Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Muz) darjah tinggi atau rendahnya nada suara (bunyi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : darjah tinggi atau rendahnya nada suara atau bunyi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pic II


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
prime formbentuk primerMuzikTiada

 Set klasifikasi pic yang diatur mengikut jarak susunan yang terbaik, iaitu (i) jarak jeda di antara pic rendah ke pic tinggi yang paling sempit (ii) pic dalam rangkaian dan pic rendah ke pic tinggi diatur mengikut susunan jarak jeda yang tersempit pada bahagian bawahnya.

surpetisurpetiMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon dengan rid yang tidak terkawal atau alat muzik elektrofon. Sur peti yang terdapat di India Selatan dimainkan dalam mu­zik klasik Karnatak. Terdapat dua jenis sur peti, iaitu (i) sur peti yang terdiri daripada kotak dengan papan nada dan belos seakan-akan alat muzik organ kecil yang boleh dialih-alihkan. Ridnya terkandung di dalam kotak atau badan alat muzik tersebut. Apabila belos digerakkan dengan tangan, pic tertentu akan terhasil. (ii) sur peti yang berbentuk kotak kecil yang mengandungi alat elektrik yang menghasilkan pic tertentu. Alat muzik ini menghasilkan dron, iaitu pic berterusan untuk mengiringi bahagian melodi yang dimainkan oleh alat muzik yang lain. Surpeti dikenali juga sebagai sruti dan sruti box.


Kembali ke atas