Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ping.gan] | ڤيڠݢن

Definisi : sj alat atau bekas drpd tembikar dll, biasanya berbentuk bulat leper spt piring tetapi lebih besar (utk makan nasi dll); ~ hidang pinggan berbentuk bulat atau bujur yg lebih besar drpd pinggan biasa; ~ jorong pinggan yg bulat panjang; ~ kerang pinggan kasar; ~ lingkar pinggan besar tempat makan raja-raja (orang besar-besar); ~ makan pinggan yg digunakan utk makan hidangan utama spt nasi dsb; ~ mangkuk perkakas atau alat-­alat makan minum (piring, cawan, mangkuk dll); ~ tak retak nasi tak dingin prb cermat melakukan sesuatu pekerjaan; spt ~ dgn mangkuk, salah sedikit hendak berhantuk prb perselisihan antara suami isteri atau kaum keluarga itu sudah menjadi perkara biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ping.gan] | ڤيڠݢن

Definisi : bekas yg bundar leper dan lebih besar drpd piring (dibuat drpd tembikar, kaca dll) utk tempat makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pinggan

Puisi
 

Bahulu dalam pinggan,
     Tiga hidangan roti raji;
Jangan malu jangan segan,
     Kita sudah suami isteri.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Kasih sepantun tulisan pinggan.

Bermaksud :

Kasih yang tak hilang-hilang.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAINT HELENS

Saint Helens (pend. 175 300) ialah daerah

metropolitan dan pusat pembuatan di

Merseyside, England. Bandar ini merupakan pusat

pengeluaran kaca terbesar di United Kingdom.

Barangan kaca yang dihasilkan ialah kaca rata dan

kaca keselamatan, pinggan mangkuk, dan bekas

kaca. Industri lain termasuk kejuruteraan dan

pengeluaran pakaian serta barangan

farmaseutikal. Lombong batu arang terletak

berhampiran bandar ini. Terusan Inggeris yang

pertama dibina di St. Helens untuk mengangkut

batu arang ke Liverpool melalui Sungai Mersey.

Terusan ini dibuka pada tahun 1757. Dalam daerah

ini terdapat juga balapan lumba kuda Haydock

Park. St. Helens juga mempunyai pasukan bola

sepak Liga Ragbi yang berjaya. Lihat juga

Merseyside.

UMUM 
ENAMEL

Enamel ialah bahan bak kaca yang digunakan

terutamanya untuk membentuk permukaan

licin dan berkilau pada logam. Enamel boleh

terdapat dalam mana-mana warna dan digunakan

untuk menghiasi banyak jenis barang termasuk

cawan, mangkuk, dan pinggan logam.

UMUM 
SHEFFIELD

Sheffield (pend. 500 500; pend. kaw. met. 1 303 200)

ialah bandar raya perindustrian di utara-tengah

England. Bandar raya ini terletak di kawasan

berbukit yang indah di pertemuan Sungai Don dan

Sungai Sheaf (lihat England [peta politik]). Sebagai

sebuah bandar raya perindustrian yang penting,

Sheffield telah lama menjadi sebuah pusat untuk

pengeluaran keluli, pinggan perak, dan barangan

logam bermutu tinggi. Alat memotong dan kutleri,

iaitu barangan perak, cerek, dan perkakas meja lain

terkenal pada peringkat antarabangsa.

UMUM 
SPODE CHINA

Spode China ialah sejenis porselin buatan

Inggeris yang popular. Ia mula dikeluarkan buat

pertama kalinya dalam sebuah kilang yang

ditubuhkan pada tahun 1770 oleh Josiah Spode

(1733–1797) yang terletak berdekatan dengan

Stoke-on-Trent di Staffordshire. Spode juga diberi

penghargaan sebagai orang yang mencipta bone

china. Menjelang tahun 1796, dia mengeluarkan

sejenis porselin yang sesuai untuk membuat

pinggan mangkuk yang dapat digunakan dalam

majlis makan malam yang dinamakan English

china, yang dianggap sebagai bone china yang

pertama yang pernah dibuat. Anak lelaki Spode,

Josiah (1754–1827), telah mencapai kejayaan dalam

pemasaran bone china menjelang lebih kurang

pada tahun 1799. Bagi mencipta bone china, abu

tulang dicampurkan dengan suatu pes yang keras.

Tanah liat yang sememangnya sudah menjadi

bahan-bahan tradisi yang digunakan dalam

pembuatan porselin. Bone china mempunyai rupa

yang lut cahaya, berwarna putih susu bak gading

dan tidak mudah terserpih.

UMUM 
PADANG

PADANG, kota dan pelabuhan pada masa kerajaan Minangkabau. Padang terletak di Propinsi Sumatera Barat, Indonesia. Menurut sejarah dan tambo Minangkabau, Padang berasal daripada perkataan ‘padang’ yang dalam bahasa Minangkabau, bermaksud pedang. Pada sekitar abad ke-16, imigran pertama tiba dari pedalaman Minangkabau. Mereka diketuai oleh Maharajo Besar (dari kawasan Solok). Tidak lama selepas itu, tiba pula lima orang ‘datuk’ dan antaranya bernama Datuk Patih Karsani. Dia telah menemui banyak tinggalan berharga seperti mangkuk, pinggan, meriam, pisau dan pedang. Sejak penemuan itulah tempat tersebut diberi nama padang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SOGIT

SOGIT, sejenis denda adat yang dikenakan terhadap seseorang untuk memulihkan keharmonian kampung.  Sogit atau sugit, segit, sagit, diamalkan oleh sesetengah masyarakat peribumi di Sabah.  Sogit lazimnya berbentuk binatang ternakan seperti kerbau, khinzir, kambing dan ayam, hasil pertanian seperti padi dan alat-alat tertentu seperti gong, gador, betukul, barang perhiasan, senjata dan pinggan mangkuk.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas