Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pia.wai] | ڤياواي

Definisi : Mn 1. cekap, pandai, pintar: seorang jurutenung yg ~ telah pernah meramalkan hal ini; 2. betul, tepat (timbangan, waktu, dll); bungkal yg ~ a) anak timbangan yg betul; b) ki keputusan (pertimbangan) yg adil; 3. yg (telah ditetapkan utk) menjadi asas bagi penen­tuan atau penilaian sesuatu (spt ukuran, tim­bangan, mutu, dll), dasar (asas) yg sah: suhu ~; sukatan ~; waktu ~; memiawaikan menjadikan sesuatu (kualiti barangan, sistem, dsb) piawai: bank data harus mencakup istilah yg dipiawaikan; terpiawai sudah atau telah dipiawaikan: pakar-pakar psikiatri telah mula menggunakannya dlm bentuk ujian personaliti yg ~; piawaian asas (rujukan dsb) utk penentuan sesuatu (spt timbangan, mutu, dll): Malaysia memerlukan satu sistem ~ yg kemas kini; kepiawaian kecekapan, kepintaran: lalu hilang pulalah ~nya sbg perjaka perkasa; pemiawaian perbuatan memiawaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pia.wai] | ڤياواي

Definisi : 1 pandai melakukan sesuatu; pintar: pasukan tentera yg ~. 2 diterima sbg yg rasmi dan sah (bkn sesuatu sukatan, mutu barang-barang dll); standard: waktu ~ waktu yg rasmi bagi sesuatu kawasan. 3 yg ditetapkan atau yg menjadi asas (bkn sesuatu sukatan, mutu dll) kerana sudah diuji. bungkal yg ~ a. anak timbangan yg betul. b. keputusan yg adil. piawaian yg berhubung dgn hal-hal piawai: Pusat ~ Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
piawai (kata nama)
Bersinonim dengan standard, tolok, tara, model.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam satu bahan taklimat tentang Kurikulum Standard Sekolah Rendah, ada ayat “Memastikan semua murid melepasi piawai standard yang ditetapkan.” Adakah ungkapan “piawai standard” diterima pakai oleh DBP?Perkataan piawai dan standard mempunyai makna yang setara. Oleh itu, perkataan "piawai standard" tidak digunakan secara berurutan dalam satu frasa/ayat.Tatabahasa01.05.2012
mengapakah bahasa melayu piawai moden sebutan huruf (a) di akhir perkataan seperti:kenapa,siapa,berada dan keluarga,apabila perkataan itu disebut,bunyinya seakan bunyi huruf (e).Harap boleh dijelaskan.Bahasa Melayu standard pada masa kini menggunakan sebutan dialek Johor-Riau. Antara ciri  utama dialek ini ialah akhiran ‘a’ yang dibunyikan sebagai ‘ě’ bagi kebanyakan perkataan, contohnya saya (sa.yě), apa (a.pě) dan kerja (ker.jě).Lain-lain16.02.2017
Standard practiceAmalan piawaiIstilah13.02.2009
Bolehkah beritahau nama judul Tatabahasa yang piawai dan sempurna di DBP?

Saudara,

Buku tentang tatabahasa yang baku untuk saudara jadikan rujukan ialah Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 

Lain-lain15.09.2009
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MERINYUMerinyu ialah orangbyang memeriksa untuk memastikan peraturan, piawai dan sebagainya dipatuhi; pemeriksa, inspektor.Makna28.03.2008
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MERINYU?Merinyu ialah orang yang memeriksa untuk memastikan peraturan, piawai, dan sebagainya dipatuhi; pemeriksa, inspektor.Makna28.03.2008
Apa beza persijilan dengan pensijilan?pemberian atau penganugerahan sijil setelah seseorang atau sesuatu mencapai atau memenuhi syarat-syarat, piawai dsb yg dikehendaki atau ditetapkanTatabahasa05.04.2011
1. Apakah strategi/gaya/kaedah terjemahan yang disarahkan kepada penterjemah DBP untuk menterjemah teks sains dan teknikal? 2. Apakah piawai penilaian kualiti penerbitan hasil terjemahan teks sains dan teknikal oleh penerbit DBP?Prinsip terjemahan buku sains dan teknologi sesuai dibuat secara terjemahan langsung. Sila rujuk Institut Terjemahan Negara Malaysia untuk maklumat lanjut. Tel.: 03-41497210, faks : 03-41432939.Lain-lain17.01.2008
Salam sejahtera. Saya ingin mohon pencerahan untuk penggunaan 'penanda aras' dan 'penandaarasan'. (Mohon berikan contoh ayat yang menunjukkan perbezaannya. Terima kasih.Tanda aras ialah piawai untuk membandingkan prestasi sesebuah organisasi. Manakala penandaarasan ialah perihal menentukan tanda aras. Kerajaan Malaysia telah menjadikan bon khazanah sebagai bon tanda aras Islam di negara ini.
Penandaarasan bertujuan untuk memperbaik mutu atau prestasi seperti mana yang telah dicapai oleh organisasi yang berkenaan.
Tatabahasa09.12.2019
Adakah terjemahan yang dilakukan sesuai untuk kualiti polisi ISO untuk syarikat idaman pharma ?1. Menghasilkan produk farmaseutikal  secara  konsisten, dengan mematuhi piawaian antarabangsa dan piawai yang berkaitan demi kepentingan kualiti, identiti, keberkesanan dan keselamatan serta memenuhi kehendak pelanggan.  

2. Mematuhi Amalan Pengilangan Baik, Terkini dan Mematuhi Peraturan. 
3. Menggunapakai, Mengekal dan Menambah Baik Sistem Pengurusan Kualiti secara berterusan. 
4. Menggunakan Teknologi Terkini.
5. Fokus kepada Pembangunan Tenaga Mahir.
6. Mengguna Pakai Pembaikan Secara Berterusan.
7. Kualiti adalah tangungjawab semua.
8. Penyata polisi ini akan dikaji semula dan disampaikan kepada semua kakitangan agar mematuhi polisi ini dengan taat.

Tatabahasa05.09.2014
1234

Kembali ke atas