Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.war.na] | ڤورنا

Definisi : bahan utk mewarnakan (me­warnai). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.war.na] | ڤورنا

Definisi : bahan utk mewarnai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pewarna


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
basophiliabasofiliaPerubatanTiada1. Satu ciri struktur mikroskopik yang membuat sesuatu berafiniti terhadap pewarna-pewarna bes.,2. Pertambahan bilangan basofil dalam darah.
glass sandpasir kacaGeologiTiadaPasir yang sesuai untuk pembuatan kaca disebabkan kandungan silikanya yang tinggi dan kandungan besi oksida, kromium, kobalt dan pewarna-pewarna lainnya yang rendah.
colouring diepewarnaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBahan yang ditambahkan ke dalam pulpa atau kertas untuk memberikan warna yang dikehendaki. Pewarna ditambahkan pada alat pemukul, atau pada bahan lain sebelum sampai ke mesin kertas. Pewarna dikelaskan kepada warna organik buatan dan pewarna tak organik. Pewarna organik buatan lebih popular, dan dikelaskan pula kepada pewarna asid, pewarna bes, atau pewarna salfan.
dyestuffbahan pewarna; bahan pewarnaKomunikasi MassaTiadaTiada
dyestuffbahan pewarna; bahan pewarnaKesenianTiadaTiada
dyestuffbahan pewarna; bahan pewarnaKimiaTiadaBahan yang digunakan untuk mewarnai sesuatu bahan.
dyestuffbahan pewarna; bahan pewarnaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
dyepewarnaKimiaTiadaKumpulan sebatian aromatik yang dapat mewarnakan bahan seperti tekstil, kertas, bahan makanan dan plastik. Pewarna diperoleh daripada sumber semula jadi atau secara sintesis. Misalnya, pewarna nitro, nitroso dan pewarna azo.
acid dyepewarna asidKimiaTiadaPewarna daripada garam asid organik. Pewarna ini dapat digunakan pada gentian protein seperti wul dan sutera dan pada gentian poliamida dan akrilik. Misalnya, pewarna azo dan nitro.
food colouringpewarna makananMakanan dan PemakananMakananPigmen atau bahan yang menghasilkan warna apabila ditambahkan ke dalam makanan atau minuman yang diproses. Pewarna makanan biasanya berbentuk cecair, serbuk, gel dan pes. Contoh pewarna semula jadi ialah kunyit (E100), paprika (E160c) dan likopena (E160d). Manakala contoh pewarna tiruan ialah kuinolina kuning (E104), karmoisin (E122) dan Green S (E142). Pewarna tiruan digunakan dengan kuantiti yang sedikit dalam industri makanan dan menghasilkan warna yang seragam kepada produk makanan.
12345678910...

Kembali ke atas