Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.lin] | ڤيلين

Definisi : ; piuh ~-~ putar balik (percakapan), tipu helah; tangga ~ sj tangga yg berbelit-belit (berpusing-pusing), tangga sulur batang; ~ kacang hendak mengebat, ~ jering hendak berisi prb suatu pembicaraan atau perbuatan itu mempunyai maksud dan tujuannya; berpilin 1. dipilin; 2. = berpilin-pilin ber­kelok-kelok atau berpiuh-piuh (kayu, besi, dll): ~ bagai kelindan; memilin 1. memintal atau memulas beberapa utas benang atau tali dgn tangan; 2. memulas (sakit perut); perut ~ perut memulas; 3. memintal atau memulas dgn jari: tangannya ~ misainya; ~ telinga memulas dan memutar telinga, memial; pilinan hasil memilin, yg dipilin; pemilinan perihal atau perbuatan memilin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.lin] | ڤيلين

Definisi : ; berpilin dlm keadaan sudah dipintal. berpilin-pilin berpintal-pintal. memilin 1 memintal tali dll dgn tangan; menjadikan berpintal: ~ benang tiga lembar. 2 berasa sakit perut spt dipulas-pulas; memulas rasanya. pilinan yg sudah dipilin; cara atau hasil memilin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pilin
Kata Terbitan : berpilin-pilin, memilin, pemilinan,

Peribahasa

Telinga yang lembut,
     itulah yang kerap dipulas.

Bermaksud :

Orang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; orang yang penurut selalu menjadi kuda-kuda orang yang kuat dan berkuasa. pulas = pilin.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
wash outpilin menipispilin menipispilin menipisKejuruteraan Kapal Terbang
spiral gangliaganglia pilinganglia pilinganglia pilinPerubatan
spiral fracturefraktur pilinfraktur pilinfraktur pilinPerubatan
twisted cablekabel pilinTiadakabel pilinKejuruteraan
anti-double-stranded DNAanti-DNA pilin gandaanti-DNA pilin gandaanti-DNA pilin gandaPerubatan
spiral woundgulungan lingkar spiralgulungan lingkar pilingulungan lingkar pilinKejuruteraan
spiral heat exchangerpenukar kalor spiralpenukar haba pilinpenukar haba pilinKejuruteraan
spiral bevel gearroda gigi kerucut spiralgear serong pilingear serong pilinKejuruteraan Automotif
winding stairTiadaTiadatangga pilinKesenian
spiralspiral, pilinTiadaberlengkar/berpusarMatematik
12

Kembali ke atas