Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.ja/] | ڤيجق

Definisi : ; pijak-pijak alat yg digerakkan dgn kaki (pedal basikal dll), injak-injak; berpijak 1. bertumpu dgn kaki (pd), berdiri (di), berjejak (di): dia turun dr kereta api dan ~ di tanah; tempat ~ tempat berdiri (berada); tidak ~ di tanah ki terlampau tinggi angan­-angan; 2. ki bertumpu (pd), berasas (pd): karya yg terpisah drpd tradisi kebudayaan dunia dan tidak juga ~ pd tradisi sendiri; memijak meletakkan kaki pd, menginjak: apabila dilangkahkannya kakinya ~ darat maka meriam pun dipasanglah; ~ kepala (orang) menghina orang; memijak-mijak memijak berkali-kali, meng­injak-injak: dia ~ tanah di keliling rumput itu supaya kejap; memijakkan meletakkan (menumpukan) kaki pd, menginjakkan kaki pd; ~ tanah isti­adat pd mula-mula kanak-kanak meletakkan kaki di tanah, turun tanah; terpijak memijak dgn tidak sengaja; ~ bayang-bayang = matahari ~ tepat waktu tengah hari; ~ benang arang, hitam tapak prb berbuat jahat jahatlah balasannya; ~ di bara panas prb sangat gelisah; ~ di tanah kapur putih tapak, ~ di tanah arang hitam tapak prb perbuatan baik, baiklah akibatnya, perbuatan jahat, jahatlah akibatnya; pijakan perbuatan memijak; pemijak; ~ kaki a) tempat berpijak (memi­jak); b) injak-injak, sanggurdi; c) telapak kaki; ~ tanah turun tanah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.ja/] | ڤيجق

Definisi : ; pijak-pijak perkakas spt pedal basikal dll yg digerakkan dgn kaki; injak-injak. berpijak bertumpu dgn kaki; berdiri: Di mana saja dia ~, duri yg tajam mencucuk kakinya. memijak menumpukan kaki pd; menekan atau menindih dgn kaki: ~ tanah. terpijak tidak sengaja memijak: ~ tahi ayam. pemijak tempat berpijak: Apabila ~nya dipijak, alat itu akan bergerak turun naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pijak
Kata Terbitan : pijak-pijak, berpijak, memijak, memijakkan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Pijak BumiWan Ahmad IsmailWatan05.07.1992
Pijak BumiWan Ahmad IsmailWatan05.07.1992
Pijak BumiWan Ahmad IsmailWatan30.07.1992
Pijak BumiWan Amad IsmailWatan30.07.1992
Di Pijak LayuZakaria HamdanBacaria13.04.1994
Disitu bumi di pijakNurhalim IsmailMingguan Wanita04.07.1986
'Dimana Bumi Di pijak' berunsur nasionalismeAsyikinUtusan Malaysia15.10.1991
Di Mana Bumi PijakA. Rahim HamidBacaria09.07.2005
Di Mana Bumi di PijakM. Azlan SuhaimiWarta Perdana22.03.1992
Di Mana Bumi Di Pijak: mengenang kembali sejarah silamWahid KasranMingguan Malaysia22.03.1992
12

Kembali ke atas