Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ti.kan]/[pe.ti/.kan] | ڤتيقن

Definisi : 1. hasil (pendapatan) memetik; 2. = pemetik picu senapang dll; 3. = pemetik suis lampu elektrik; 4. kutipan, nukilan; ~ api alat utk memasang rokok; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ti.kan]/[pe.ti/.kan] | ڤتيقن

Definisi : hasil drpd memetik; sesuatu yg dipetik: ~ itu diambil dr surat khabar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
petik
Kata Terbitan : memetik, petikan, pemetik,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SHANKAR, RAVI

Shankar, Ravi (1920 – ), ahli muzik India yang

terkenal di seluruh dunia kerana petikan sitarnya

yang penuh inspirasi (lihat Sitar ).

UMUM 
RIMA

Rima bermakna bunyi yang bergema atau

berulang di akhir perkataan. Dalam puisi, rima

biasanya wujud di akhir baris, seperti dalam

petikan daripada penyair Ireland, William Butler

Yeats:

UMUM 
TANDA TITIK BERTINDIH

Tanda titik bertindih ialah tanda baca yang

ditunjukkan sebagai: Fungsi utamanya adalah untuk

memisahkan pengenalan daripada apa yang

diperkenalkan: senarai, petikan panjang, ilustrasi,

atau penerangan. Tanda titik bertindih paling kerap

digunakan apabila kata yang mendahuluinya

membentuk ayat lengkap, seperti dalam ayat kedua

rencana ini. Terdapat dua kekecualian. Tanda titik

bertindih boleh digunakan untuk mengakhiri

pembukaan surat perniagaan formal, dan ia boleh

digunakan selepas tajuk utama sesuatu garis kasar.

Lihat juga Tanda baca.

UMUM 
BUNGA RAMPAI SASTERABUNGA RAMPAI SASTERA, himpunan petikan pelbagai genre sastera yang dianggap bermutu tinggi.  Dalam sejarah persuratan Melayu dan Nusantara, Bunga Rampai Sastera pada mulanya digunakan hanya untuk himpunan karya klasik.  Dua contohnya ialah Bunga Rampai: Dari Hikayat Lama (diselenggarakan oleh Sanusi Pane, 1956) dan Bunga Rampai Melayu Kuno (diselenggarakan oleh M.G. Emeis, 1967).SASTERAKarya
SENANDUNG

Senandung ialah gubahan muzik yang

mengandungi kedua-dua bentuk instrumental dan

vokal. Bentuk instrumental lebih penting dalam

sejarah muzik. Ia mengandungi koleksi banyak

pergerakan (bahagian) pendek yang digarap untuk

kumpulan kecil alat petikan, alat tiupan atau kedua-

duanya. Pergerakannya mungkin termasuk rentak

mac dan minuet. Alatan senandung dibentuk

sebegitu rupa pada akhir tahun 1700-an.

UMUM 
TESTAMENT POLITIK API

TESTAMENT POLITIK API, dokumen politik hasil susunan Ahmad Boestamam, Ketua Satu Angkatan Pemuda Insaf (API), yang menggariskan program perjuangan API untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Dokumen ini diterbitkan oleh Lembaga Tertinggi API pada 21 Disember 1946, dan dicetak oleh Malayan Printers, Kuala Lumpur. Dokumen ini setebal 27 halaman termasuk dua halaman petikan kata-kata beberapa orang pemimpin besar seperti Sukarno, Mohammad Hatta dan Bung Tomo. Testament ialah salah satu manifesto politik di Tanah Melayu dan disebarkan kepada peserta Kongres API se-Malaya yang berlangsung di Melaka pada 22, 23 dan 24 Disember 1946.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan

Kembali ke atas