Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pim.pin] | ڤيمڤين

Definisi : ; berpimpin 1. dibimbing, dipandu, di­tuntun, ditunjuk: yg capik datang bertongkat, yg buta datang ~; abang tidak senang kerana segala-galanya ~, ke sana ke mari diarahkan hingga membosankan; 2. berbimbing; ~ tangan = ~ jari berpegangan tangan; memimpin 1. memegang tangan dan mem­bawa berjalan menuju ke sesuatu tempat (me­nunjukkan jalan dll), membimbing, menun­tun: Malim Deman pun ~ tangan puteri lalu berjalanlah; 2. mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, per­gerakan, negara, dll), mengepalai (rapat dsb): dia tidak pernah ~ apa-apa pergerakan; tentera yg dahulu dipimpin oleh Jeneral Suharto telah siap sedia utk menghadapi kemungkinan perlawanan drpd anasir-anasir prokomunis; 3. melatih (mendidik, meng­asuh, dll) supaya boleh bekerja (berfikir) sendiri; pelajar-pelajar ini dipimpin oleh guru-guru yg terlatih; terpimpin dipimpin: masyarakat yg tidak ~ dan tidak berperaturan tidak akan memberikan kebaikan kpd manusia; ekonomi ~ sistem ekonomi yg mengikut rancangan-ran­cangan dan arahan-arahan pemerintah dll; pimpinan 1. hasil memimpin, bimbingan, tuntunan: rakyat yg mengharapkan ~ drpd mereka; di bawah ~ dipimpin (oleh); memegang ~ memimpin (kumpulan dll); pucuk ~ orang atau badan yg mempunyai kuasa pim­pinan yg tertinggi; 2. yg dipimpin: para ~ Datuk Onn; 3. buku pedoman atau panduan, petunjuk; kepimpinan keupayaan memimpin: ~ melalui teladan; pemimpin 1. orang yg memimpin: ~-~ Perikatan bergembira hari ini menyambut kemenangan mereka; 2. buku pedoman, pe­tunjuk; berpemimpinkan mempunyai seseorang sbg pemimpin, berketuakan: beruntunglah kita sekiranya dapat ~ seseorang yg jujur, cekap dan bertanggungjawab; kepemimpinan keupayaan (kebolehan, pen­capaian, dsb) sbg pemimpin, daya (tindak­tanduk, kecekapan, dsb) seseorang pemim­pin: dlm pentadbirannya, Dr. Mahathir berusaha membawa corak ~ yg berbeza drpd pemimpin-pemimpin sebelumnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pim.pin] | ڤيمڤين

Definisi : sj tumbuhan (pokok memanjat), lada hitam hutan, Piper malaccense. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pim.pin] | ڤيمڤين

Definisi : ; berpimpin 1 = ~ tangan (jari) berpegangan tangan (jari) antara dua orang yg berjalan bersama-sama. 2 dibimbing: Yg buta datang ~. memimpin 1 memegang tangan utk menunjukkan jalan dll; membimbing: Dia berjalan-jalan sambil ~ anaknya. 2 menjadi ketua kpd sesuatu pasukan atau pergerakan; mengetuai; mengepalai: Biarlah saya sendiri yg ~ tentera Islam utk menghadapi Maharaja Parsi di tanah airnya. 3 mendidik supaya menjadi pandai (dpt bekerja sendiri dll); melatih; mengasuh: Guru hendaklah pandai ~ murid-muridnya. pimpinan 1 usaha utk memimpin; hasil atau cara memimpin; bimbingan: Di bawah ~nya, pasukan bola sepak kita berjaya memenangi pertandingan itu. 2 yg dipimpin oleh: parti ~ Tun Abdul Razak. pemimpin orang yg memimpin: ~-~ politik tanah air telah bersidang semalam. kepemimpinan hal-hal yg berkaitan dgn pemimpin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pimpin
Kata Terbitan : berpimpin, memimpin, terpimpin, pimpinan, kepimpinan, pemimpin,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Harris Pimpin Bersekutu Tiada1998983-99020-2-4

Kembali ke atas