Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.ha/] | ڤيهق

Definisi : 1. belah, sisi: ~ atas; ~ bawah; ~ kanan; ~ kiri; 2. arah, hala, jurusan: beberapa ekor kera yg besar datang dr segenap ~ mengelilinginya; 3. salah satu drpd dua kumpulan (golongan) orang yg berlawanan dlm peperangan (permainan, politik, dll): tidak diketahui ~ mana kawan dan ~ mana lawan; 4. termasuk dlm kumpulan (golongan) yg ber­lawanan: nanti akan nyata siapa ~ kawan dan siapa ~ lawan; 5. hal, perkara; pd ~ bkn hal; ~ berikat = ~ bersekutu negara-negara yg bersekutu dlm perang dunia kedua (Amerika Syarikat, Inggeris, dan Perancis); ~ berkuasa golongan atau orang yg mempunyai kuasa, pemerintah; ~ berkuasa tempatan badan yg bertanggungjawab mentadbir dan mengurus kemudahan awam di sesebuah daerah, bandar dsb, mis Majlis Perbandaran dan Dewan Ban­daraya dsb; ~ kedua orang (yg kedua) yg disebutkan kemudian dlm perjanjian; ~ ketiga a) orang lain yg tidak serta dlm perjanjian; b) golongan lain yg tidak berpihak dlm perseng­ketaan (peperangan dll); ~ pertama (kesatu) orang (yg pertama) yg disebutkan dahulu dlm perjanjian; ~ sana kumpulan orang dll yg termasuk pihak lawan dll; ~ sini kumpulan orang dll yg termasuk pihak kita; sepihak sebelah (pihak), satu sisi; pembatalan ~ pembatalan drpd satu pihak sahaja (perjanjian dll); berpihak, memihak menyebelahi salah satu pihak, memasuki salah satu kumpulan (go­longan): dia tidak ~ ke mana-mana; ia memujuk saya supaya memihak kepadanya; berpihak-pihak berpisah-pisah menjadi beberapa pihak, berasing-asing, bercerai-cerai; memihakkan 1. memasukkan dlm salah satu pihak; 2. mencerai-ceraikan menjadi beberapa pihak; 3. mengesampingkan, menyisikan; pemihakan perihal memihak pd sesuatu kumpulan (aliran): sumbangan utama al-Ghazali sebenarnya terletak pd ~nya kpd kelompok antifalsafah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.ha/] | ڤيهق

Definisi : 1 bahagian drpd sesuatu yg di tepi; kawasan atau ruang yg berhampiran dgn sesuatu; sisi: Ketika menonton itu, saya duduk di ~ kanannya. 2 satu drpd dua golongan atau kumpulan orang yg bertentangan pendapat: Kedua-dua belah ~ tidak mahu berdamai. 3 kumpulan orang yg merupakan satu kesatuan; golongan orang dlm sesuatu ikatan: ~ kerajaan telah mengambil langkah utk memelihara benih penyu supaya penyu tidak pupus sama sekali. berpihak, memihak menyokong atau menyebelahi sesuatu pihak: Dia memujuk saya supaya ~ kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pihak (kata nama)
1. Bersinonim dengan sisi: belah

2. Bersinonim dengan kumpulan: kelompok, pasukan, golongan, puak, regu,

Kata Terbitan : berpihak, memihak, berpihak-pihak,

Peribahasa

Ular berkepala dua.

Bermaksud :

Tidak tentu pihak mana yang diikuti; orang yang munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekerat ular, sekerat belut).

 

Lihat selanjutnya...(20)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah istilah yang sesuai bagi merujuk proses mengenakan penalti kepada pihak-pihak tertentu disebabkan lewat membuat pembayaran? Sebagai contoh, lewat membuat pembayaran cukai. 1. Pengenaan penalti 2. Kenaan penaltiPerkataan yang sesuai ialah: 1. Pengenaan penaltiMakna10.08.2022
Bagaimanakan penggunaan sebenar - pihak pengurusan fakulti atau pihak Pengurusan Fakulti atau Pihak Pengurusan Fakulti

Penggunaan yang betul ialah pihak pengurusan fakulti atau Pihak Pengurusan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.

Ejaan22.09.2021
Tarikh perlu ditetapkan oleh pihak tuan atau pihak tuan tetapkan? Penggunaan dalam e-mel atau surat kiriman,pihak tuan merujuk kata ganti diri kedua atau ketiga?

Frasa yang betul ialah “Tarikh perlu ditetapkan oleh pihak tuan”. “Pihak tuan” merupakan kata ganti nama kedua dalam penulisan e-mel atau surat kiriman rasmi.

Tatabahasa19.10.2023
Assalamualaikum wbt. Tuan, Menyemak Ejaan Jawi Nama Syarikat untuk Papan Tanda ----------------------------------------------------------- Untuk makluman pihak tuan, pihak kami dalam proses untuk membuat permohonan lesen premis dan papan iklan syarikat di cawangan Terengganu. Syarat papan iklan syarikat di terengganu adalah penggunaan bahasa melayu dan jawi . Oleh yang demikian, pihak kami ingin menyemak ejaan jawi nama syarikat kami. Pihak kami lampirkan nama syarikat dalam bahasa melayu dan jawi untuk semakan pihak tuan. Sekian, terima kasih.Ejaan Jawi bagi perkataan PERUNDING TEKNIK CEKAP = ڤرونديڠ تيکنيک چكڤ
Ejaan02.06.2022
Pihak berwajib akan menguatkuaskan larangan penyedut minuman plastik Apakah perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan di dalam ayat tersebut, "Pihak berwajib" atau "pihak berkuasa"?Istilah paling tepat ialah pihak berkuasa yang membawa maksud golongan atau orang yg mempunyai kuasa, pemerintah.Tatabahasa26.08.2020
Assalammualaikum Tuan, Saya bernama Shamsul Izuan bin Sapiin. Bertugas sebagai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Unit Inspektorat & Perundangan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Untuk makluman pihak tuan, pihak kami sekarang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di bawah kesalahan Peraturan 16A(2)(b) iaitu perkara yang dilarang pada bungkusan atau label hasil tembakau. Disertakan keratan Peraturan 16A(2)(b) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Kesalahan syarikat ini adalah di mana telah menyatakan satu perkataan pack sleve di bungkusan kotak rokok dengan perkataan “ #1 MEVIUS GLOBAL CHARCOAL FILTER BRAND” - Disertakan gambar sebagai rujukan. Oleh itu, pihak kami memohon jasa baik tuan, untuk memberi tafsiran perkataan di atas samada iainya berbentuk kualiti atau pengredan. Pihak kami akan membuat rakaman secara bertulis ke atas pihak tuan bagi membantu siasatan dalam kes ini. Pihak tuan boleh berhubung seperti nama di atas di talian : 01110022740. Kerjasama dari pihak tuan, kami ucapkan ribuan terima kasih. Shamsul Izuan bin Sapiin Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Unit Inspektorat & Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Tel : 01110022740Kebiasaannya tanda pagar pada perkataan tidak boleh diterjemahkan kerana digunakan oleh sesebuah organisasi yang menjalankan kempen pada produk. Cadangan terjemahan bagi MEVIUS GLOBAL CHARCOAL FILTER BRAND ialah "JENAMA PENAPIS ARANG GLOBAL MEVIUS" atau cukup sekadar "PENAPIS ARANG GLOBAL MEVIUS". Bagi kualiti atau pengredan sesuatu produk pula, ini merupakan luar bidang kuasa pihak kami. mohon tuan merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab yang mengawal selia bagi pengeluaran rokok di Malaysia.
 
Makna03.03.2022
Pada pandangan kami, selagi pihak Pejabat Tanah dapat memastikan daripada rekod Tuan bahawa pihak yang memohon kepada geran dan dokumen-dokumen tersebut adalah pihak yang berhak disisi undang-undang untuk memiliki geran tersebut, maka terserahlah kepada budi bicara Tuan pendaftar untuk membenarkan geran tersebut dilepaskan kepada pihak yang berkenaan. Apakah ayat/perkataan yang sesuai untuk diganti selain dari perkataan "terserahlah" dalam ayat diatas.Kami mencadangkan pembetulan ayat seperti di bawah dan perkataan terserahlah boleh digantikan dengan terpulanglah.

Pada pandangan kami, sekiranya pihak Pejabat Tanah dapat memastikan bahawa pihak yang memohon geran dan dokumen-dokumen tersebut ialah pihak yang berhak disisi undang-undang untuk memiliki geran tersebut berdasarkan rekod tuan, maka terpulanglah kepada budi bicara tuan untuk membenarkan geran tersebut diserahkan kepada pihak yang berkenaan.
Tatabahasa06.09.2021
Unit Pengajian Am Kolej Matrikulasi Johor telah membina satu wahana untuk sumbangan pantun dalam bentuk digital yang dikenali Gerobok Pantun. Pihak amat berbesar hati sekira pihak DBP dapat memberi khidmat nasihat dalam usaha menambah baik usaha pihak kami untuk memasyhurkan pantun pada peringkat nusantara. Pihak kami menyertakan google site usaha kami untuk tujuan komentar pihak DBP. Terima kasih atas keprihatinan yang diberikan pihak DBP https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/gerobok-pantun/homeAssalamualaikum wbt dan salam sejahtera. 

Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengucapkan tahniah dan amat berbesar hati atas sokongan dan komitmen pihak saudara membantu DBP mengembangkan bahasa Melayu dalam pelbagai bentuk dalam usaha menyebarluaskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Gerobok Pantun, sebuah portal yang dibina oleh pihak saudara amat bermanfaat dalam mengembangkan pantun sebagai salah satu pengucapan bahasa yang indah yang dimiliki oleh kita semua.

Semoga usaha dan komitmen ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa. Sekali lagi, DBP mengucapkan tahniah dan syabas atas usaha pihak saudara.

Sekian, terima kasih. 
Sastera08.02.2023
Salam sejahtera kepada pihak pentadbir DBP. Saya ingin memohon cadangan terjemahan untuk ayat berikut kepada bahasa Melayu yang betul. Sungguhpun saya difahamkan bahawa pihak pentadbir tidak menyediakan khidmat penterjamahan, namun begitu, besar hati saya sekiranya pihak tuan pentadbir dapat memberikan sedikit bantuan kepada pihak saya berkenaan isu ini: "In their rejection of the Enlightenment and the imperial ambitions of French under Napoleon, they helped shape the growing German nationalism and its attended occult-based theories of race which exploded with catastrophic consequences under the Nazis in the twentieth century."Pihak DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan. Walau bagaimanapun, kami boleh membantu pihak tuan untuk menyemak hasil terjemahan. Oleh itu, ayat tersebut hendaklah diterjemahkan terlebih dahulu.Lain-lain03.12.2020
Pihak UiTM ingin menamakan satu bangunan dengan nama berikut iaitu: Bangunan Residensi Yayasan LTAT-UiTM Adakah perkataan Residensi tersebut wujud dan boleh digunakan? Sekiranya tidak boleh syorkan perkataan yang sesuai untuk digunakan. Terima kasih.

Untuk makluman, perkataan "Residensi" tidak sesuai digunakan untuk penamaan bangunan yang dimaksudkan.

Kami mencadangkan penggunaan perkataan “Residensi” ditukarkan kepada perkataan lain yang bersesuaian, contohnya “Kediaman” atau nama lain yang lebih lunak, seperti “Puri Kencana”, “Puri Sutera”, “Puri Anggerik”, “Inapan Purnama” dan lain-lain.

Sila buat permohonan penamaan melalui laman web DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my

Lain-lain15.04.2024
12345678910...

Kembali ke atas