Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.ngat] | ڤيڠت

Definisi : bintang yg dikurniakan oleh kerajaan (sultan dll) utk menghormati jasa seseorang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.ngat] | ڤيڠت

Definisi : 1 logam tipis yg biasanya berbentuk spt duit syiling dan berpita yg dihadiahkan kpd pemenang sesuatu peraduan, perlumbaan dsb; medal. 2 medal yg dikurniakan oleh kerajaan kpd sesorang utk menghargai atau menghormati jasanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pingat (kata nama)
Bersinonim dengan bintang, medal, anugerah, kurniaan, darjah.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PINGAT HANG TUAHPINGAT HANG TUAH, pingat atau anugerah yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun sebagai pengiktirafan kepada jasa dan keberanian mereka menyelamatkan nyawa orang lain dalam masa kecemasan. Anugerah ini diberikan setiap tahun sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia. Jawatankuasa Pingat Hang Tuah dibentuk untuk memilih kanak-kanak yang layak menerima anugerah ini.BUDAYAAnugerah/Hadiah
BINTANG KEHORMAT, PINGAT, DAN DARJAH KEBESARAN UMUM 
PINGAT CALDECOTT

Pingat Caldecott ialah anugerah tahunan

Amerika bagi buku bergambar kanak-kanak yang

diterbitkan pada tahun sebelumnya. Ia adalah

anugerah pertama yang mengiktiraf kerja-kerja

ilustrator buku.

UMUM 
DARJAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN NEGARA MALAYSIA

Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran

Negara Malaysia ialah kurniaan daripada

kerajaan Malaysia sebagai penghargaan terhadap

khidmat cemerlang seseorang yang dianggap

di luar daripada bentuk ganjaran yang biasa.

UMUM 
ANUGERAH PINGAT NEWBURY

Anugerah Pingat Newbury. Anugerah tahunan yang diberi oleh Persatuan Perpustakaan Amerika kepada buku kanak-kanak yang terbaik.

SASTERAAnugerah/Hadiah
DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT NEGARA MALAYSIA

DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT NEGARA MALAYSIA, kurniaan daripada kerajaan Malaysia sebagai penghargaan terhadap khidmat cemerlang seseorang yang dianggap di luar daripada bentuk ganjaran yang biasa. Pengurniaan tersebut merupakan kenaikan taraf seseorang daripada yang bertaraf biasa ke taraf yang lebih tinggi dari segi protokol kerajaan.

   

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
MURPHY, AUDIE

Murphy, Audie (1924–1971), terkenal sebagai

askar yang paling banyak mendapat pingat dalam

Perang Dunia II (1939–1945). Dia menerima 24 buah

pingat daripada kerajaan Amerika Syarikat, tiga

buah daripada Perancis, dan satu daripada

Belgium. Dia

kemudiannya menjadi

bintang filem.

UMUM 
ARMSTRONG, DUNCAN

Armstrong, Duncan (1968– ) ialah perenang

warga Australia yang memenangi pingat emas

dalam Sukan Olimpik 1988 bagi acara 200 meter

gaya bebas lelaki. Dia mencipta satu rekod baru

dunia dengan kepantasan 1 minit 47.25 saat. Dia

juga memenangi pingat perak dalam acara 400

meter gaya bebas. Dia bersaing dalam Sukan

Komanwel di Edinburgh pada tahun 1986 dan

memenangi dua pingat emas, satu untuk acara 400

meter gaya bebas dan satu lagi sebagai anggota

pasukan renang berganti-ganti 200 meter Australia.

Armstrong lahir di Brisbane.

UMUM 
THOMPSON, DALEY

Thompson, Daley (1958– ), salah seorang

ahli sukan British yang menonjol dalam semua

bidang. Dalam Sukan Olimpik 1980 dan 1984

Thompson memenangi pingat emas dalam acara

dekatlon , iaitu pertandingan dua hari yang teruk

yang terdiri daripada 10 acara olahraga yang

berlainan. Thompson memecahkan rekod dunia

dengan memperoleh markah tertinggi dalam

acara dekatlon sebanyak tiga kali. Dia juga

memenangi pingat emas bagi acara dekatlon di

Kejohanan Dunia 1983, Kejohanan Eropah 1982,

dan Sukan Komanwel 1978, dan 1982. Francis

Daley Thompson lahir di London.

UMUM 
NURMI, PAAVI JOHANNES

Nurmi, Paavi Johannes (1897–1973) ialah

pelari Finland yang memenangi sembilan pingat

emas Olimpik dan mencatatkan 29 rekod dunia

bagi lebih daripada 16 larian jarak jauh secara

berasingan.

UMUM 
123

Kembali ke atas