Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.tua] | ڤتوا

Definisi : nasihat, petunjuk, atau panduan yg ber­guna (biasanya oleh orang tua-tua atau yg berpengalaman) tentang cara melaksanakan atau mencapai sesuatu dgn berkesan: ~ awet muda; betapa banyak ~ dukun kuturuti; berpetua memberi petua (nasihat): pandai pula engkau ~, pandir; dipetuakan 1. digunakan sbg petua; 2. dian­jurkan, dinasihatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.tua] | ڤتوا

Definisi : nasihat atau tunjuk ajar yg diberikan oleh seseorang mengenai sesuatu perkara; nasihat yg dijadikan panduan: Apabila kamu hendak melintas di jalan raya, ikutlah ~ latihan melintas ini. berpetua memberikan petua (nasihat, tunjuk ajar). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata petua

Puisi
 

Kalau tak panjat limau manis,
     Kita tebang batang tebu;
Jika tak dapat yang hitam manis,
     Kita buanglah petua guru.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chain rulepetua rantaiMatematikTiadaPetua am yang penting untuk mengira terbitan. Petua ini berkaitan dengan terbitan fungsi gubahan. Jika u suatu fungsi dalam sebutan x dan v suatu fungsi dalam sebutan u, maka terbitan v terhadap x boleh didapati melalui petua rantai:
Fermi’s golden rulepetua keemasan FermiFizikModenPersamaan yang memberikan sumbangan tertib pertama (petua nombor dua) dan sumbangan tertib kedua (petua nombor satu) kepada kebarangkalian peralihan per unit masa yang teraruh oleh Hamiltonan usikan, dari segi unsur-unsur matriks Hamiltonan usikan.
Fermi�s golden rulepetua keemasan FermiFizikMekanik KuantumPersamaan yang memberikan sumbangan tertib pertama (petua nombor dua) dan sumbangan tertib kedua (petua nombor satu) kepada kebarangkalian peralihan per unit masa yang teraruh oleh Hamiltonan usikan, dari segi unsur-unsur matriks Hamiltonan usikan.
cosine rulepetua kosinusMatematikTiadaPetua atau hukum yang menyatakan hubungan antara ketiga-tiga sisi bagi sesuatu segi tiga dengan sudut yang bertentangan salah satu sisi. Jika a, b, dan c mewakili tiga sisi itu dan A sudut bertentangan sisi a, maka a2 = b2 + c2 – 2bc kos A. Petua ini boleh digunakan untuk menentukan sisi atau sudut yang lain setelah tiga sisi atau dua sisi bersama-sama satu sudut diketahui.
f-sum rulepetua hasil tambah-fFizikModenPetua yang menyatakan bahawa hasil tambah nilai f peralihan penyerapan sesuatu atom dalam keadaan tertentu, ditolak dengan hasil tambah nilai f peralihan pemancaran dalam keadaan tersebut, adalah sama dengan bilangan elektron yang mengambil bahagian dalam peralihan ini. petua hasil tambah-Thomas-Reiche-Kuhn.
right-hand rulepetua tangan kananFizikElektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan1. Petua yang menyatakan bahawa bagi dawai yang membawa arus, sekiranya jari tangan kanan mengelilingi dawai dan ibu jari menunjukkan arah arus maka jari-jari akan menunjukkan arah medan magnet yang dihasilkan oleh dawai tersebut. 2. Petua yang menyatakan bahawa bagi dawai yang bergerak dalam medan magnet seperti dawai pada angker jana kuasa, sekiranya ibu jari serta jari telunjuk dan jari tengah tangan kanan bersudut tegak antara satu dengan lain, maka ibu jari akan menunjukkan arah gerak dawai, jari telunjuk menunjukkan arah garis daya magnet dan jari engah menujukkan arah arus teraruh yang wujud disebabkan oleh gerakan dawai dalam medan magnet tersebut.
sine rulepetua sinusMatematikTiadaPetua atau hukum yang menyatakan perhubungan antara sisi dan sudut bagi sesuatu segi tiga. Bagi suatu segi tiga ABC, dengan sisi yang bertentangan, sudut A, B, dan C masing-masing diwakili dengan a, b dan c.
Selection rulespetua pemilihanFizikMekanik KuantumPetua yang menerangkan perubahan yang harus berlaku pada nombor kuantum supaya peralihan di antara dua keadaan dengan kebarangkalian yang tinggi terjadi.
Matthiessen’s rulepetua MatthiessenFizikModenPetua empirik yang menyatakan bahawa jumlah kerintangan bagi suatu spesimen logam habluran adalah jumlah kerintangan yang disebabkan oleh penggoncangan terma ion-ion logam kekisi dan kerintangan yang disebabkan oleh ketaksempurnaan hablur.
Amagat-Leduc rulepetua Amagat-LeducFizikMekanikPetua mengenai gabungan gas yang menyatakan bahawa isi padu yang dipenuhi oleh campuran gas adalah sama dengan hasil tambah isi padu yang dipenuhi oleh tiap-tiap komponen gas berkenaan secara berasingan pada suhu dan tekanan yang sama.
12345678910...

Kembali ke atas