Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pia.wai] | ڤياواي

Definisi : Mn 1. cekap, pandai, pintar: seorang jurutenung yg ~ telah pernah meramalkan hal ini; 2. betul, tepat (timbangan, waktu, dll); bungkal yg ~ a) anak timbangan yg betul; b) ki keputusan (pertimbangan) yg adil; 3. yg (telah ditetapkan utk) menjadi asas bagi penen­tuan atau penilaian sesuatu (spt ukuran, tim­bangan, mutu, dll), dasar (asas) yg sah: suhu ~; sukatan ~; waktu ~; memiawaikan menjadikan sesuatu (kualiti barangan, sistem, dsb) piawai: bank data harus mencakup istilah yg dipiawaikan; terpiawai sudah atau telah dipiawaikan: pakar-pakar psikiatri telah mula menggunakannya dlm bentuk ujian personaliti yg ~; piawaian asas (rujukan dsb) utk penentuan sesuatu (spt timbangan, mutu, dll): Malaysia memerlukan satu sistem ~ yg kemas kini; kepiawaian kecekapan, kepintaran: lalu hilang pulalah ~nya sbg perjaka perkasa; pemiawaian perbuatan memiawaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pia.wai] | ڤياواي

Definisi : 1 pandai melakukan sesuatu; pintar: pasukan tentera yg ~. 2 diterima sbg yg rasmi dan sah (bkn sesuatu sukatan, mutu barang-barang dll); standard: waktu ~ waktu yg rasmi bagi sesuatu kawasan. 3 yg ditetapkan atau yg menjadi asas (bkn sesuatu sukatan, mutu dll) kerana sudah diuji. bungkal yg ~ a. anak timbangan yg betul. b. keputusan yg adil. piawaian yg berhubung dgn hal-hal piawai: Pusat ~ Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
piawai (kata nama)
Bersinonim dengan standard, tolok, tara, model.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
standard formbentuk piawai ; borang piawaiKejuruteraanTiadaTiada
standard formbentuk piawai ; borang piawaiEkonomiTiadaTiada
request for comments (RFC)mohon komen (RFC)Teknologi MaklumatTiadaSuatu mekanisma dalam proses untuk mencipta piawai baru dalam internet. Piawai baru dicadangkan dan diterbitkan secara dalam talian untuk orang ramai membuat komen, berbincang dan membuat cadangan, sebelum piawai baru dipersetujui oleh badan tertentu atau yang berkuasa (seperti IETF) untuk diterima pakai. Piawai baru yang diterima pakai akan dirujuk dengan nombor RFC-nya yang tertentu. Contohnya piawai untuk e-mel ialah RFC 822.
water quality standardpiawai mutu air/piawai kualiti airBiologiUmumTiada
purity standardpiawai ketulenanPertanianAgronomi

Ukuran atau nilai piawai yang telah ditetapkan oleh organisasi seperti SIRIM atau ISTA (International Seed Testing Association), sebagai nilai minimum untuk melepasi keperluan pengguna. Contohnya, piawai ketulenan biji benih termasuk ciri keseragaman, ketulenan, kestabilan dan baka biji benih yang tulen mengikut piawai ditetapkan. 

standard statekeadaan piawaiKimiaTiadaKeadaan sesuatu sistem yang digunakan sebagai nilai rujukan dalam pengukuran termodinamik. Keadaan piawai melibatkan nilai rujukan tekanan 1 atm (101.325 kPa), suhu 25oC (298K) dan kepekatan 1M. Fungsi termodinamik dijadikan piawai apabila merujuk sesuatu perubahan yang behan dan hasil tindak balasnya berada dalam keadaan paiwai dan normal. Misalnya, entalpi pembentukan piawai air pada 298K ialah perubahan entalpi sebanyak 285.83 kJ mol-1 untuk tindak balas.
ASTM type cementsimen jenis ASTMKejuruteraanPetroleumSimen portland yang memenuhi syarat piawai ASTM C150 (Penentuan piawai untuk simen portland).
Joint Photographic Expert Group (JPEG)Kumpulan Kerjasama Pakar Fotografi (JPEG)PendidikanTiada

 Jawatankuasa pakar grafik komputer yang membangunkan piawai grafik. JPEG ialah piawai bagi pemampatan dan penyimpanan imej dalam bentuk digital.

standard operating proceduretatacara pengendalian piawaiPengurusanPerancanganArahan kerja dan garis panduan terperinci berkenaan sesuatu tugas yang bertulis dan didokumentasikan.Tatacara pengendalian piawai menjelaskan cara sesuatu tugas perlu dilaksanakan dan tindakan yang perlu diambil menurut pendekatan yang seragam dan konsisten. Contohnya, tatacara pengendalian piawai yang perlu dipatuhi oleh setiap pegawai yang terlibat dengan urusan rawatan kecemasan pesakit luar di hospital.
correlation indexindeks korelasiHidrologiTiadaBagi lengkung regresi y terhadap x, indeks ini dinyatakan sebagai persamaan: S dan s adalah sisihan piawai reja dan sisihan piawai taburan sut (Chow)
12345678910...

Kembali ke atas