Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.war.ta.an] | ڤورتاءن

Definisi : perihal mewartakan, pemberitaan, pengkhabaran, pemberitahuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
warta (kata nama)
Bersinonim dengan berita, khabar, cerita, laporan, maklumat, penulisan, siaran, urita;,
Kata Terbitan : mewartakan, pewartaan, pewarta, kewartawanan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan mana satu yang betul, PEWARTAAN atau PERWARTAAN. Terima kasih.Kata terbitan yang betul ialah pewartaan.Tatabahasa28.10.2011
EJAAN MANA YANG BETUL PENGWARTAAN ATAU PENWARTAANIstilah yang betul ialah pewartaan.Istilah20.04.2010
assalamualaikum tuan, untuk makluman tuan, saya kini dalam tindakan untuk menyediakan sighah fatwa dalam versi jawi bagi tujuan pewartaan, sehubungan dengan itu, mohon pengesahan berhubung ejaan jawi bagi beberapa perkataan berikut: 1) enakmen 2) syiah 3) takaful 4) kedudukan 5) kalimah 6) akidah 7) Islam 8) ajaran 9) lain-lain 10) syubhah 11) sperma, embrio dan ovum segala kerjasama tuan dalam perkara ini amat dihargai.Seperti Lampiran.Ejaan23.07.2013
Nama Cameron Highlands sudah ditukar secara rasmi menjadi Tanah Tinggi Cameron atau tidak? Cameron Highlands = Tanah Tinggi Cameron Genting Highlands = Tanah Tinggi Genting Nama khas yang mana harus digunakan?Tidak ada pewartaan tentang pertukaran nama tempat daripada Cameron Highlands kepada Tanah Tinggi Cameron dan Genting Highlands kepada Tanah Tinggi Genting. Walau bagaimanpun terdapat kecenderungan sebilangan penulis menggunakan padanan nama, iaitu Tanah Tinggi Cameron bagi merujuk Cameron Highlands.Istilah06.10.2015
pihak KKM dalam urusan mengeluarkan Garis Panduan Pelantikan Pakar Perubatan Perunding. Mohon nasihat berkenaan gelaran berkenaan samada Pakar Perubatan Perunding atau Pakar Perunding Perubatan. tafsiran 1) Pakar Perubatan (Pra-warta) atau Medical Specialist (Pre-gazettement) bermaksud seorang pegawai perubatan yang memperolehi kelayakan perubatan yang diiktiraf serta sedang menjalani proses pewartaan. 2) Pakar Perubatan atau Medical Specialist bermaksud seorang pegawai perubatan yang memperolehi kelayakan perubatan yang diiktiraf serta telah dilantik dan diwartakan sebagai pakar perubatan oleh Ketua Pengarah Kesihatan. 3. Pakar Perubatan Perunding atau Medical Consultant bermaksud seorang pakar perubatan yang berada pada Gred Khas atau Gred Utama C atau mana-mana pakar perubatan yang telah diwartakan sebagai pakar perubatan untuk tempoh melebihi 10 tahun atau mana-mana pakar perubatan yang dilantik sebagai pakar perunding perubatan oleh Ketua Pengarah Kesihatan. 4. Pakar Perubatan Perunding (Kanan) atau Senior Medical Consultant bermaksud seorang pakar perubatan yang berada pada Gred Khas atau Gred Utama B ke atas.Merujuk Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bilangan 24 Tahun 2022: Garis Panduan Penggunaan Gelaran Pakar Perubatan Perunding, istilah yang digunakan dalam surat pekeliling tersebut ialah "Pakar Perubatan Perunding". Oleh Itu, kami mencadangkan penggunaan istilah tersebut hendaklah diselaraskan dengan surat pekeliling yang telah dikeluarkan. Sekiranya ada perbahasan lain, perkara tersebut hendaklah diperhalusi oleh pihak yang berwenang, iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia.Istilah23.11.2022

Kembali ke atas