undi peti berkunci dan bermeterai tempat para pengundi memasukkan kertas undi setelah memangkah calon pilihan masing­-masing dlm sesuatu pilihan raya dll; berpeti-peti beberapa buah peti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ti] | ڤتي

Definisi : ; ikan ~ sj ikan laut, Ostracon spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ti] | ڤتي

Definisi : kotak bertutup yg dibuat drpd besi atau kayu. ~ besi peti drpd besi biasanya tempat menyimpan wang. ~ mati a. tempat menyimpan duit yg sukar hendak dikeluarkan duitnya. b. = ~ jenazah (mayat) peti panjang tempat meletakkan jenazah. ~ nyanyi mesin tempat memainkan piring-piring hitam. ~ sejuk (ais, air batu) alat penyejuk tempat menyimpan makanan dan minuman supaya tahan lama dll. ~ suara bahagian dlm kerongkong tempat mengeluarkan suara. ~ surat a. peti bernombor di pejabat pos tempat menerima surat dll. b. peti tempat memasukkan surat dsb yg hendak dikirim. ~ undi peti yg berkunci dan dimeterai, tempat para pengundi memasukkan kertas undi setelah mengundi dlm sesuatu pilihan raya dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peti (kata nama)
Bersinonim dengan pak, tong, banian, cerakin, kopek, canda peti, kendaga, pendaga, bangking.,

Puisi
 

Kinabalu bertangga peti,
     Ambil gemala di mulut naga;
Kalau sudah paksa di hati,
     Mahal murah baik harga.


Lihat selanjutnya...(59)
Peribahasa

Jadi dinding lasak peti manian.

Bermaksud :

Orang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)askm,soalan saya yang mana hendakdigunakan peti pos@peti surat.didalam pejabat pos terdapat peti surat yang terdapat pada dinding pejabat pos.klu ditepi jln peti peti surat yg brwrna merah dipanggil peti surat,ttp ddlam pjbt pos trdapat peti pada dinding pjbt pos untuk mngeposkan surat.apayg prlu kt panggil peti pos,peti surat atau ada prkataanlain...trma ksih hrp dpt bantupeti suratIstilah28.07.2010
tolong terangkan Maksud peti cadangan dan huraian tentang peti cadangan dengan lanjutPeti cadangan bermaksud tempat yang disediakan bagi meletakkan surat yang mengandungi cadangan untuk melaksanakan sesuatu.Makna30.10.2007
Betul atau salah? 1. keluar rumah 2. keluar dari rumah 3. mengemas katil 4. mengemaskan katil 5. peti kecemasan 6. peti pertolongan cemas 7. ambulans 8. kereta ambulans 9. Adik menangis kerana sakit. 10. Adik menangis kerena dia sakit. 11. terjaga dari tidur. 12. terjaga daripada tidur 13. mengeluarkan wang dari dompet 14 mengeluarkan wang daripada dompet 15. terjaga dari tidur 16 terjaga daripada tidur 17. Dia ada hanya sebatang pen. 18. Dia hanya ada sebatang pen. 19. Tiada sesiapa yang datang menolongnya. 20. Tiada sesiapa pun yang datang menolongnya. 21. Tanam-tanaman dihanyutkan air. 22. Tanam-tanaman dihanyutkan oleh air. 23. menggantung belon 24. menggantungkan belon Saya difahamkan bagi benda abstrak, kita tidak boleh menggunakan penjodoh bilangan. Mengapakah saya masih nampak frasa seperti sebuah lagu? Apakah penjodoh bilangan bagi lagu, cerita, tin dan negeri?

Ayat yang betul ialah ayat no. 2, 4, 6, 7, 9, 12, 14, 16, 18, 19 & 20, 21, 24.  Penjodoh bilangan dengan kata nama abstrak sangat terbatas penggunaannya. Selama ini hanya terdapat dua penjodoh bilangan sahaja yang digunakan dalam konteks berkenaan, iaitu patah untuk perkataan dan buah untuk cerita, puisi, negara, masyarakat, parti politik, persatuan dsbnya. 

Tatabahasa25.10.2010
Tuan, frasa yang manakah betul, "suara dari peti televisyen itu" atau "suara daripada peti televisyen itu"? "Televisyen" merupakan punca suara, jadi digunakankah kata sendi nama "daripada"? Atau "televisyen" ialah punca tempat suara, jadi kata sendi nama "dari" digunakan? (Novel Hantu Gadis Opera, lembaran 11, terbitan Syarikat Pelangi)Ayat yang betul, Suara daripada peti televisyen itu.Tatabahasa20.03.2015
... tidak sampai di destinasinya. atau ... tidak sampai ke destinasinya.? ... tidak sampai ke peti masuk (inbox). ... atau ... tidak sampai di peti masuk (inbox).? Terima kasih.dua-dua boleh digunakan kerana di dan ke digunakan di hadapan kata nama/ frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju.Tatabahasa25.07.2012
Kita mesti menyimpan ubat ( di / ke ) dalam peti kecemasan. Apakah jawapan yang betul ? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah Kita mesti menyimpan ubat di dalam peti kecemasan.Lain-lain29.05.2010
Salam sejahtera. 1. Dia mengeluarkan sayur itu dari / daripada peti sejuk. 2. Raju mengambil buku cerita dari / daripada rak itu. Terima kasih & selamat Hari Raya Aidilfitri.1. Dia mengeluarkan sayur itu daripada peti sejuk.
2. Raju mengambil buku cerita daripada rak itu.
Tatabahasa16.08.2012
Apa istilah dalam Bahasa Melayu untuk perkataan "Digital Vault?" Adakah ia Peti Besi Digital atau Kekubah Digital?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah digital vault ialah peti besi digital. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah08.11.2023
Baki wang yang mereka punyai selepas membeli sebuah peti sejuk ialah RM40. Adakah "mereka punyai" betul dari segi tatabahasa?Semua golongan kata utama iaitu kata nama, kata kerja, dan kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran_i untuk membentuk kata kerja. Akhiran -i membentuk kata kerja transitif. Jadi ayat "Baki wang yang mereka punyai selepas membeli sebuah peti sejuk ialah RM40" betul dari segi tatabahasa. Harap maklum.Tatabahasa29.09.2006
LETTER BOX ROOMBILIK PETI SURATIstilah03.03.2011
12345678

Kembali ke atas