Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin.da.han] | ڤيندهن

Definisi : barang (harta dll) yg dipindah­kan: barang-barang ~; kaum ~ kaum atau bangsa yg hidupnya berpindah-randah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin.da.han] | ڤيندهن

Definisi : sesuatu yg dipindahkan: barang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Orang bini-binian,
     beranak tak boleh disuruh.

Bermaksud :

Pekerjaan yang tidak tetap, selalu mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Orang pindah-pindahan, bertanam tak boleh dimakan).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slm sejahtera. ayat mana yang betul untuk pindahan dan pemindahan Merujuk kepada perkara di atas, kami ingin memaklumkan bahawa status pemindahan wang anda kini masih di dalam proses. Jika permohonan pindahan wang berjaya, penerima akan menerima wang dalam masa 3 hinnga 5 hari bekerja. atau Merujuk kepada perkara di atas, kami ingin memaklumkan bahawa status pindahan wang anda kini masih dalam proses. Jika permohonan pemindahan wang berjaya, penerima akan menerima wang dalam masa 3 hinnga 5 hari bekerja atau kedua dua ada kesilapan. Minta beri ayat yang betulKedua-dua perkataan “pindahan” dan “pemindahan” boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya menggunakan perkataan yang sama atau selaras dalam binaan ayat tersebut. Contoh ayat yang betul ialah; 

i. Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa status permohonan pindahan wang anda kini masih dalam proses. Jika pindahan wang berjaya, penerima akan menerima wang tersebut dalam tempoh tiga hingga lima hari bekerja.
 

ii. Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa status permohonan
pemindahan wang anda kini masih dalam proses. Jika pemindahan wang berjaya, penerima akan menerima wang tersebut dalam tempoh tiga hingga lima hari bekerja.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana halaman 1719.

Tatabahasa06.10.2023
Salam sejahtera, Mohon bantuan pihak DBP untuk memberi penerangan dan nyatakan perbezaan bagi frasa "pemindahan wang" dan "pindahan wang"? Terima kasih.

Mengikut Kamus Dewan maksud pemindahan ialah  perbuatan atau hal memindahkan. Manakala maksud pindahan pula ialah barang (harta dll) yang dipindah­kan (hasil daripada perbuatan pemindahan).

Tatabahasa31.10.2018
what is 'transfer school' in malay?Untuk makluman tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "transfer school" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "transfer student" yang padanan bahasa Melayunya ialah pelajar pindahan. Oleh itu , padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "transfer school" ialah sekolah pindahan.Istilah08.04.2016
Salam. Saya ingin tahu apakah terjemahan terbaik untuk perkataan "Electronic Fund Transfer" Terima KasihPadanan bahasa Melayunya ialah pindahan dana elektronik.Istilah05.02.2009
(18) Jika suatu perintah Mahkamah di bawah subseksyen (11) meletakhakkan apa-apa tanah beri hakmilik, atau apa-apa syer atau kepentingan mengenai tanah beri hakmilik, pada penerima pindahan— (a) Mahkamah hendaklah, jika tanah beri hakmilik itu berada di Semenanjung Malaysia, menurut subseksyen 420(2) Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] menyebabkan suatu salinan perintah itu disampaikan kepada Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebaik selepas pembuatan perintah itu supaya Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah mengikut mana-mana yang berkenaan, melaksanakan subseksyen 420(2), (3) dan (4) Kanun Tanah Negara; Soalan: mohon bantuan untuk penggunaan perkataan yang tepat sama ada perkataan "hakmilik" atau "hak milik".

Dalam bentuk ungkapan umum hak milik dieja dalam dua perkataan. Walau bagaimanapun Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] telah diwartakan. "Hakmilik" dalam bentuk istilah khususnya istilah undang-undang dieja sebagai satu perkataan. Maka ejaannya diterima walaupun tidak sama dengan ejaan hak milik dalam konteks umum.

Ejaan08.10.2021
Hai, apakah terjemahan yang sesuai bagi "Wire transfer"? Source: http://en.wikipedia.org/wiki/Wire_transfer Terima kasih.Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "wire transfer" ialah pindahan kawat. Istilah ini terdapat dalam buku Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan.Istilah16.03.2013
pindah

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud pindah ialah bertukar tempat (kediaman, kerja, dll); ~ milik bertukar pemilik atau tuan punya; ~-randah selalu bertukar tempat (kediaman, dll); ~ tangan bertukar tuan (barang, harta benda, dll); tujuh kali ~ jadi papa = orang pindah-pindahan bertanam tak boleh dimakan prb pekerjaan yg tiada tetap akan merugikan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari laman web DBP.

Makna24.01.2010

Kembali ke atas