Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.to.la] | ڤتولا

Definisi : sj tumbuhan (herba memanjat dan buah), Luffa acutangula; ~ buntal = ~ manis sj tumbuhan (herba memanjat dan buah), Luffa cylindrica; ~ ular sj tumbuhan (pokok memanjat), ketola ular, timun bengkok, Trichosanthes anguina; ketola. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.to.la] | ڤتولا

Definisi : ; kain ~ sj kain cindai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.to.la] | ڤتولا

Definisi : nama sj herba atau buahnya (buahnya bersegi-segi dan boleh dibuat sayur), Luffa acutangula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata petola

Puisi
 

Mari kusayur dengan petola,
     Bunga lengkuas berangkai-rangkai;
Kalaulah diulang dari semula,
     Kekasih bertuah tak dapat dipakai.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
jika memetik buah petola, Ambil biji jadikan benih; Jika keruh air di kuala, Seribu tahun tidakkan jernih.Pantun Melayu SarawakNasihat
Pohon betik pohon petola, Dipanggil jua pohon papaya; Adik cantik abang gila, Adik tak mahu apa upaya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mari kusayur dengan petola, Bunga lengkuas berangkai-rangkai; Kalaulah diulang dari semula, Kekasih bertuah tak dapat dipakai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa lauk nasi kurendang, Putik petola dari Patani; Apa ubat hatiku terkenang, Gesek biola tariklah menyanyi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jika kutahu buah kuini, Tidak kubeli sayur petola; Jika kutahu jadi begini, Tidakku buat dari semula.Pantun Melayu SarawakNasib
Sejak betik mulai layu, Diganti orang dengan petola; Sejak adik memakai gincu, Hati abang kian menggila.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Encik Esah pergi Merlong, Sampai Merlong masak petola; Orang susah wajib ditolong, Baru kita dapat pahala.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Baru kutahu peria pahit, Haram bertaubat sayur petola; Kalau kutahu budi tak baik, Haram tak buat dari mula.Kurik Kundi Merah SagaBudi

Kembali ke atas