Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.ngai] | ڤيڠاي

Definisi : warna kuning muda (kuning air), putih kekuning-kuningan; burung ~ a) sj burung yg bulunya kekuning-kuningan; b) sesuatu yg ganjil (ajaib); c) = siburung ~ jiwa, semangat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pingai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam...soalan sy ialah apakah sumbangan hamzah fansuri. tidak kisah sumbangan dari segi apa2 pn,terima kasih

Hamzah Fansuri hidup dalam masa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah IV (1589-1604 Masihi). Beliau lahir di sebuah kampung bernama Fansur. Pada zaman Kesultanan Acheh, Fansur dikenali sebagai pusat pengajian Islam di Acheh. Hamzah Fansur pernah memangku jawatan ulama dan penasihat kepada sultan. Beliau juga dikenali sebagai pengamal ilmu tasawuf beraliran Wahdatul Wujud dan pengikut Tariqat Qadiriyah. Beliau telah menghasil pelbagai karya agama dan sastera seperti antaranya Syair Burung Punggok, Syair Dagang, Syair Sidang Fakir, Syair Burung Pingai, Syair Perahu, Syarab al-Asyikin (Minuman Segala Orang yang Cinta Tuhan), Asrar al-Arifin (Rahsia Orang yang Bijaksana) dan al-Muntahi.

Untuk mengetahui lagi tentang tokoh Hamzah Fansuri, sila dapatkan atau rujuk buku "Tokoh-tokoh Sastera Melayu Klasik" diterbitankan oleh DBP, 1987.

Lain-lain22.01.2010
jelaskan maksud dan teori asas kesusasteraan secara teperinci.Teori asas kesusasteraan kebiasaannya merujuk kepada bidang sastera tertentu. Ini tidak termasuk teori kesusasteraan moden yang disesuaikan dengan teori Barat. Contoh yang paling mudah ialah tentang senario kesusasteraan di Malaysia. Sebagai contoh, apakah titik tolak yang memisahkan antara sastera tradisi dengan moden di Malaysia. Ada pendapat (teori) mengatakan bahawa kesusasteraan Melayu moden bermula sekitar tahun 1800-an apabila mesin cetak diperkenalkan di Tanah Melayu seperti tersebarnya akhbar dan percetakan novel, seperti novel Faridah Hanum, Hikayat Asyik kepada Maksyuknya ketika itu. Sungguhpun begitu, pendapat Syed Naquib al-Attas melalui teori yang mengatakan bahawa kesusasteraan Melayu moden bermula dengan karya-karya yang dihasilkan oleh Hamzah Fansuri yang memenuhi sifat-sifat karya moden seperti terdapat dalam karya beliau, Syair Burung Pingai, Syair Perahu dan sebagainya, yang sarat dengan unsur-unsur intelektualisme, saintifik, dan internasional sifatnya.Makna16.07.2006

Kembali ke atas