Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ti.kan]/[pe.ti/.kan] | ڤتيقن

Definisi : 1. hasil (pendapatan) memetik; 2. = pemetik picu senapang dll; 3. = pemetik suis lampu elektrik; 4. kutipan, nukilan; ~ api alat utk memasang rokok; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ti.kan]/[pe.ti/.kan] | ڤتيقن

Definisi : hasil drpd memetik; sesuatu yg dipetik: ~ itu diambil dr surat khabar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
petik
Kata Terbitan : memetik, petikan, pemetik,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
askum, saya ingin mengetahui maksud dan perbezaan antara petikan langsung dan tak langsung.

petikan langsung : petikan tepat, terus dan tidak menyeleweng

petikan tak langsung : petikan secara tidak terus

Makna17.05.2009
Yang manakah satu betul, di dalam petikan / dalam petikan? Terima kasih.Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Ayat yang betul "Antara nilai yang terdapat dalam petikan ini ialah bersopan santun".Tatabahasa04.02.2013
Assalam.saya ingin mengetahui cara menulis petikan hadis dan ayat al-Quran dalam artikel atau buku ilmiah dengan betul. Sekian, terima kasih.Penulisan petikan hendaklah menggunakan tanda petik " " pada awal dan akhir petikan termasuklah petikan daripada ayat al-Quran dan Hadis.
Kami mohon maaf atas kelewatan menjawab soalan tuan kerana terdapat masalah teknikal dalam hal ini. Kami sentiasa berusaha untuk menambah baik mutu perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.
Lain-lain22.10.2012
apakah yang dimaksudkan dengan petikan langsung dan petikan tak langsung?harap dapat terangkan secara terperinci bersama beberapa contoh bagi menambah kefahaman.terima kasih.Petikan langsung melibatkan  cakap ajuk dan yang tak langsung cakap pindah dalam tatabahasa bahasa Melayu.Tatabahasa26.01.2008
Assalamualaikum Tuan, Saya sedang menyiapkan rekabentuk (layout) untuk sebuah buku coffeetable. Saya keliru dalam menyusun sumber 'petikan' mengikut turutan. Sebagai 'petikan perhiasan' saya menggunakan pantun dan juga sajak didalam buku tersebut. Sumber petikan pantun dari buku. Adakah turutannya seperti berikut: (Nama buku, Terbitan. Tahun terbitan, halaman 13). Semua teks menggunakan italik dan dalam kurungan (). Contoh: Buah cempedak diluar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. (Kurik Kundi Merah Saga, Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005, hlm. 13) 2. Pantun atau sajak gubahan sendiri. Adakah turutannya seperti berikut: (Nama, Tempat. Tarikh dan Tahun). Semua teks menggunakan italik dan dalam kurungan (). Contoh: Buah cempedak diluar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. (Abdullah bin Jusuh, Shah Alam. 12 Januari, 2005) 3. Petikan dari lagu. Contoh: Buah cempedak diluar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. (Mengapa di rindu, Saloma…..) Sekian Terima Kasih. Harap mendapat pencerahan dari Tuan. Semuga amal jasa baik Tuan/Puan di beri balasan baik Allah Subhanawataala. Insya Allah. Suhaimi Abdul MinalDalam menulis petikan, turutannya dalah seperti yang berikut: Nama Buku, tahun Terbitan, Terbitan, Halaman. Petikan boleh dieja dalam bentuk italik atau seperti biasa dan diletak dalam tanda kurung. Walau bagaimanapun tarikh lazimnya tarikh tidak ditulis, kecuali petikan diambil daripada kertas kerja yang dibentangkan dalam sesuatu seminar. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berbincang dengan kami di talian 03-21479109/9112/9400.Ejaan15.05.2015
Ayat yang manakah betul atau tepat? Petikan membincangkan tentang punca-punca...atau Petikan membincangkan punca-punca.....Ayat yang betul ialah 'Petikan membincangkan punca-punca... Jika menggunakan 'tentang' ayat yang betul ialah 'Petikan berbincang tentang punca-punca.....Tatabahasa13.09.2007
Petikan manakah yang gramatis? #1) Kita perlu berterima kasih dengan mereka. #2) Kita perlu bertermia kasih kepada mereka.Kita perlu berterima kasih kepada mereka.Tatabahasa15.11.2016
1)Petikan - Kami menginap di hotel yang telah ditempah oleh pihak sekolah Soalan:-Perkataan menginap dalam petikan di atas bermaksud:- A) Sewa b) Tinggal C) Berehat d) Berkumpul 2) Petikan- Masa Bertolak 8.00 pagi Soalan:-Jika Ahmad ingin menyertai lawatan tersebut tiba di sekolah jam 8.15 pagi,apakah kemungkinan yang berlaku? a) Ahmad akan ketinggalan bas b) Guru Ahmad menunggu sehingga Ahmad tiba di sekolah c) Ahmad menelefon gurunya dan menyatakan yang dia lewat tiba di sekolah d) Tiada apa-apa berlaku 3)Tulis lima ayat lengkap berdasarkan gambar:- a) Niza membawa sup ayam ke arah meja - Perkataan ini ada kesalahan?1)Petikan - Kami menginap di hotel yang telah ditempah oleh pihak sekolah
Soalan:-Perkataan menginap dalam petikan di atas bermaksud:- A) Sewa b) Tinggal C) Berehat d) Berkumpul
Jawapan yang tepat ialah menumpang tidur sama ada di rumah, mahupun di tempat lain seperti hotel dan lain-lain.

2) Petikan- Masa Bertolak 8.00 pagi
Soalan:-Jika Ahmad ingin menyertai lawatan tersebut tiba di sekolah jam 8.15 pagi,apakah kemungkinan yang berlaku? a) Ahmad akan ketinggalan bas
b) Guru Ahmad menunggu sehingga Ahmad tiba di sekolah
c) Ahmad menelefon gurunya dan menyatakan yang dia lewat tiba di sekolah
d) Tiada apa-apa berlaku
Jawapan: Keempat-empat jawapan tersebut betul kerana soalan tersebut berbentuk andaian dan semua kemungkinan boleh berlaku.

3) Tulis lima ayat lengkap berdasarkan gambar:- a) Niza membawa sup ayam ke arah meja - Perkataan ini ada kesalahan?
Jawapan: Ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang lebih tepat: Niza membawa mangkuk berisi sup ayam menuju ke arah meja.
Tatabahasa06.11.2015
Tolong jelaskan samada penggunaan 'di' dalam frasa berikut betul. - di dalam petikan.kata sendi nama yang betul ialah dalam petikan, bukan di dalam petikan. Kata sendi nama dalam digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, masyarakat dan sebagainya. Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.  Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 285.Tatabahasa18.04.2010
Salam, apakah arahan soalan yang sesuai dan betul? 1. Baca petikan, kemudian pindahkan maklumat dalam bentuk grafik. 2. Baca petikan, kemudian pindahkan maklumat kepada bentuk grafik. Terima kasih.Ayat yang sesuai "Baca petikan, kemudian pindahkan maklumat kepada bentuk grafik".Tatabahasa18.12.2013
12345678910...

Kembali ke atas