Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pia.no] | ڤيانو

Definisi : alat muzik yg dimainkan dgn menekan mata hitam atau putih pd papan kekunci, menyebabkan tukul-tukul kecil mengetuk tali logam utk menghasilkan not yg berbeza. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pia.no] | ڤيانو

Definisi : sj alat bunyi-bunyian yg dimainkan dgn menekan-nekan matanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata piano


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong Betulkan ayat ini. Saya memetik piano. Adakah kata kerja memetik sesuai piano?Ayat tersebut tidak betul, cukup sekadar menyatakan "Saya bermain piano". Kata kerja yang sesuai ialah "menekan" untuk piano. Contohnya, "Abu menekan mata piano".Tatabahasa18.04.2013
Apakah terjemahan bagi 'music cover' dan 'piano cover' berdasarkan contoh ayat di bawah. 1) Dia menyanyikan 'music cover' lagu 'Sahabatku' yang dinyanyikan oleh Kumpulan Devotees. 2) Dia memainkan 'piano cover' lagu 'My Love' yang dipopularkan oleh Kumpulan Westlife.Cadangan terjemahan berdasarkan konteks ayat yang diberikan bagi music cover ialah "menyanyikan semula lagu" manakala piano cover ialah "memainkan semula muzik dengan piano". Makna02.02.2022
GUITAR ,VOCAL ,VIOLIN ,GUZHENG ,UKULELE , KEYBOARD, PIANO ,DRUMSGitar, vocal, violin, Guzheng, Ukulele, keyboard, piano dan dram.Ejaan07.04.2015
Salam tuan di talian. Saya menghadapi kekeliruan tentang penggunaan suku kata KVVKV, contohnya piano. Adakah suku kata tersebut patut ditulis sebagai pi / a / no atau pia / no ? Semoga pihak tuan dapat memberikan jawapan dengan kadar yang segera. Sekian, terima kasih.Jika kata piano dipenggal mengikut suku kata menjadi pi.a.no dan jika dipenggal mengikut sebutan akan menjadi pia.no seperti yang digunakan dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi - Sebutan - Jawi), DBP, 2008. Penerbit lazimnya menerbitkan buku untuk tujuan pengajarannya, oleh itu kami cadangkan perkataan tersebut dipenggal mengikut bunyi bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pembaca.Tatabahasa22.06.2011
Adakah ayat berikut betul? 1. Murid-murid, apakah alat muzik yang kamu suka bermain? 2. Saya suka bermain piano. Jika ayat berikut salah bolehkan saya tahu ayat apakah yang sesuai digunakan untuk menyampaikan maksud seperti ayat di atas? Terima kasih :)1. Murid-murid, apakah alat muzik kegemaran kamu?
2. Saya suka bermain piano.
Tatabahasa12.10.2017
Apakah terjemahan bagi 'music cover' dan 'piano cover'?Mohon berikan contoh perkataan dalam ayat agar pihak kami boleh memberikan terjemahan yang lebih sesuai mengikut konteks ayatMakna30.09.2021
Assalamualaikum. Saya ingin meminta pengesahan berkenaan ayat berikut. "Melebihi 20 Kelas Muzik boleh dimuat turun percuma yang menunjukkan kepada anda cara untuk bermain lagu hit pada piano dan gitar, diajar oleh artis yang menjadikan lagu itu terkenal" Bolehkah ayat ini dimulakan dengan perkataan "Melebihi"? Terima kasih atas pencerahan.Tidak boleh. Sebagai contoh ayat:  Pengguna boleh memuat  turun  melebihi  20 kelas muzik yang  menunjukkan cara untuk bermain lagu hit menggunakan piano dan gitar yang diajar oleh artis sehingga menjadikan lagu itu terkenal.Makna21.03.2018
Assalamualaikum. Mohon beri maksud 'action' yang merupakan komponen dalam alat muzik piano. Terima kasih.Cadangan terjemahan bagi action ialah tindakan atau aksi jika bersesuaian dengan konsep.Penyemakan dan penterjemahan01.11.2019
Bagaimana perkataan-perkataan berikut dipenggalkan mengikut suku kata? rumpair sempoa muzium masyhur piano suria jurutaip cuaca beliung periuk audit atlet akauntan aeronautik Musytari sandwic asparagus ekuestrian triatlon penguin Oleander Rafflesia Aloe vera Willow Asteroid Adakah kata nama khas (khasnya kata pinjaman Inggeris) tidak perlu dipenggalkan?Suku kata perkataan tersebut dipenggalkan seperti yang berikut:
(rum/pa/ir), (sem/po/a), (mu/zi/um), (masy/hur), (pi/a/no), (su/ri/a), (ju/ru/ta/ip), (cu/a/ca), (be/li/ung), (pe/ri/uk), (au/dit(, (at/let), (a/ka/un/tan), (ae/ro/nau/tik), (Musy/ta/ri), (sand/wic), (as/pa/ra/gus), (e/ku/es/tri/an), (tri/at/lon), (pe/ngu/in), (O/le/an/der), (Raff/le/si/a), (A/loe), (ve/ra), (Wi/llow), (As/te/ro/id). Lazimnya dalam tujuan pembelajaran kata jati Melayu yang dipilih sebagai contoh penggalan bagi memudahkan kefahaman pelajar.
Tatabahasa19.04.2013
Salam sejahtera; Tuan; Bolehkah Tuan menjelaskan perbezaan antara membatang suku kata dengan sebutan sesuatu perkataan? Guru Bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah sering menimbulkan kekeliruan antar dua perkara ini? Perkataan contoh: 1. cuit 2. piano 3. berada 4. mengandungi 5. memasuki 6. pengunjung 7. berkenalan 8. berasaskan Harap Tuan menjelaskan perkara di atas dengan sepuhnya di samping memberikan petua atau teknik untuk membatang suku kata dan menyebut perkataan. Sekian terima.Membatang perkataan adalah dengan membatang suku kata. Atau dengan kata yang lebih mudah, untuk mengeja perkataan (membatang perkataan) adalah dengan memenggalkan perkataan mengikut suku kata perkataan berkenaan. Kaedah mengeja sesuatu kata adalah berdasarkan pemenggalan suku kata. Kaedah mengeja kata harus dibezakan dengan kaedah sebutan iaitu berdasarkan pemenggalan suku kata dan pemecahan suku kata. Keterangan lanjut terdapat dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) DBP, 2004.
1. cuit (cuit)
2. piano (pia.no)
3. berada (be.ra.da)
4. mengandungi (men.ngan.du.ngi)
5. memasuki (me.ma.su.ki)
6. pengunjung (pe.ngun.jung)
7. berkenalan (ber.ke.na.lan)
8. berasaskan (ber.a.sas.kan)/(be.ra.sas.kan)
Tatabahasa27.03.2013
12

Kembali ke atas