Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.lin] | ڤيلين

Definisi : ; piuh ~-~ putar balik (percakapan), tipu helah; tangga ~ sj tangga yg berbelit-belit (berpusing-pusing), tangga sulur batang; ~ kacang hendak mengebat, ~ jering hendak berisi prb suatu pembicaraan atau perbuatan itu mempunyai maksud dan tujuannya; berpilin 1. dipilin; 2. = berpilin-pilin ber­kelok-kelok atau berpiuh-piuh (kayu, besi, dll): ~ bagai kelindan; memilin 1. memintal atau memulas beberapa utas benang atau tali dgn tangan; 2. memulas (sakit perut); perut ~ perut memulas; 3. memintal atau memulas dgn jari: tangannya ~ misainya; ~ telinga memulas dan memutar telinga, memial; pilinan hasil memilin, yg dipilin; pemilinan perihal atau perbuatan memilin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.lin] | ڤيلين

Definisi : ; berpilin dlm keadaan sudah dipintal. berpilin-pilin berpintal-pintal. memilin 1 memintal tali dll dgn tangan; menjadikan berpintal: ~ benang tiga lembar. 2 berasa sakit perut spt dipulas-pulas; memulas rasanya. pilinan yg sudah dipilin; cara atau hasil memilin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pilin
Kata Terbitan : berpilin-pilin, memilin, pemilinan,

Peribahasa

Telinga yang lembut,
     itulah yang kerap dipulas.

Bermaksud :

Orang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; orang yang penurut selalu menjadi kuda-kuda orang yang kuat dan berkuasa. pulas = pilin.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
galaksi Bima SaktiMilky Way galaxyKumpulan bintang dan gas yang berbentuk pilin, yang kelihatan seperti satu jalur cahaya di langit. Galaksi Bima Sakti merupakan salah satu galaksi yang terbesar, iaitu mengandungi 1011 bintang. Galaksi ini bergaris pusat 105 tahun cahaya dan berketebalan 2000 tahun cahaya. Matahari merupakan ahli kepada galaksi ini.Menengah Rendah
galaksigalaxyHimpunan berbilion-bilion bintang, planet, debu dan gas di dalam semesta. Galaksi terdapat dalam bentuk pilin, elips atau tidak seragam. Sistem suria terdapat dalam galaksi Bima Sakti. Lihat RajahMenengah Rendah

Kembali ke atas