Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pia.waian] | ڤياواين

Definisi : asas (rujukan dsb) utk penentuan sesuatu (spt timbangan, mutu, dll): Malaysia memerlukan satu sistem ~ yg kemas kini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pia.waian] | ڤياواين

Definisi : yg berhubung dgn hal-hal piawai: Pusat ~ Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata piawaian


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERATURAN KERAJAAN

Peraturan kerajaan ialah penyeliaan oleh

kerajaan atau agensi kerajaan terhadap perniagaan

milik persendirian atau aktiviti persendirian. Proses

peraturan yang direka bentuk adalah untuk

kepentingan awam. Agensi ini mengawal piawaian

kesihatan dan keselamatan, harga, piawaian

perkhidmatan, dan aspek perniagaan lain. Di

negara perindustrian, kebanyakan industri

tertakluk kepada beberapa peraturan.

UMUM 
AVANT-GARDE

Avant-garde ialah istilah yang digunakan untuk

memerikan orang dalam apa jua bidang, yang

memecahkan piawaian tradisi dan kelaziman dalam

pekerjaan mereka. Istilah ini digunakan terutamanya

untuk menerangkan perubahan dalam seni.

Seniman avant-garde menekankan eksperimen dan

kaedah asli dan menentang cara yang sudah sedia

diterima dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Mereka kadangkala mengecam ciri seni yang

lampau dan ciri semasa malahan idea seni itu

sendiri. Pada awal tahun 1900-an, contohnya, pelukis

Perancis, Marcel Duchamp mereka ukiran yang

berlainan daripada objek seharian untuk

mempersenda kepercayaan bahawa seni ialah

sesuatu yang ajaib.

UMUM 
KESATUAN SEKERJA

Kesatuan sekerja ialah organisasi pekerja

yang mencuba untuk memperbaiki gaji

ahlinya dan keadaan bekerja mereka. Mereka

melakukannya melalui perundingan dengan

wakil-wakil majikan dalam prosedur yang

dikenali sebagai perundingan kolektif. Kesatuan

juga memperjuangkan hal berkaitan dengan

kesihatan, piawaian keselamatan, dan latihan-

latihan kemahiran, di samping mencari faedah

lain kepada ahlinya seperti potongan harga

barangan dan memperuntukkan kemudahan

pusat jagaan bagi ibu-ibu bekerja. Penubuhan

kesatuan sekerja serta pengambilan ahli baharu,

sah di sisi undang-undang kebanyakan negara.

Walau bagaimanapun, di negara-negara

yang mengamalkan demokrasi, aktiviti yang

dijalankan, tertakluk kepada garis panduan yang

ditetapkan. Di beberapa buah negara seperti

Kesatuan Soviet, kesatuan sekerja bebas biasanya

tidak dibenarkan.

UMUM 
DEKATLON

Dekatlon ialah pertandingan yang memakan

masa selama dua hari dalam sepuluh acara untuk

menentukan johan secara keseluruhan. Atlet

akan bertanding dalam acara pecut 100 meter,

lompat jauh, lontar peluru, lompat tinggi, dan

larian 400 meter dalam urutan yang sama pada

hari yang pertama. Acara pada hari kedua ialah

lari berhalangan 110 meter, lempar cakera, lompat

bergalah, lontar lembing dan lari 1500 meter. Atlet

bertanding melawan masa dan jarak piawaian yang

telah ditetapkan, bukannya bertanding antara satu

sama lain. Setiap acara dapat menghasilkan hingga

1200 mata. Atlet yang meraih mata keseluruhan

yang paling banyak memenangi pertandingan

dekatlon ini.

UMUM 
DOKTRIN DULUAN

Doktrin duluan ialah prinsip undang-undang yang merujuk kepada sebarang keputusan yang boleh digunakan sebagai piawaian atau contoh dalam mengendalikan kes-kes terkemudian yang hampir serupa.

UNDANG-UNDANGKonsep
AVOGADRO, AMEDEO

Avogadro, Amedeo (1776–1856), ahli fizik Itali.

Pada tahun 1811, dia mencadangkan hipotesisnya

yang terkenal, kini dikenali sebagai hukum

Avogadro. Hukum itu menyatakan semua gas yang

berada pada suhu dan tekanan yang sama

mempunyai isi padu yang sama dan mengandungi

jumlah molekul yang sama. Hukum ini menolong

mengatasi kelemahan yang terdapat di dalam teori

atom John Dalton (lihat Dalton, John ). Avogadro

juga membuat perbezaan antara atom dengan

molekul, dan dapat membuat jadual yang tepat

untuk berat atom (lihat Atom [berat atom ]).

Pembetulan dan piawaian ke atas berat atom

bermula pada tahun 1858 apabila Stanislao

Cannizzaro, seorang ahli kimia Itali, mengingatkan

ahli kimia lain tentang kerja Avogadro. Avogadro

dilahirkan di Turin. Dia diberi gelaran Conte di

Quaregna. Lihat juga Kimia (Perkembangan kimia

fizikal).

UMUM 

Kembali ke atas