Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.da.to] | ڤيداتو

Definisi : 1. ucapan yg disampaikan kpd khalayak ramai: lebih drpd itu ia dapat juga diakui sbg seorang ahli ~ yg mempunyai bakat istimewa; 2. ark ceramah yg membicarakan se­suatu perkara; berpidato menyampaikan pidato: dia memang sudah biasa ~; kemahiran ~; mempidatoi memberi pidato kpd, berpidato kpd: aku ~ perkumpulan pemuda pd waktu malam; mempidatokan membincangkan dlm pidato; pemidato orang yg berpidato. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.da.to] | ڤيداتو

Definisi : ucapan atau syarahan yg diberikan di hadapan orang ramai: Beliau telah memulakan ~nya dgn pekikan “Merdeka”. berpidato menyampaikan pidato; bersyarah; berucap: Dia memang pandai ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pidato (kata nama)
Bersinonim dengan ucapan, syarahan, khutbah, ceramah, kuliah;,
Kata Terbitan : berpidato, pemidato,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Untuk maksud cara berpidato, manakah istalah paling tepat ? MENYAMPAIKAN PIDATO, ATAU PENYAMPAIAN PIATO ?Untuk makluman, menyampaikan pidato atau penyampaian pidato bukan istilah khusus dan penggunaannya bergantung pada ayat. Istilah yang terdapat dalam pangkalan data kami ialah pidato (elocution/oration - bidang Kesusasteraan)  dan pidato umum (public speaking).Istilah22.05.2011
apa bezanya antara 'pidato' dan 'ucapan'? bolehkah saya kata 'pidato sambutan'?

 

 .Pidato ialah  ucapan yg disampaikan kpd khalayak ramai: lebih drpd itu ia dapat juga diakui sbg seorang ahli ~ yg mempunyai bakat istimewa; 2. ark ceramah yg membicarakan sesuatu perkara; berpidato menyampaikan pidato: dia memang sudah biasa ~; kemahiran ~; mempidatoi memberi pidato kpd, berpidato kpd: aku ~ perkumpulan pemuda pd waktu malam; mempidatokan membincangkan dlm pidato; pemidato orang yg berpidato.

Ucapan pula bermaksud  -  apa yg diucapkan, perkataan (kata-kata) yg diucapkan: aku seolah-olah terpesona dgn segala ~nya itu; 2. cara menyebut sesuatu kata, lafaz, sebutan: ~ setiap kata haruslah jelas; 3. syarahan, pidato: dia telah memberi suatu ~ pendek; 4. kata-kata yg mengandungi harapan supaya selamat (sejahtera dll), kata-kata yg menyatakan terima kasih dll: Yang di-Pertuan Agong telah mengirim ~ selamat kpd Presiden India; 5. = ~ bahasa sj peribahasa, simpulan bahasa, ungkapan;

Melihat kepada keterangan yang diberikan kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang sama. Cuma tajuk yang diperkatakan sahaja yang dapat memberikan gamabaran sama ada ia berbentuk syarahan atau berpidato.

Makna19.02.2010
Assalam, boleh dapatkan no tel juri atau hakim bagi pertandingan Pidato dari DBP ?Salam sejahtera,

Nama Pegawai bagi Pertandingan Pidato

Berhubung soalan unuk mendapatkan nombor telefon juri atau hakim DBP bagi Pertandingan Pidato, mohon hubungi pegawai seperti yang berikut untuk mendapatkan maklum balas selanjutnya:

1. Hakim Pertandingan Pidato Kategori Kanak-kanak:
      Haziah binti Che Husin, 
Bahagian Peng. Kesusasteraan Kanak-kanak & Remaja
03-2147 9263 / haziah@dbp.gov.my

2. Hakim Pertandingan Pidato Kategori Dewasa/Umum
Norhasmanalinda binti Mustafa, 
Bahagian
 Pembinaan Bakat dan Kepakaran
03-2147 9215 / lindasafa@dbp.gov.my
Lain-lain15.06.2020
Terjemahan untuk public speaking yang tepat adalah pengucapan awam atau pidato umum? perkataan awam/umum mungkin secara kasar sama maknanya namun perkataan pidato saya kira lebih tepat kerana merupakan kata dasar bukan kata terbitan. diharap selepas ini DBP akan menggunakan pidato umum untuk public speaking selepas ini (untuk makluman acara DBP baru-baru ini menggunakan frasa pengucapan umum).Public speaking ialah istilah dalam bidang komunikasi dan padanannya dalam bahasa Melayu ialah "pidato umum".Istilah20.06.2011
Saya mohon bantuan jika DBP dapat memberi beberapa contoh kertas pidato kerana anak saya dipilih mewakili sekolah dlm pertandingan pidato. BM saya kurang fasih. Terima kasih.Puan bolehlah menghubungi Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan maklumat tersebut memandangkan bahawa Bahagian ini yang menganjurkan Pertandingan pidato peringkat sekolah. puan boleh juga mendapatkan nasihat dan bimbingan daripada para guru di sekolah anak puan.Lain-lain26.07.2007
contoh-contoh pidato bebas berkaitan dengan pendidikan?Soalan sdr tidak berkaitan dengan bahasa Melayu. Untuk itu kami cadangkan sdr berhubung dgn pihak majlis debat universiti malaysia (MADUM) bertanyakan permasalahan tersebut. T.kasih.Lain-lain15.09.2008
apakah beza pidato dan syarahan?Syarahan sama maksudnya dengan pidato dan ceramah, iaitu ucapan yang disampaikan kepada khalayak ramai.Makna12.08.2011
Siapakah pemenang pertandingan pidato antara institusi kewangan piala gabenor bank negara malaysia 2013?Pemenang tempat pertama hingga ketiga Pidato Biala Gabenor Bank Negara Malaysia 2013 ialah Jushua Meta anak Nully (CIMB Bank Berhad), Woon Pei Jing (Maybank) dan Anuutha Valli a/p Nadarajah (Manulife Insurance Berhad).Tatabahasa29.11.2013
boleh tak carikan contoh teks pidato bahasa melayu??Setakat ini belum ada diterbitkan sebuah buku yang mengandungi contoh pidato. Sila rujuk Jabatan Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat tentang perkara ini.Lain-lain29.05.2008
Anuar menceritakan tentang pengalaman beliau menjadi juara dalam pertandingan pidato.Mohon pembetulanAnuar menceritakan pengalaman beliau menjadi juara dalam pertandingan pidato.Tatabahasa06.06.2015
123456

Kembali ke atas