Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pé.ti.syen] | ڤيتيشن

Definisi : (pétisyen) 1. surat permohonan atau rayuan (biasanya ditandatangani oleh sekum­pulan orang) kpd pihak berkuasa utk meminta sesuatu pertimbangan: mereka menandatangani tiga ~ tentang soal-soal persekitaran; 2. permohonan rasmi kpd mahkamah supaya sesuatu tindakan kehakiman dapat di­ambil; pempetisyen orang yg mengemukakan petisyen: dlm kes ini, pihak ~ telah membentangkan beberapa kes utk menyokong hujahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pé.ti.syen] | ڤيتيشن

Definisi : 1 surat permohonan atau surat rayuan (biasanya ditandatangani oleh sekumpulan orang) kpd pihak berkuasa utk meminta supaya sesuatu isu, perkara dsb dipertimbangkan: Mereka menandatangani ~ ttg masalah pencemaran udara. 2 permohonan rasmi kpd mahkamah supaya sesuatu tindakan kehakiman dpt diambil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata petisyen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam satu Malaysia, Adakah "e-petition" sesuai diterjemahkan sebagai "e-petisyen"? Mohon cadangan DBP. Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "e-petition" dalam pangkalan data kami. Oleh itu, "e-petition" boleh diterjemahkan kepada e-petisyen.Istilah28.03.2014
Null

Cadangan terjemahan bagi frasa "winding up petition" ialah “petisyen pembubaran”. Walau bagaimanapun, terjemahan ini hendaklah disesuaikan dengan bidang dan konteks penggunaannya.

Penyemakan dan penterjemahan17.07.2023
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "sign petition"? Konteks digunakan pada perkataan berkaitan mengundi. Terima kasih.Perkataan sign dalam pelbagai bidang istilah diterjemahkan kepada tanda, isyarat, penunjuk, simbol dan pengenal. Sila semak keseluruhan ayat dan selaraskan istilah yang sesuai dengan konteksnya sama ada petisyen tanda/isyarat/penunjuk atau sebagainya.Penyemakan dan penterjemahan28.03.2014

Kembali ke atas