Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pim.ping] | ڤيمڤيڠ

Definisi : sj tumbuhan (rumput spt gelagah yg batangnya tidak berongga dan digunakan utk batang kalam, joran, dll), Themeda gigantea; bagai ~ di lereng prb orang yg berpendirian tidak tetap; lampai bagai ~ di lereng, lemah bagai lenggundi muda prb puji-pujian ter­hadap perempuan yg cantik potongan badan­nya; kesat daun ~ prb lemah tetapi memba­hayakan; kesat-kesat daun ~, kalau kesat daun labu boleh dicelur prb orang miskin dan tidak berilmu yg tidak berguna tetapi jika berperangai baik ada juga faedahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pimping

Peribahasa

Kesat daun pimping.

Bermaksud :

Lemah tetapi dapat mendatangkan bahaya. pimping = sebangsa gelagah yang batangnya tiada berongga.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pimpingsj tumbuhan (rumput spt gelagah yg batangnya tidak berongga dan digunakan utk batang kalam, joran, dll), Themeda gigantea; bagai ~ di lereng prb orang yg berpendirian tidak tetap; lampai bagai ~ di lereng, lemah bagai lenggundi muda prb puji-pujian ter­hadap perempuan yg cantik potongan badan­nya; kesat daun ~ prb lemah tetapi memba­hayakan; kesat-kesat daun ~, kalau kesat daun labu boleh dicelur prb orang miskin dan tidak berilmu yg tidak berguna tetapi jika berperangai baik ada juga faedahnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kesat1. tidak licin, kasar (apabila diraba), kering (tidak lembap): kulitnya yg halus dan segar mulai beransur-ansur ~ dan layu, sebab sentiasa bekerja berat dlm panas; 2. ark tidak lembik (bkn tubuh), keras: tubuhnya ~; 3. yg menyakiti atau menimbulkan kemarahan, keras atau kasar (bkn kata-kata seseorang atau sesuatu perkataan): kata-kata ~ yg dikeluarkan oleh jirannya itu menghilangkan kesabarannya; ~ daun pimping, kalau ~ daun labu boleh dicelur prb orang yg miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang-orang yg bijak pandai, tetapi kalau baik kelakuannya ada juga faedahnya; ~-~ daun pimping prb perihal orang yg lazimnya lemah tetapi pd masa-masa yg tertentu berlaku keras juga; bertunggal ditarah ~ diempelas prb, Mn sudah diselesai­kan dgn sempurnanya (perselisihan atau pertelingkahan); mengesat 1. menyapu-nyapu atau meng­gosok supaya kering: budak itu menggeleng-geleng sambil ~ air matanya; ~ peluh; ~ darah; 2. bp menyapu-nyapu (menggosok) kerana membersihkan sesuatu (drpd habuk, kotoran, dll); pengesat; ~ kaki sesuatu yg dibuat drpd sabut (getah dll) tempat mengesat kaki; ~ tangan kain (sapu tangan, kertas, dll) utk mengesat tangan.Kamus Dewan Edisi Keempat
teras I1. bahagian yg keras dlm batang kayu, hati kayu: Sanah tidak sanggup membelah batang-batang pinang itu, kulitnya sama keras dgn ~ kayu nangka; 2. bahagian beras dll yg sudah dibersihkan; 3. ki sesuatu yg terpenting (terutama), isi yg terpenting (terbaik), sesuatu yg menjadi asas atau dasar (bagi sesuatu), intisari: pantunlah yg menjadi ~ puisi Melayu lama dlm kesusasteraan Melayu; orang-orang ini yg akan menjadi ~ negara; orang-orang Jepun tidak pernah lupa pd ~ sebenar kemajuan, iaitu membaca; ~ bumi bahagian tengah bumi yg cair; ~ terhunjam, gubal melayang, bertinting bertampi ~, gubal melayang ~ tinggal prb orang bangsawan akan lebih dimuliakan walaupun tidak berharta; meskipun tertimbun dlm tanah, namun ~ timbul juga prb orang yg berbudi baik itu sekalipun dlm keadaan melarat akan tetap berbudi dan berhati mulia; bertemu ~ dgn beliungnya prb dua orang yg berselisih dan sama-sama tidak mahu mengalah; berteras mempunyai (ada) terasnya: tumbuh-tumbuhan herba tidak ~; ~ ke dlm orang yg tidak kelihatan kekayaan atau kecerdikannya; ~ ke rusuk orang yg dikuasai oleh kaum keluarganya; ~ keluar bagai pimping prb tampak di luar sahaja bagus (kaya dll) tetapi sebenarnya melarat; di manakah ~ kayu mahang prb janganlah diharapkan yg mustahil; berteraskan ki mempunyai sbg teras (asas, dasar), berasaskan, berdasarkan: Rasulullah telah berjaya menyatupadukan ketiga-tiga kaum itu di bawah perpaduan yg ~ agama Islam; menerasi menjadi teras kpd: Islamlah yg ~ keperibadian Melayu.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas