Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.tun.ju/] | ڤتونجوق

Definisi : ark 1. sesuatu yg menunjuk atau menunjukkan (tanda, isyarat, dll), tanda dll yg memberitahu tentang sesuatu: pemandu-pemandu kereta sangat sedikit yg mematuhi ~-~ jalan raya; 2. ketentuan yg harus dipatuhi, syarat: sebelum memakan ubat ini, ~ yg dikembarkan ini hendaklah dibaca dgn teliti; 3. ajaran, nasihat, tunjuk ajar: esei-esei yg dikumpulkan di dlm Renung-an penuh dgn seruan dan ~ utk menyedarkan dan membangunkan masyarakat; 4. bisikan hati (yg datang drpd Tuhan), ilham: mene-rima ~ Tuhan; 5. sesuatu yg menjadi panduan (utk melakukan sesuatu), rujukan: buku ini adalah ~ yg baik bagi penggemar-peng-gemar kesusasteraan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.tun.ju/] | ڤتونجوق

Definisi : 1 tanda atau isyarat yg mem­beritahukan sesuatu: Semua pemandu mesti patuh pd ~-~ jalan raya. 2 ajaran atau nasihat: ~ guru itu jangan disia-siakan. 3 sesuatu yg menjadi panduan utk melakukan sesuatu; rujukan: Buku ini menjadi ~ kpd penuntut-penuntut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Pantun

PantunSumberTema
Kata adat membawa petunjuk, Petunjuk kepada jalan yang benar; Lupa adat nama pun buruk, Busuk nama badan terlantar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buruk parang dimakan karat, Sekali pakuk matanya sumbang; Buruk orang melupakan adat, Diberi petunjuk muka berpaling.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Ayam berlaga di tengah padang, Patuh-mematuh hingga berdarah; Dalam berduka difitnah orang, Mohonlah petunjuk kepada Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau tak ada batang kulim, Manakan ada batang keduduk; Kalau tak ada orang nan alim, Manakan ada mendapat petunjuk.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas