Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pim.pi.nan] | ڤيمڤينن

Definisi : 1. hasil memimpin, bimbingan, tuntunan: rakyat yg mengharapkan ~ drpd mereka; di bawah ~ dipimpin (oleh); memegang ~ memimpin (kumpulan dll); pucuk ~ orang atau badan yg mempunyai kuasa pim­pinan yg tertinggi; 2. yg dipimpin: para ~ Datuk Onn; 3. buku pedoman atau panduan, petunjuk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pim.pi.nan] | ڤيمڤينن

Definisi : 1 usaha utk memimpin; hasil atau cara memimpin; bimbingan: Di bawah ~nya, pasukan bola sepak kita berjaya memenangi pertandingan itu. 2 yg dipimpin oleh: parti ~ Tun Abdul Razak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pimpin
Kata Terbitan : berpimpin, memimpin, terpimpin, pimpinan, kepimpinan, pemimpin,

Peribahasa

Masuk geronggang bawa pelita.

Bermaksud :

Kalau akan membuat sesuatu pekerjaan yang tidak diketahui, hendaklah ditanya atau diminta pimpinan daripada orang yang ahli. geronggang = rongga di dalam batu atau kayu, gua gelap.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
BolshevismBolshevismeSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang timbul hasil persidangan kaum sosialis Rusia yang diadakan di London pada bulan Julai 1903. Persidangan ini bertujuan untuk menentukan kedudukan dasar dan Parti Sosial Demokrat pimpinan Lenin. Persidangan ini dihadiri oleh perwakilan sayap kiri yang radikal pimpinan Lenin dan sayap kanan yang sederhana pimpinan Martoff. Penyokong Lenin menuntut agar pucuk pimpinan parti diberi kuasa yang luas, manakala pihak berhaluan sederhana menuntut agar pimpinan parti turut mengambil pertimbangan pandangan majoriti ahli parti. Dalam pungutan suara yang diadakan bagi menentukan pendirian parti, penyokong Lenin telah mengatasi puak haluan sederhana.
Fascismfahaman FasisSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang timbul sebagai reaksi penentangan terhadap sayap kiri selepas Perang Dunia Pertama. Dalam pengertian khusus, fahaman ini merujuk kepada sistem ketatanegaraan dan kemasyarakatan yang berbentuk diktator dan nasionalis. Fahaman ini diperkenalkan oleh Mussolini di Itali (1922 � 1943). Secara umumnya, fahaman ini juga merujuk kepada fahaman yang mirip dengan aliran yang diperkenalkan oleh Mussolini yang dianuti di negara lain di seluruh dunia, khususnya sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua. Contoh negara yang pernah menganut fahaman ini ialah Jerman, Austria, Jepun, Romania, Brazil (pimpinan Vargas), Sepanyol (pimpinan Franco), Portugal (pimpinan Salazar) dan Argentina (pimpinan Peron). Para sarjana dan ahli teori berpendapat bahawa fahaman ini merupakan ideologi faham pelampau kanan yang merangkumi ras, agama, ekonomi, kebajikan sosial dan kepimpinan. Asas fahaman ini secara langsung dan secara khusus menentang komunisme, sosialisme dan liberalisme. Dalam konteks hubungan antarabangsa, fahaman ini berkait rapat dengan dasar imperalisme, militarisme dan nasionalisme. Ciri-ciri asas aliran tersebut adalah seperti yang berikut: i. sistem ketatanegaraan dan kemasyarakatan yang autokratik; ii. struktur negara berbentuk koperatif; iii. pemerintahan berasaskan prinsip kepimpinan yang dijalankan oleh kaum elit; iv. menekankan prinsip autarki; dan v. membebaskan diri daripada pengaruh fatalisme.
dominative leadershippimpinan dominanPendidikanTiadaTiada
leading questionsoalan pimpinanKependudukanTiadaTiada
leading questionsoalan pimpinanPendidikanTiadaTiada
leading questionsoalan pimpinanUndang-undangTiadaTiada
leading questionsoalan pimpinanSejarahTiadaTiada
leadership stylegaya pimpinanPentadbiranTiadaCara kepimpinan yang digunakan oleh pemimpin dalam proses memberi arahan dan pengaruh terhadap pekerja.
bicameral councilmajlis dwidewanSains PolitikTiadaBadan pimpinan sesuatu organisasi yang terdiri daripada dua majlis seperti Majlis Keselamatan dan Majlis Perhimpunan Agung dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
D-DayD-DaySains PolitikHubungan AntarabangsaHari bersejarah bagi pendaratan tentera bersekutu, iaitu Britain dan Amerika Syarikat di pantai Normandy, utara Perancis semasa Perang Dunia Kedua. Peristiwa ini berlaku pada 6 Jun 1944. Armada Pasukan Bersekutu pimpinan Eisenhower berjaya menembusi pertahanan pasukan berikat pimpinan Jeneral Rommel dari Jerman.
123

Kembali ke atas