Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pidato (kata nama)
Bersinonim dengan ucapan, syarahan, khutbah, ceramah, kuliah;,
Kata Terbitan : berpidato, pemidato,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalam, boleh dapatkan no tel juri atau hakim bagi pertandingan Pidato dari DBP ?Salam sejahtera,

Nama Pegawai bagi Pertandingan Pidato

Berhubung soalan unuk mendapatkan nombor telefon juri atau hakim DBP bagi Pertandingan Pidato, mohon hubungi pegawai seperti yang berikut untuk mendapatkan maklum balas selanjutnya:

1. Hakim Pertandingan Pidato Kategori Kanak-kanak:
      Haziah binti Che Husin, 
Bahagian Peng. Kesusasteraan Kanak-kanak & Remaja
03-2147 9263 / haziah@dbp.gov.my

2. Hakim Pertandingan Pidato Kategori Dewasa/Umum
Norhasmanalinda binti Mustafa, 
Bahagian
 Pembinaan Bakat dan Kepakaran
03-2147 9215 / lindasafa@dbp.gov.my
Lain-lain15.06.2020
Saya Khaled daripada Bahagian Dakwah JAKIM Putrajaya. Saya akan anjurkan pertandingan Pidato Belia untuk julung kalinya diadakan, soalan saya: 1) Adakah sesuai dimasukkan perkataan "KALI PERTAMA" di dalam tajuk pertandingan tersebut? 2) Sekiranya boleh, adakah perkataan tersebut ditulis dengan penuh seperti "KALI PERTAMA" atau "Ke-1" ?
Tajuk yang dicadangkan oleh kami ialah Pertandingan Pidato Belia Tahun 2015. Penggunaan "KALI PERTAMA" tidak diwajibkan dalam tajuk. Penggunaan tajuk yang dicadangkan sudah memadai dan mantap.
Lain-lain08.10.2015
1) Dia memang mempunyai bakat dalam pidato. a) keupayaan b) kemahiran c) kecekapan Soalan: Jawapan yg tepat untuk bakat ialah...? 2) Masyarakat Minang kuat berpegang / memegang kepada adat Pepatih. Soalan: berpegang atau memegang? Harap dpt memberi penjelasan. 3) Baju yang dijahit oleh ibunya itu amat cantik sekali. Soalan: Adakah ayat ini betul? Bolehkah ada dua kata penguat di dalam satu ayat? 4) Puan Rozita___mata pelajaran Sains. Soalan: Dlm konteks ini, mengajar atau mengajarkan? Terima kasih.

1. Tidak mempunyai jawapan. Ayat yang betulnya ialah 'dia memang mempunyai bakat dalam berpidato atau dia memang berbakat dalam pidato'. 2. Masyarakat Minang kuat berpegang pada adat Perpatih. 3. Baju yang dijahit oleh ibu sangat/ amat cantik sekali. 4. Puan Rozita mengajarkan mata pelajaran Sains. Harap maklum.

Tatabahasa20.06.2008
Yang manakah betul? 1. Seorang pengawas ( meneguri / menegur) Ahmad yang membuang sampah di lantai kantin. 2. Siti menatang semangkuk mi sup (menuju / dan menuju) ke meja makan. 3. Beberapa orang hakim sedang berbincang tentang (prestasi / persembahan) peserta pidato. 4. Aminah berkongsi bekal ( dengan / bersama-sama ) rakan-rakannya. 5. Para penonton menyaksikan (persembahan / prestasi) peserta yang berpidato di atas pentas.1. Seorang pengawas (menegur) Ahmad yang membuang sampah di lantai kantin.

2. Siti menatang semangkuk mi sup (menuju) ke meja makan.

3. Beberapa orang hakim sedang berbincang tentang (persembahan) peserta pidato.

4. Aminah berkongsi bekal (bersama-sama) rakan-rakannya.

5. Para penonton menyaksikan (persembahan) peserta yang berpidato di atas pentas.
Tatabahasa20.11.2013
CARA BERPIDATO? BAHASA MELAYU..KALAU ADA CONTOH BOLEH EMAILKAN SEKALI..URGENT

Sebelum seseorang berpidato pemidato hendaklah terlebih dahulu mempunyai sifat-sifat yang positif  supaya dapat memberikan ucapan yang berkesan. Antara sifatnya ialah berpengetahuan, berkemahiran, berkeyakinan dan berkeperibadian baik. Selain itu, prinsip asas pengucapan awam perlulah diamalkan, iaitu yang berkaitan dengan pengumpulan, penyusunan, penguasaan isi, penggunaan gaya bahasa yang sesuai dan penyampaian ucapan kepada pendengar sasaran. Untuk maklumat yang lebih terperinci saudara disarankan merujuk buku Panduan Pengucapan Awam Edisi Kedua oleh Abdul Mua'ti@Zamri Ahmad. Saudara juga boleh merujuk bahan ini:

1. Pidato Berpidato - Seni dan Teknik oleh Rahmat lsmail Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2000

2. Pidato Politik - Menjana Kredibiliti mendepani Khalayak oleh Ahmad Zahid Hamidi Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2004.

Lain-lain31.08.2009
Apakah kesalahan penggunaan kata atau isitilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah ? 1)Pegawai kedoktoran yang dijemput dari Kuala Lumpur itu menerangkan tentang cara-cara pencegahan penyakit deman denggi. 2)Sebahagian peserta-peserta dalam pertandingan pidato itu amat becok sekali hingga menyukarkan para hakim memilih pemenangnya. 3)Rakyat Malaysia perlulah saling bantu-membantu dalam usaha memupuk sikap perpaduan kaum.1) Pegawai kedoktoran yang dijemput dari Kuala Lumpur itu menerangkan tentang cara-cara pencegahan penyakit deman denggi. Perkataan yang betul ialah Pegawai Kesihatan dan mencegah.
2) Sebahagian peserta-peserta dalam pertandingan pidato itu amat becok sekali hingga menyukarkan para hakim memilih pemenangnya. Frasa yang betul ialah sebahagian daripada dan petah.
3) Rakyat Malaysia perlulah saling bantu-membantu dalam usaha memupuk sikap perpaduan kaum. Frasa yang betul ialah saling membantu/bantu-membantu dan memupuk perpaduan kaum.
Tatabahasa27.03.2014
Assalamualaikum, Saya pernah mendengar perkataan merekayarsa dalam pertandingan pidato tetapi tidak menemui perkataan tersebut dalam Kamus Dewan. 1. Apakah maksud merekayarsa? 2. Adakah perkataan tersebut dalam satu perkataan iaitu merekayarsa atau dua perkataan iaitu mereka yarsa? Terima kasih

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain22.10.2010
Huraian wacana dalam bahasa melayu?Maksud istilah wacana ialah 1. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan 2. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, artikel, novel, cerpen. Sekian.  Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat DBP.Lain-lain30.07.2008
1) Perkataan Seerti dengan berita. 2) Apa maksud wacana ilmu.perkataan seerti berita ialah pengumuman, perkhabaran. pemakluman dan wacana ialah1. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen): kita merindui dunia subur kritikan sastera yg dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan ~ sastera yg mendalam dan pembacaan karya sastera yg banyak; ------- ilmuMakna03.12.2007
1) MAKSUD WACANA 2) BINA CONTOH WACANA YANG MEMPERLIHATKAN HUBUNGAN DARI ASPEK SIMANTIK, LEKSIKAL, GRAMATIKAL, FONOLOGIS. 3) MAKSUD-SIMANTIK,LEKSIKAL,GRAMATIKAL,FONOLOGIS BERSERTA CONTOH DAN AYAT BAGI SETIAP ASPEK DI ATAS1. Wacana bermaksud i. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; ii. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; iii. kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato). 2. Semantik ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata, leksikal bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa, fonologi berkaitan kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa. Untuk perbincangan yang lebih mendalam sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan.Tatabahasa08.12.2008
123

Kembali ke atas