Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.ha/] | ڤيهق

Definisi : 1. belah, sisi: ~ atas; ~ bawah; ~ kanan; ~ kiri; 2. arah, hala, jurusan: beberapa ekor kera yg besar datang dr segenap ~ mengelilinginya; 3. salah satu drpd dua kumpulan (golongan) orang yg berlawanan dlm peperangan (permainan, politik, dll): tidak diketahui ~ mana kawan dan ~ mana lawan; 4. termasuk dlm kumpulan (golongan) yg ber­lawanan: nanti akan nyata siapa ~ kawan dan siapa ~ lawan; 5. hal, perkara; pd ~ bkn hal; ~ berikat = ~ bersekutu negara-negara yg bersekutu dlm perang dunia kedua (Amerika Syarikat, Inggeris, dan Perancis); ~ berkuasa golongan atau orang yg mempunyai kuasa, pemerintah; ~ berkuasa tempatan badan yg bertanggungjawab mentadbir dan mengurus kemudahan awam di sesebuah daerah, bandar dsb, mis Majlis Perbandaran dan Dewan Ban­daraya dsb; ~ kedua orang (yg kedua) yg disebutkan kemudian dlm perjanjian; ~ ketiga a) orang lain yg tidak serta dlm perjanjian; b) golongan lain yg tidak berpihak dlm perseng­ketaan (peperangan dll); ~ pertama (kesatu) orang (yg pertama) yg disebutkan dahulu dlm perjanjian; ~ sana kumpulan orang dll yg termasuk pihak lawan dll; ~ sini kumpulan orang dll yg termasuk pihak kita; sepihak sebelah (pihak), satu sisi; pembatalan ~ pembatalan drpd satu pihak sahaja (perjanjian dll); berpihak, memihak menyebelahi salah satu pihak, memasuki salah satu kumpulan (go­longan): dia tidak ~ ke mana-mana; ia memujuk saya supaya memihak kepadanya; berpihak-pihak berpisah-pisah menjadi beberapa pihak, berasing-asing, bercerai-cerai; memihakkan 1. memasukkan dlm salah satu pihak; 2. mencerai-ceraikan menjadi beberapa pihak; 3. mengesampingkan, menyisikan; pemihakan perihal memihak pd sesuatu kumpulan (aliran): sumbangan utama al-Ghazali sebenarnya terletak pd ~nya kpd kelompok antifalsafah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.ha/] | ڤيهق

Definisi : 1 bahagian drpd sesuatu yg di tepi; kawasan atau ruang yg berhampiran dgn sesuatu; sisi: Ketika menonton itu, saya duduk di ~ kanannya. 2 satu drpd dua golongan atau kumpulan orang yg bertentangan pendapat: Kedua-dua belah ~ tidak mahu berdamai. 3 kumpulan orang yg merupakan satu kesatuan; golongan orang dlm sesuatu ikatan: ~ kerajaan telah mengambil langkah utk memelihara benih penyu supaya penyu tidak pupus sama sekali. berpihak, memihak menyokong atau menyebelahi sesuatu pihak: Dia memujuk saya supaya ~ kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pihak (kata nama)
1. Bersinonim dengan sisi: belah

2. Bersinonim dengan kumpulan: kelompok, pasukan, golongan, puak, regu,

Kata Terbitan : berpihak, memihak, berpihak-pihak,

Peribahasa

Ular berkepala dua.

Bermaksud :

Tidak tentu pihak mana yang diikuti; orang yang munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekerat ular, sekerat belut).

 

Lihat selanjutnya...(20)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Perjumpaan pihak majikan DBP dengan pekerja DBPDewan Bahasa dan PustakaTiada1977 
Pertemuan antara pihak pengurusan DBP dengan Ketua Jabatan peringkat Persekutuan dan Kerajaan Negeri JohorDewan Bahasa dan PustakaTiada2002 
Kursus penataran bahasa Melayu pihak berkuasa tempatan zon selatan 2002Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah SelatanTiada2012 
Majlis Dialog Bahasa Kebangsaan bersama Pihak PerdaganganDewan Bahasa dan PustakaTiada2011 
SatriaMokhtar Petah bagi pihak Yayasan MassaTiada  
Penanggung dan pengambilan insurans motor dan pihak ketigaDewan Bahasa dan PustakaTiada1997983-62-5202-9
Penanggung dan pengambilan insurans motor dan pihak ketigaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2006983-62-5202-9
Persidangan perwakilan penubuhan majlis perunding kebangsaan pihak pekerjaDewan Bahasa dan PustakaTiada1973 
Kursus Pembentukan Pegawai Bahasa di Sektor Pihak Berkuasa Tempatan/Kerajaan NegeriDewan Bahasa dan PustakaTiada1998 
Persembahan Kumpulan Pasukan Peningkatan Kualiti kepada pihak pengurusan DBPDewan Bahasa dan PustakaTiada2002 
1234

Kembali ke atas