Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.war.na] | ڤورنا

Definisi : bahan utk mewarnakan (me­warnai). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.war.na] | ڤورنا

Definisi : bahan utk mewarnai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pewarna


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MORDAN

Mordan ialah bahan kimia yang berpadu dengan

pewarna untuk mencegahnya daripada mudah

larut. Pewarna semata-mata mungkin luntur, tetapi

sebatian yang terbentuk daripada pewarna dan

mordan tidak akan luntur, dan dengan itu

warnanya tahan lama. Mordan biasa termasuk

garam kromium, ferum, aluminium, timah dan

logam-logam lain. Ia adalah mordan bes atau

mordan logam. Ia digunakan dengan pewarna

asid dan juga pewarna langsung. Asid tanik, asid

laktik dan asid oleik adalah lain-lain mordan biasa.

Ia dikenali sebagai mordan asid, dan berpadu

dengan pewarna. Sebatian mordan bes dengan

pewarna dinamakan lak. Apabila alizarin, iaitu

pewarna asid dimordankan dengan garam

aluminium bes, ia mewarnakan kain kapas

menjadi merah terang, yang dinamakan merah

Turki .

Lihat juga Lak (Pewarna).

UMUM 
ANILINA

Anilina ialah kimia yang paling terkenal dengan

kegunaannya dalam membuat pewarna. Anilina

menjadi penting pada tahun 1856, apabila ahli

kimia Inggeris William Perkin secara tidak sengaja

membuat pewarna ungu daripada anilina.

UMUM 
MERAH SENDUDUK

Merah senduduk ialah warna ungu pucat atau

pewarna ungu yang lembut warnanya. Pada tahun

1856, W.H. Perkin, ahli kimia Inggeris menemui

bahawa pengoksidaan anilina dan kalium dikromat

menghasilkan pewarna merah senduduk (lihat

Pengoksidaan). Warna merah senduduk ialah

campuran bahan yang diterbitkan daripada

fenazina. Ini merupakan warna sintetik yang

pertama yang diperoleh daripada tar batu arang.

UMUM 
SAFRON

Safron ialah pewarna kuning terang dan perisa

makanan. Ia dihasilkan dengan mengeringkan stigma

dan sebahagian daripada stail krokus ungu musim

luruh yang dikenali secara saintifik sebagai Crocus

Satirus (lihat Krokus ). (Stigma dan stail adalah

bahagian bunga yang mengandungi biji). Lebih

kurang 4000 bunga menghasilkan kira-kira 28 gram

safron komersial. Safron mempunyai bau yang

harum, tetapi rasa yang pahit. Ia digunakan dalam

masakan dan untuk memperisa dan

mewarnakan gula-gula. Penduduk di Eropah dan

India menggunakannya untuk memperasa pelbagai

makanan.

UMUM 
KULAT

Kulat ialah organisma yang tidak mempunyai

klorofil, iaitu bahan pewarna hijau yang digunakan

oleh banyak tumbuhan untuk membuat makanan.

Kulat tidak boleh membuat makanannya sendiri.

Sebaliknya, ia menyerap makanan daripada

persekitarannya.

UMUM 
EHRLICH, PAUL

Ehrlich, Paul (1854–1915), ahli bakteria Jerman.

Dia mengasaskan kemoterapi dan membuktikan

bahawa suntikan pewarna tertentu dapat

mengubati penyakit tropika tertentu.

UMUM 
MADDER

Madder ialah tumbuh-tumbuhan yang ditanam di

Eropah dan Asia untuk digunakan dalam membuat

pencelup atau pewarna.

UMUM 
TARBUS

Tarbus ialah topi merah yang tinggi tanpa tepi

dengan rambu-rambu berwarna-warni daripada

sutera atau wul. Tarbus dipakai di Mesir dan di

Afrika Utara. Dahulunya, semua tarbus diwarnakan

dengan pewarna yang dibuat daripada jus beri

merah yang hanya terdapat di Maghribi. Kini,

warna ini dapat dihasilkan daripada bahan

pewarna kimia. Tarbus mula-mula dibuat di Fez,

Maghribi.

UMUM 
POLIVINIL KLORIDA (PVC)

Polivinil klorida (PVC) ialah bahan plastik yang

kuat, tahan lama. Ia mudah bercampur dengan

pelincir, pengisi, dan pewarna untuk membuat

plastik yang mempunyai banyak sifat yang berbeza.

Terdapat dua jenis asas plastik PVC – tegar dan

fleksibel. Keluaran yang dibuat daripada plastik PVC

tegar termasuk botol, paip, dan bahan sisian bingkai

tingkap. Keluaran yang dibuat daripada plastik PVC

mudah dibentuk termasuk pakaian hujan, tirai

mandi, hos, dan bahan penebat elektrik.

UMUM 
ARANG

Arang ialah bahan berwarna hitam, yang rapuh

dan mempunyai banyak kegunaan. contohnya,

arang digunakan dalam pigmen (bahan pewarna);

dalam penapis untuk menghilangkan warna, rasa

dan bau yang tidak dikehendaki; sebagai bahan

bakar; dan sebagai alat melukis.

UMUM 
12

Kembali ke atas