Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.ja/] | ڤيجق

Definisi : ; pijak-pijak alat yg digerakkan dgn kaki (pedal basikal dll), injak-injak; berpijak 1. bertumpu dgn kaki (pd), berdiri (di), berjejak (di): dia turun dr kereta api dan ~ di tanah; tempat ~ tempat berdiri (berada); tidak ~ di tanah ki terlampau tinggi angan­-angan; 2. ki bertumpu (pd), berasas (pd): karya yg terpisah drpd tradisi kebudayaan dunia dan tidak juga ~ pd tradisi sendiri; memijak meletakkan kaki pd, menginjak: apabila dilangkahkannya kakinya ~ darat maka meriam pun dipasanglah; ~ kepala (orang) menghina orang; memijak-mijak memijak berkali-kali, meng­injak-injak: dia ~ tanah di keliling rumput itu supaya kejap; memijakkan meletakkan (menumpukan) kaki pd, menginjakkan kaki pd; ~ tanah isti­adat pd mula-mula kanak-kanak meletakkan kaki di tanah, turun tanah; terpijak memijak dgn tidak sengaja; ~ bayang-bayang = matahari ~ tepat waktu tengah hari; ~ benang arang, hitam tapak prb berbuat jahat jahatlah balasannya; ~ di bara panas prb sangat gelisah; ~ di tanah kapur putih tapak, ~ di tanah arang hitam tapak prb perbuatan baik, baiklah akibatnya, perbuatan jahat, jahatlah akibatnya; pijakan perbuatan memijak; pemijak; ~ kaki a) tempat berpijak (memi­jak); b) injak-injak, sanggurdi; c) telapak kaki; ~ tanah turun tanah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.ja/] | ڤيجق

Definisi : ; pijak-pijak perkakas spt pedal basikal dll yg digerakkan dgn kaki; injak-injak. berpijak bertumpu dgn kaki; berdiri: Di mana saja dia ~, duri yg tajam mencucuk kakinya. memijak menumpukan kaki pd; menekan atau menindih dgn kaki: ~ tanah. terpijak tidak sengaja memijak: ~ tahi ayam. pemijak tempat berpijak: Apabila ~nya dipijak, alat itu akan bergerak turun naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pijak
Kata Terbitan : pijak-pijak, berpijak, memijak, memijakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pijak karatpijak karatKesenianTiadaBahagian kawah badan kek yang berupa kayu yang digantung pada karat dan dipijak untuk menaikkan dan menurunkan karat semasa menenun.
kaki pijakkaki pijakKesenianTiadaBahagian bawah badan kek yang berupa kayu yang digantungkan pada karat yang dipijak untuk menaikkan dan menurunkan karat semasa menenun.
kayu pijak karatkayu pijak karatKesenianTiadaBahagian bawah badan kek yang berupa kayu yang digantungkan pada karat yang dipijak untuk menaikkan dan menurunkan karat semasa menenun.
tali gantung kayu pijak karattali gantung kayu pijak karatKesenianTiadaBahagian badan kek yang berupa sepasang tali yang menggantungkan kayu pijak karat pada karat.
treadlekayu pijak karatSosiologiTiadaTiada
stepping reflexrefleks pijakKejururawatanTiadaTindak balas secara memijak atau berjalan setempat semasa bayi dipegang berdiri sementara tapak kakinya menyentuh permukaan datar.
step brickbata pijakLandskapTiadaBongkah segi empat bujur yang diperbuat daripada tanah liat dan dibakar dalam tempoh tertentu untuk turapan lorong pejalan kaki.
fieldstonebatu lapanganLandskapTiadaBatu leper pelbagai saiz yang digunakan sebagai turapan atau batu pijak.
escalator comb plateplat sisir eskalatorKejuruteraanTiadaPlat keluli yang berbentuk seperti sisir yang digunakan sebagai tempat pijak pada tangga eskalator.
oriental gardentaman orientalLandskapTiadaKawasan berlandskap yang bercirikan budaya orang Cina dan Jepun. Taman ini dikeliling dengan elemen seperti air, pokok buluh, lantera batu dan batu-batu pijak yang disusun mengikut tujuan tertentu . Contohnya, jambatan lengkung merah yang unik dalam taman Cina.

Kembali ke atas