Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.ngat] | ڤيڠت

Definisi : bintang yg dikurniakan oleh kerajaan (sultan dll) utk menghormati jasa seseorang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.ngat] | ڤيڠت

Definisi : 1 logam tipis yg biasanya berbentuk spt duit syiling dan berpita yg dihadiahkan kpd pemenang sesuatu peraduan, perlumbaan dsb; medal. 2 medal yg dikurniakan oleh kerajaan kpd sesorang utk menghargai atau menghormati jasanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pingat (kata nama)
Bersinonim dengan bintang, medal, anugerah, kurniaan, darjah.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah anggota polis itu dianugerahi pihak kerajaan pingat keberanian merupakan ayat yang betul? bukankah dianuderahi harus diikuti dengan perkataan pingat keberanian?Frasa yang betul ialah dianugerahi  pingat keberanian.Tatabahasa27.05.2013
Q. Sultan kedah telah _____ pingat kebesaran kepada sasterawan tersohor yang berasal dari negeri itu. A.menyerahkan B.mengurniakan C.menyampaikan D.menganugerahkan Mengapakah jawapannya ialah 'B' ? Saya ternampak ayat ini di dalam buku. Yang di-Pertuan Agong menganugerahkan pingat PJK kepada orang-orang yang berjasa. Mengapakah sini letak menganugerahkan?Dari aspek makna, mengurniakan juga bermaksud menganugerahkan dan begitu juga sebaliknya. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan dalam penggunaan kedua-dua perkataan berkenaan.

a) Perkataan mengurniakan lazimnya dikaitkan dengan sultan/raja.
Contoh: Sultan Kedah telah mengurniakan pingat kebesaran kepada sasterawan tersohor yang berasal dari negeri itu.

b) Perkataan menganugerahkan boleh digunakan kepada raja dan bukan raja.
Contoh:
Baginda menganugerahkan pingat PJK kepada beliau.
Kerajaan menganugerahkan sebidang tanah kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik.
Tatabahasa19.11.2021
Selamat sejahtera, 1.Encik Lee mengalungkan pingat kepada Kim Wei yang berdiri di.atas rostrum pemenang..(kata sendi nama 'kepada' digunakan) 2.Encik Lee mengalungkan Kim Wei yang berdiri di atas rostrum pemenang pingat.(ayat ini boleh diterima) Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Encik Lee mengalungkan pingat kepada Kim Wei yang berdiri di atas rostrum pemenang."Lain-lain31.05.2022
Apakah penjodoh bilangan bagi pingat ?Penjodoh bilangan untuk "pingat" ialah butir atau buah.Lain-lain12.03.2015
Bagaimana cara penulisan darjah/pingat kebesaran selepas nama seseorang? Beliau menerima pingat kelakuan terpuji (p.k.t.).Penggunaan Darjah Kebesaran Persekutuan atau Darjah Kebesaran Negeri biasanya diletakkan di bawah nama penerima darjah kebesaran tersebut. Sekiranya diletakkan sebaris dengan nama penerima, darjah kebesaran tersebut perlu dimasukkan dalam tanda kurung () serta disusun mengikut darjah tertinggi. Contohnya,  Tn. Hj. Muhammad bin Daud (P.K.T.). Namun hal ini bergantung pada protokol khusus sesebuah negeri dan sebagainya.  Lain-lain28.02.2020
Bagaimanakah cara penulisan pingat kebesaran seseorang selepas namanya. Contohnya Ahmad bin Yusuf mendapat 3 pingat (BKM, AMK, PJK) Cara tulisnya Ahmad bin Yusuf, BKM., AMK., PJK. atau Ahmad bin Yusuf., B.K.M., A.M.K., P.J.K. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah tanpa tanda noktah, Ahmad bin Yusuf, BKM, AMK,dan PJK.Tatabahasa02.10.2013
Beliau mengalungkan pingat kepada ATAU pada atlet itu. Soalan: pada ATAU kepada, dan alasannya?Beliau mengalungkan pingat kepada atlet itu. Kata sendi nama kepada berfungsi di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, manakala kata sendi nama pada berfungsi di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan keterangan waktu atau tempat. Tatabahasa16.05.2009
penjodoh bilangan yang tepat bagi "pingat" butir, bentuk, biji atau buah?

Saudara,

Yang paling sesuai ialah sebuah pingat.

Tatabahasa18.08.2010
Setahu saya, penjodoh bilangan bagi "pingat" ialah sebuah atau buah. Tetapi, sekiranya pilihan jawapan hanya ada [a] biji [b] butir [c] bentuk [d] pasang, manakah yang lebih sesuai? Terima kasih.Penjodoh bilangan untuk "pingat" ialah butir atau buah. Jadi, penjodh bilangan yang boleh digunakan ialah "butir".Tatabahasa10.05.2013
A. Apakah perbezaan 'hembus' dan 'tiup' Antara contoh berikut yang mana betul? 1. Amirul meniup api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. 2. Amirul menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. B. Penjodoh bilangan bagi 'pingat" Antara contoh berikut yang mana betul? 1. Nabilah telah memenangi beberapa buah pingat dalam sukan berkuda. 2. Nabilah telah memenangi beberapa butir pingat dalam sukan berkuda.

A) Dalam Kamus Dewan menghembus dan meniup sama maknanya iaitu meniup/menghembus, mengeluarkan nafas (udara) dari mulut. Oleh itu, ayat; 1. Amirul meniup api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. dan 2. Amirul menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. adalah betul.

B) Penjodoh bilangan bagi "pingat" ialah buah, ayat "Nabilah telah memenangi beberapa buah pingat dalam sukan berkuda." adalah betul.

Tatabahasa05.07.2009
123456

Kembali ke atas