Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.ha/] | ڤيهق

Definisi : 1. belah, sisi: ~ atas; ~ bawah; ~ kanan; ~ kiri; 2. arah, hala, jurusan: beberapa ekor kera yg besar datang dr segenap ~ mengelilinginya; 3. salah satu drpd dua kumpulan (golongan) orang yg berlawanan dlm peperangan (permainan, politik, dll): tidak diketahui ~ mana kawan dan ~ mana lawan; 4. termasuk dlm kumpulan (golongan) yg ber­lawanan: nanti akan nyata siapa ~ kawan dan siapa ~ lawan; 5. hal, perkara; pd ~ bkn hal; ~ berikat = ~ bersekutu negara-negara yg bersekutu dlm perang dunia kedua (Amerika Syarikat, Inggeris, dan Perancis); ~ berkuasa golongan atau orang yg mempunyai kuasa, pemerintah; ~ berkuasa tempatan badan yg bertanggungjawab mentadbir dan mengurus kemudahan awam di sesebuah daerah, bandar dsb, mis Majlis Perbandaran dan Dewan Ban­daraya dsb; ~ kedua orang (yg kedua) yg disebutkan kemudian dlm perjanjian; ~ ketiga a) orang lain yg tidak serta dlm perjanjian; b) golongan lain yg tidak berpihak dlm perseng­ketaan (peperangan dll); ~ pertama (kesatu) orang (yg pertama) yg disebutkan dahulu dlm perjanjian; ~ sana kumpulan orang dll yg termasuk pihak lawan dll; ~ sini kumpulan orang dll yg termasuk pihak kita; sepihak sebelah (pihak), satu sisi; pembatalan ~ pembatalan drpd satu pihak sahaja (perjanjian dll); berpihak, memihak menyebelahi salah satu pihak, memasuki salah satu kumpulan (go­longan): dia tidak ~ ke mana-mana; ia memujuk saya supaya memihak kepadanya; berpihak-pihak berpisah-pisah menjadi beberapa pihak, berasing-asing, bercerai-cerai; memihakkan 1. memasukkan dlm salah satu pihak; 2. mencerai-ceraikan menjadi beberapa pihak; 3. mengesampingkan, menyisikan; pemihakan perihal memihak pd sesuatu kumpulan (aliran): sumbangan utama al-Ghazali sebenarnya terletak pd ~nya kpd kelompok antifalsafah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.ha/] | ڤيهق

Definisi : 1 bahagian drpd sesuatu yg di tepi; kawasan atau ruang yg berhampiran dgn sesuatu; sisi: Ketika menonton itu, saya duduk di ~ kanannya. 2 satu drpd dua golongan atau kumpulan orang yg bertentangan pendapat: Kedua-dua belah ~ tidak mahu berdamai. 3 kumpulan orang yg merupakan satu kesatuan; golongan orang dlm sesuatu ikatan: ~ kerajaan telah mengambil langkah utk memelihara benih penyu supaya penyu tidak pupus sama sekali. berpihak, memihak menyokong atau menyebelahi sesuatu pihak: Dia memujuk saya supaya ~ kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pihak (kata nama)
1. Bersinonim dengan sisi: belah

2. Bersinonim dengan kumpulan: kelompok, pasukan, golongan, puak, regu,

Kata Terbitan : berpihak, memihak, berpihak-pihak,

Peribahasa

Ular berkepala dua.

Bermaksud :

Tidak tentu pihak mana yang diikuti; orang yang munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekerat ular, sekerat belut).

 

Lihat selanjutnya...(20)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Pihak lain dalam diplomasi antarabangsaHafriza BurhanudeenJurnal Bahasa1 December 2006
'Pihak berkuasa tidak serius, mualaf tidak ikhlas'TiadaMilenia Muslim1 July 2006
Pihak Berkuasa Tempatan Memerlukan Penasihat BahasaMohd Hahim OsmanPelita Bahasa1 May 2001
PihakAwang Had SallehPelita Bahasa1 April 1990
Semua pihak harus prihatinNurul FaziraDewan Masyarakat1 February 1995
Jessie-Joshua cabar pihak berkuasaZurin M. ZainMasa1 January 2006
Kedaultan Islam: semua pihak perlu pertahankanAhmad Baei JaafarDewan Agama & Falsafah1 October 2006
Kakan-kanak PATI: Pandangan Pihak BerkuasaTiadaDewan Masyarakat1 July 2008
Pergolakan wilayah Patani: semua pihak harus saling memahamiSaliza IsmailDewan Agama & Falsafah1 June 2006
DBP Tidak Berperanan atau Pihak Tertentu yang DegilRosmawati AbdullahPelita Bahasa1 December 2004
123

Kembali ke atas