Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.tua] | ڤتوا

Definisi : nasihat, petunjuk, atau panduan yg ber­guna (biasanya oleh orang tua-tua atau yg berpengalaman) tentang cara melaksanakan atau mencapai sesuatu dgn berkesan: ~ awet muda; betapa banyak ~ dukun kuturuti; berpetua memberi petua (nasihat): pandai pula engkau ~, pandir; dipetuakan 1. digunakan sbg petua; 2. dian­jurkan, dinasihatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.tua] | ڤتوا

Definisi : nasihat atau tunjuk ajar yg diberikan oleh seseorang mengenai sesuatu perkara; nasihat yg dijadikan panduan: Apabila kamu hendak melintas di jalan raya, ikutlah ~ latihan melintas ini. berpetua memberikan petua (nasihat, tunjuk ajar). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata petua

Puisi
 

Kalau tak panjat limau manis,
     Kita tebang batang tebu;
Jika tak dapat yang hitam manis,
     Kita buanglah petua guru.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'Petua-petua ini merupakan langkah-langkah penjimatan perbelanjaan yang sangat praktikal.' Adakah kedua-dua 'langkah' dan 'petua' dalam ayat di atas harus diulangi? Terima kasih.Kedua-dua perkataan ini tidak perlu digandakan kerana perkataan tersebut boleh membawa maksud tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa21.05.2013
Tuan, bolehkah "Tip-tip" digunakan? Tip-tip, gandaan bagi Tip, iaitu petua. Terima kasih.Perkataan yang betul ialah petua (bukan tip). Petua boleh merujuk tunggal atau jamak, oleh itu tidak perlu digandakan menjadi petua-petua.Tatabahasa15.02.2012
dari manakah asal usul perkataan "petua"?.. adakah ia berasal dari perkataan arab "fatwa"? harap dapat dijelaskan terima kasih.Petua merupakan perkataan bahasa Melayu yang bermaksud nasihat, petunjuk, atau panduan yang ber­guna (biasanya oleh orang tua-tua atau yang berpengalaman) tentang cara melaksanakan atau mencapai sesuatu dengan berkesan. F atwa perkataan yang berasal dari Arab iaitu keputusan tentang sesuatu hukum agama (yang belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yang berwenang tentang keputusan hukum syarak);Tatabahasa28.08.2013
1) Apakah jawapan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah?Petua/Teknik?Saya kurang faham maksud kedua dalam Kamus Dewan berkaitan dengan perkataan teknik. - Penggunaan buku koleksi model UPSR ialah______ulang kaji yang pantas untuk memperoeh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. 2)Apakah jawapan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah?Membentuk/Mewujudkan?Mengapa?Saya kurang jelas tentang perbezaan kedua-dua perkataan tersebut. -Penyemaian budaya hemah tinggi perlu ditingkatkan bagi __________ rakyat yang berbudi bahasa. 3) Apakah perkataan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah?Menemukan/Menemui?Saya masih keliru dengan maksud kedua-dua perkataan tersebut. -Mayat bayi itu _______ di celahan timbunan sampah.1) Penggunaan buku koleksi model UPSR ialah petua ulang kaji yang pantas untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

2)Penyemaian budaya berhemah tinggi perlu ditingkatkan bagi mewujudkan/membentuk rakyat yang berbudi bahasa. (kedua-dua boleh digunakan)

3) Mayat bayi itu ditemui di celahan timbunan sampah.
Tatabahasa25.06.2013
Adakah ibu bapa, bahasa Melayu, bahasa rasmi, nenek moyang dan wahana politik ialah kata majmuk? Apakah petua untuk mengenal pasti kata itu merupakan kata majmuk? Sekian terima kasih.

Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar.  Bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang, gambar rajah, terima kasih dan sebagainya.

Petua untuk mengenal kata majmuk ialah ia tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.  Misalnya, kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan dengan unsur lain seperti "yang".  Sebaliknya pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung dan.
Tatabahasa22.01.2016
Sdr, tolong berikan petua tentang penggunaan perkataan "baru" dan "baharu". Kenapa "Model Baru Ekonomi", bukan Model Baharu Ekonomi, contohnya. Sekian, terima kasih.

Baru dan baharu sebagai kata adjektif digunakan dalam konteks rumah baru/baharu, tahun baru/baharu, baju baru/baharu. Padanan bahasa Inggerisnya ialah new, manakala  baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru-baru ini, baru tiba, baru sampai. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just. Oleh itu, Model Baru/Baharu Ekonomi adalah betul.

Tatabahasa14.06.2010
macam mana nak dapatkan petua kejayaan SPM yang terbaikPaling penting untuk apa jua kejayaan yang dicita-citakan ialah disiplin. Dengan disiplin kita akan mematuhi apa yang telah kita rancangkan. Tanpa disiplin agak sukar untuk kita mengejar cita-cita dan impian. Sebagai pelajar SPM, patuhilah nasihat ini, iaitu disiplinkan diri, masa, dan jauhkan benda-benda atau perkara yang tidak berfaedah.T.kasih.Lain-lain21.11.2006
Bagaimanakah nak menjadi pendeta bahsa melayu seperti zaba ada petua bagi didorongnya kalau ada tip, saya akan boleh menjadi seorang munsyi yang membawa kegemilangan kekal bahasa.ada satu soalan yang masih meruncup yakni maksud jogi berhaman bujangga. Dalam soalan apakah maksud haman.tolong menerangkan dengan contoh ayat yang boleh dipakai.dalam contoh ayat saya mahu perkataan mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau bagi memperjelas ayat yang saya diingini.tolong tuan.

Maaf, soalan yang dikemukakan oleh saudara tidak jelas. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas dengan menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan boleh difahami. Walau bagaimanapun, untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba.

Lain-lain31.05.2018
Apakah terjemahan untuk perkataan "Tips" ?Tips boleh diterjemahkan kepada panduan atau petua.Istilah25.01.2016
Lucy Joseph JUM 9.36 PTG Lucy Joseph Selamat petang. Sy nak tanya karya ahmad patria Adakah buku Petua azkram dan pedang aurora sudah d terbitkan?Untuk pertanyaan tentang buku, sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501.Lain-lain13.10.2017
123

Kembali ke atas