Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pia.waian] | ڤياواين

Definisi : asas (rujukan dsb) utk penentuan sesuatu (spt timbangan, mutu, dll): Malaysia memerlukan satu sistem ~ yg kemas kini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pia.waian] | ڤياواين

Definisi : yg berhubung dgn hal-hal piawai: Pusat ~ Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata piawaian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
equilibrium constant of standard Gibbs energypemalar keseimbangan tenaga Gibbs piawaianKejuruteraanKejuruteraan KimiaPemalar keseimbangan pada keadaan piawaian yang ditentukan daripada tenaga Gibbs piawaian oleh ungkapan berikut: DG0 = - RT 1n K, dengan DG0 = tenaga Gibbs piawaian tindak balas (J/mol), T = suhu (K), R = pemalar gas semesta, K = pemalar keseimbangan.
standard Gibbs energy of chemical reactiontenaga Gibbs piawaian tindak balas kimiaKejuruteraanKejuruteraan KimiaPerbezaan antara tenaga Gibbs produk dengan tenaga Gibbs bahan tindak balas pada keadaan piawaian yang diungkapkan sebagai DG0 = Svj G0j, dengan DG0 = tenaga Gibbs piawaian tindak balas (J/mol), vj = nombor stoikiometri, G0j = tenaga Gibbs spesies pada keadaan piawaian (J/mol).
standardpiawaianSains ForensikTiada1. Ciri suatu bahan uji yang telah diketahui komposisi dan ketulenannya. Contohnya, piawaian jisim molekul yang digunakan untuk mengetahui saiz suatu molekul dalam gel elektroforesis. Dalam pengujian DNA forensik, tangga alel digunakan sebagai piawaian untuk menentukan saiz fragmen DNA yang diamplifikasi. 2. Kriteria yang ditetapkan untuk jaminan kawalan mutu
programming standardspiawai pengaturcaraanTeknologi MaklumatPerisianPiawaian yang ditetapkan oleh sesebuah syarikat atau individu dalam membangunkan atur cara suatu sistem. Piawaian ini melibatkan setiap fasa pembangunan. Penetapan piawaian pengaturcaraan bagi sesebuah syarikat perlu diikuti seperti kaedah kod atur cara ditulis dan kaedah pendokumentasian.
standard state fugacity of liquidfugasiti keadaan piawaian cecairKejuruteraanKejuruteraan KimiaFugasiti piawaian dalam fasa cecair adalah pada keadaan cecair tulen pada tekanan 1 atmosfera atau 1 bar pada keadaan suhu sistem. Misalnya, untuk komponen tulen j, fugasiti piawaian cecair, ialah 1.
standard state fugacity of gasfugasiti keadaan piawaian gasKejuruteraanKejuruteraan KimiaFugasiti piawaian dalam fasa gas adalah pada keadaan gas unggul pada tekanan 1 atmosfera atau 1 bar pada keadaan suhu sistem. Misalnya, untuk komponen tulen j, fugasiti piawaian gas ialah 1.
consolidated health informatics (CHI)informatik kesihatan tergabung (CHI)Teknologi Maklumate-KesihatanInisiatif yang membolehkan piawaian pengurusan maklumat kesihatan bagi memudahkan transformasi sektor swasta kepada saling beroperasi dalam sistem teknologi maklumat kesihatan (HIT). Ini membolehkan sistem yang berlainan berinteraksi dalam piawaian yang sama. Piawaian ini termasuk kesihatan aras 7 (HL7), pengimejan digital dan komunikasi dalam perubatan (DICOM) dan tatanama perubatan bersistem - terminologi klinikal (SNOMED-CT).
health level seven (HL7)kesihatan aras 7 (HL7)Teknologi Maklumate-KesihatanSet piawaian antarabangsa untuk pemindahan data klinikal dan pentadbiran antara aplikasi perisian yang digunakan oleh pelbagai pembekal penjagaan kesihatan dan diperakui oleh Institut Piawaian Kebangsaan Amerika (ANSI). HL7 membangunkan spesifikasi piawaian pemindahan maklumat yang digunakan secara meluas. Piawaian pemindahan maklumat membolehkan aplikasi penjagaan kesihatan yang berbeza berkongsi maklumat klinikal dan data pengurusan.
undergauge bitbit bawah tolakKimiaTiadaBit penggerudian yang garis pusat luarnya telah haus sehingga menjadi lebih kecil daripada spesifikasi bit yang dibenarkan oleh piawaian, biasanya oleh piawaian API. Contohnya, bit yang bergaris pusat luar 6 7/8 inci, setelah digunakan untuk beberapa lama, garis pusat luarnya menjadi 6 5/8 inci. Bit yang bergaris pusat 6 5/8 inci tersebut dikenali sebagai bit bawah tolok.
undergauge bitbit bawah tolakKejuruteraanPetroleumBit penggerudian yang garis pusat luarnya telah haus sehingga menjadi lebih kecil daripada spesifikasi bit yang dibenarkan oleh piawaian, biasanya oleh piawaian API. Contohnya, bit yang bergaris pusat luar 6 7/8 inci, setelah digunakan untuk beberapa lama, garis pusat luarnya menjadi 6 5/8 inci. Bit yang bergaris pusat 6 5/8 inci tersebut dikenali sebagai bit bawah tolok.
12345678910...

Kembali ke atas