Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.wu.ju.dan] | ڤوجودن

Definisi : perbuatan atau proses mewujudkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.wu.ju.dan] | ڤوجودن

Definisi : perbuatan atau hal mewujudkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pewujudan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana satukah yang betul dari segi bahasa; pengwujudan akta atau pewujudan akta. Terima kasih.Yang betul ialah pewujudan - pewujudan akta.Tatabahasa11.02.2008
USIM hendaklah mengenal pasti keperluan pewujudan rekod, berdasarkan kepada perkara berikut: ATAU USIM hendaklah mengenal pasti keperluan pewujudan rekod, berdasarkan perkara berikut: Mohon penjelasan yang manakah lebih tepat. tqKedua-duanya boleh digunakan. Namun  begitu ayat yang lebih tepat ialah USIM hendaklah mengenal pasti keperluan pewujudan rekod, berdasarkan perkara yang berikut:Tatabahasa22.10.2020
pengwujudan bank atau pewujudan bank

Frasa yang betul ialah pewujudan bank.

Istilah13.10.2009
penggunaan mana yang betul? 1. Pewujudan jawatan juruteknik atau 2. Pengujudan jawatan juruteknikPewujudan jawatan juruteknik yang betul dan bukannya pengujudan jawatan juruteknik. Ini kerana kata dasar yang bermula dengan huruf 'w' apabila menerima imbuhan pe- akan mengekalkan huruf pertamanya.Tatabahasa18.10.2006
Askum dan salam sejahtera. Tuan/Puan, 1) mohon pencerahan tentang penggunaaan perkataan 'perwujudan' @ 'pewujudan' @ 'mengwujudkan' Contoh ayat : Cadangan untuk perwujudan/pewujudan/mengwujudkan perjawatan gred u40 di jabatan ini (adakah ayat ini betul @ tidak?) 2) panggilan Tuan/Puan dlm ayat surat rasmi kerajaan di pertengahan ayat..adakah huruf besar di awal perkataan @ kecil.. Contoh ayat : Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan @ tuan/puan amat kami hargai. Saya sangat berbesar hati sekiranya dapat maklumbalas daripada pihak tuan/puan. Sekian, terima kasih.
1. Ejaan yang betul ialah pewujudan.
2. Perkataan tuan/puan ditulis dengan huruf kecil pada pertengahan ayat. 
Tatabahasa19.04.2021
penggunaan bahasa yang betul untuk pengujudan@pengwujudan@pewujudanEjaan yang betul ialah "pewujudan".Ejaan18.08.2011
PERKATAAN YANG LEBIH SESUAI DIGUNAKAN : PEWUJUDAN ATAU PENGWUJUDAN PUSAT PENTADBIRAN BARUEjaan yang betul ialah pewujudan, pembentukan katanya ialah pe + wujud + an.Istilah10.03.2015
1) Antara imbuhan "MEWUJUDKAN" dengan "MENGWUJUDKAN", mana satu yang betul? 2) Antara imbuhan "PEWUJUDAN" dengan "PENGWUJUDAN", mana satu yang betul?Imbuhan yang betul:

1. MEWUJUDKAN
2. PEWUJUDAN
Tatabahasa28.11.2017
makna alomorf

Pewujudan morfem disebut alomorf atau varian morfem. Dalam perkataan lain alomorf itu tidak lain dari morfem dalam penggunaannya yang sebenar. Sesuatu morfem itu sekurang-kurangnya mempunyai satu alomorf. Tidak ada morfem yang tidak mempunyai alomorf.

Makna25.05.2010
Makna alormof dalam morfem.Pewujudan morfem disebut alomorf atau varian morfem. Dalam perkataan lain alomorf itu tidak lain dari morfem dalam penggunaannya yang sebenar. Sesuatu morfem itu sekurang-kurangnya mempunyai satu alomorf. Tidak ada morfem yang tidak mempunyai alomorf.Makna03.11.2007
123

Kembali ke atas