Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pia.la] | ڤيالا

Definisi : sj cawan yg berkaki dan diperbuat drpd perak atau emas dll (utk minuman, hadiah sukan, dll); ~ hati ki batin, kalbu; ~ pusingan (bergilir) piala yg pd tiap-tiap tahun diperebutkan dlm pertandingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pia.la] | ڤيالا

Definisi : 1 bekas minum berkaki yg dibuat drpd emas dll. 2 hadiah berupa piala 1 yg dibuat drpd perak dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata piala


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pada beberapa hari yang lepas, saya telah pergi ke Pertandingan Tarian Zapin Peringkat Negeri Johor. Ketika Pengacara Majlis mengumumkan para pemenang, dia tidak menyebut kategori-kategori yang dipertandingkan tetapi dia menyebut Piala Tahtum, Piala Tahtim, Piala Wainab, Piala Kopak, dan Piala Taksim. Kalau saudar boleh menolong saya apakah maksud Tahtum, Tahtim, Wainab, Kopak, dan Taksim?Saya berasa amat musykil sekali.Sudah berkali-kali saya mencari makna-makna perkataan ini di dalam kamus dewan tetapi tidak juga saya ketemui.Saya harap saudara dapat menolong saya. Terima Kasih.

Saudara Fakrul,

Pihak kami juga tidak dapat memberikan makna perkataan tersebut kerana tidak terdapat di dalam rekod kami. Kami mencadangkan saudara menghubungi urus setia pertandingan untuk mendapatkan maksud perkataan tersebut.

Makna22.10.2010
Mengucup piala atau mencium piala. Mana yang lebih betulMengucup sama maksudnya dengan mencium, kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa16.07.2014
Sila bantu saya untuk soalan berkaitan Hukum D-M di bawah. Yang manakah betul? `Pertandingan Akhir Bahas Piala Ketua Menteri`,`Pertandingan Bahas Akhir Piala Ketua Menteri`ATAU Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri Akhir` Terima Kasih.Pertandingan Akhir Bahas Piala Ketua Menteri.Tatabahasa14.08.2008
mohon bantuan untuk mendapatkan definisi perkataan "ADIKARA", Pihak kami ingin mewujudkan satu pertandingan yang bersifat lasak dan menyediakan satu piala yang dinamakan 'Piala ADIKARA". Adakah sesuai perkataan adikara itu digunakan dalam hal ini.

Encik Mohd Shahidi,

Perkataan ini bermaksud  1. kekuasaan, berkuasa; 2. sewe­nang-wenang. Dalam hubungan dengan penamaan sesuatu perkara sekiranya ada kaitan atau menunjukkan ciri-ciri yang dimaksudkan, maka kata tersebut boleh digunakan.   

Makna01.06.2010
Saya ingin memohon pencerahan mengenai tajuk di bawah: (1) PEMADAM GOLF PERDANA 2016 PIALA SULTAN AZLAN SHAH atau (2) GOLF PERDANA PEMADAM 2016 PIALA SULTAN AZLAN SHAHTajuk yang lebih sesuai ialah: PERTANDINGAN atau KEJOHANAN GOLF PERDANA PEMADAM  PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2016 Lain-lain11.10.2016
Simpan piala itu di mana yang kamu rasa sesuai. Penggunaan 'di mana' dlm ayat tu betul ke tidak?Perkataan "di mana" dalam ayat tersebut kurang sesuai. Perkataan yang lebih sesuai ialah "di mana-mana tempat".Tatabahasa11.03.2015
1. Amir suka membaca buku cerita. ( Adakah betul jika ayat ini ditukar kepada ayat pasif seperti berikut ? Jika salah bagaimanakah membetulkannya ?) Buku cerita suka dibaca oleh Amir. 2. Ayat yang mana satu betul ? Atau kedua-duanya boleh diterima ? Kalau salah bagaimanakah membetulkannya ? a) Li Li menyusun kerusi-kerusi dengan rapi di dewan. b) Li Li menyusun kerusi dengan rapi di dewan. a) Li Li bermain dengan gembira di taman permainan. b) Li Li bermain di taman permainan dengan gembira. a) Piala-piala yang hendak disampaikan kepada murid-murid disusun dengan rapi di atas meja. b) Piala yang hendak disampaikan kepada murid disusun dengan rapi di atas meja. *Soalan dihantar semula kerana tidak dapat dicari dalam rekod pertanyaan fail yang dihantar tadi. TQ.1. Ayat pasif - Buku cerita suka dibaca oleh Amir.
2. Li Li menyusun kerusi dengan rapi di dewan. Tidak perlu dijamakkan perkataan kerusi kerana perbuatan menyusun telah menunjukkan dilakukan kepada benda yang jamak (sama seperti ayat 4).  
3. Li Li bermain dengan gembira di taman permainan. Li Li bermain di taman permainan dengan gembira. Kedua-dua ayat betul.
4. Piala yang hendak disampaikan kepada murid disusun dengan rapi di atas meja.
Tatabahasa17.10.2012
pasukan badminton negara telah membawa balik sebiji piala pusingan berserta hadiah wang tunai Tuan, kesalahan pada sebiji.. tuan, apakah perkataa yang sesuai digantikan. TQPenjodoh bilangan yang betul ialah sebuah piala.Tatabahasa20.09.2011
saya ingin bertanya adakah betul struktur/pengunaan bahasa bg ayat ini Pasukan negeri Sembilan menjulang kejayaan piala Malaysia tahun 2011.Pasukan Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia tahun 2011.Tatabahasa06.06.2013
Minggu depan Tempat duduk Tukang masak Cuti sakit Cuti kecemasan Piala Dunia YouTube Pekerja asing Semua ini boleh jadi kata majmuk takMinggu depan, Tempat duduk, Tukang masak, Cuti sakit, Cuti kecemasan, Piala Dunia dan  Pekerja asing kata majmuk kecuali Youtube merupakan kata nama khas.Tatabahasa07.08.2018
1234

Kembali ke atas