Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.wa.sap] | ڤواسڤ

Definisi : bahan atau alat yg digunakan utk mewasapi: kaedah ini juga melibatkan pendedahan kpd bahan kimia spt asap dan bahan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pewasap


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fumigantbahan pewasapBiologiPatologiBahan mudah mengewap yang biasanya bermolekul rendah, yang digunakan untuk membunuh patogen dan perosak lain. Biasanya bahan ini digunakan di dalam tanah dan hasil pertanian lain semasa dalam simpanan. Contoh bahan pewasap ialah kloropikrin, metil bromida dan metam-ammonium.
fumigantbahan pewasapKimiaTiadaBahan mudah mengewap yang biasanya bermolekul rendah, yang digunakan untuk membunuh patogen dan perosak lain. Biasanya bahan ini digunakan di dalam tanah dan hasil pertanian lain semasa dalam simpanan. Contoh bahan pewasap ialah kloropikrin, metil bromida dan metam-ammonium.
soil fumigantpewasap tanahVeterinarTiadaTiada
fumigantbahan pewasapPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBahan beracun, sama ada dalam bentuk gas, wap, cecair atau pepejal meruap yang digunakan dalam ruang tertutup untuk memusnahkan serangga perosak kayu. Bangunan dan sebahagiannya ditutup rapat sebelum proses pewasapan dijalankan. Misalnya, hidrogen bromida digunakan untuk mengawal serangan kumpulan bubuk.
fumigant stripkepingan pewasapVeterinarTiadaTiada
chloropicrinkloropikrinBiologiPatologiNama am bahan pewasap dengan nama kimia trikloronitrometana.
dazometdazometBiologiPatologiNama am bagi bahan pewasap dalam perumusan granul yang berkesan terhadap banyak jenis perosak, misalnya nematod, kulat, dan serangga.
metham ammoniummetam ammoniumBiologiPatologiNama am bahan pewasap yang mempunyai sifat kimia dan penggunaannya seperti metil bromida. Nama kimianya ialah ammonium n-metilditiokarbamat. Di dalam tanah, sebatian ini berubah menjadi metil isotiosianat yang sangat beracun. Nama am bahan ini kadang-kadang dikenali juga sebagai karbam.
methyl bromidemetil bromidaBiologiPatologiNama am bahan pewasap yang berspektrum sangat luas, dan banyak digunakan untuk menyahkerumun tanah, dan hasil pertanian dalam simpanan.
aerosolaerosolBiologiPatologiPerumusan yang terdiri daripada titisan ramuan aktif pestisid yang digunakan dalam bentuk gas. Diameter ramuan aktif perumusan aerosol biasanya tidak melebihi 5 um. kebanyakan bahan pewasap dan racun perosak yang digunakan di rumah dijual dalam perumusan ini.
12

Kembali ke atas